ESOK NFP DAN KEMANA GOLD NAK PERGI?
NFP adalah berita ekonomi berkait dengan matawang dolar yang akan dikeluarkan pada minggu pertama setiap bulan. Ia memberikan impak kuat untuk matawang dolar dan matawang lain yang didagangkan bersamanya seperti XAUUSD, EURUSD, GBPUSD, AUDUSD dan lain-lain.
Persoalan popular adalah, ke mana gold akan pergi? Kita akan kupas satu demi satu berdasarkan multi-timeframe analisis secara top-to-down chart.
Sebelum lanjutkan, bolehlah subscribe ke channel kami untuk dapatkan update terkini dan terpantas. Klik banner di bawah untuk menyertai.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Note:
Strategi ini adalah berdasarkan teknik price action yang saya kongsikan dalam member area saya di sini. Analisis mingguan ini akan mendedahkan secara live market bagaimana saya trade, membuat plan berdasarkan strategi yang diajarkan dalam member(ya, anda boleh pelajari kaedah ini dan ikuti analisis mingguan untuk lihat keberkesanannya dan bagaimana ia digunakan dalam live market!). Anda yang berminat bolehlah ke halaman ini untuk download.
XAUUSD MONTHLY
Berdasarkan candle terakhir bulan lepas, candle ditutup bearish, menandakan bulan ini ada kemungkinan besar untuk selling lagi.
Bermula dari candle pinbar rejection di bawah 2000.00, kini price sudah mencecah ke 1900.00 pada bulan lepas. Sedikit kenaikan berlaku setelah profit taking mengambil tempat di area ini. Seterusnya kita melihat pada bulan ini sebagai bulan selling berikutnya namun secara teknikalnya pada saya, price perlulah breakout di bawah 1900.00 dahulu.
Di timeframe monthly ini tidak banyak yang perlu dilihat melainkan hanya merujuk kepada price action terakhir dan bulan-bulan sebelumnya. Seterusnya kita lihat pada Weekly chart pula.
XAUUSD WEEKLY
Berdasarkan candlestick(cs) terakhir, ia ditutup sebagai pinbar, namun selepas berberapa hari berlalu dalam minggu ini, didapati price retest Weekly high dan kemudian rejected dan jatuh ke bawah. Kini ia menghampiri semula 1900.00 namun ada sedikit pullback naik.
Overall candle sudah terbentuk bearish, ini menandakan sentimen waktu ini lebih kepada bearish atau selling sahaja. Untuk melihat lebih terperinci, kita lihat ke timeframe Daily pula.
XAUUSD D1
Retest berlaku pada hari rabu semalam namun akhirnya ia closed sebagai rejection apabila ia closed sebagai bearish. Area weekly high juga dalam masa yang sama adalah area SBR 1932.14, rejection yang berlaku menandakan area ini area SNR kuat dan valid untuk sell.
Selling semalam diteruskan hari ini namun ia kembali naik selepas menjejak low terdekat. Adakah ia akan naik atau turun semula? Kita lihat pula H4.
XAUUSD H4
Berdasarkan H4, kita dapat lihat stuktur downtrend terbentuk iaitu break neckline(box biru), diikuti retest reject di bawahnya.
Untuk nota, stuktur trend adalah berdasarkan higher-high dan higher-low, lower-low dan lain-lain.
Next structure boleh terbentuk di area 1910.00 ataupun sebaiknya di bawah 1900.00 ataupun weekly low 1893.06. Esok news NFP ada possible ia turun lagi sebagai petanda kekukuhan dolar. Anda yang mahu trade peluang ini, saya sarankan cari peluang selepas news kerana semasa news pelbagai masalah boleh berlaku seperti no connection, widen spread dan slippage.
Pada saya, secara personalnya saya akan entry pada lot kecil dan swing trade saya ke maksima yang mungkin.
Untuk target profit, area 1900.00 akan menjadi strong support, bagi yang scalping sell, area ini boleh menjadi area TP anda. Bagi yang mahu swing trade, boleh cari entry di bawah 1900.00.
Long term target adalah di 1875.00 area.
ARAH MAJOR PAIR
Kita sudah melihat arah gold, kini bagaimana dengan major pair lain pula kan? Antara major pair adalah EURUSD, GBPUSD, AUDUSD dan USDJPY. Jom ikuti analisis di bawah;
EURUSD
Pair ini masih sideways selepas candle bullish engulfing terbentuk. Candle terakhir minggu lepas pula seakan doji atau neutral.
Apa itu doji? Sila ke halaman ini untuk mengetahuinya.
Doji bermaksud neutral, ia akan mengelirukan dan merugikan jika sering tersalah entry. Namun untuk kaedah doji ini saya perfer untuk tunggu breakout dahulu.
Oleh itu, saya tidak akan trade pair eurusd ini kerana saya beranggapan ia tiada arah jelas dan hanya akan menanti breakout sahaja. Selepas itu barulah saya mencari peluang entry. Artikel lanjut beserta strategi entry saya kongsikan di halaman ini.
GBPUSD
Pair ini rejected di atas RBS 1.2630, namun hari ini ia kelihatan rejected high minggu lepas. Perlu diingat, walaupun candle tersebut jelas memberikan arah, namun masih ada risiko gagal dan juga risiko retest stoploss area samada untuk trend berubah arah(SL triggered) atau ia cuma sekadar peluang buy low.
Entry cara martingale akan bantu manfaatkan situasi ini jika benar ia sekadar peluang retest area SL.
Berbanding EU yang saya tak trade minggu ini, GU pula sebaliknya saya akan trade, dan entry tersebut adalah buy. Esok selepas news saya akan lihat potensi buy jika ia kembali bullish. Trend mungkin akan retest area Weekly low dan jika gagal untuk menjadi downtrend, maka ini peluang untuk buy lowest. Cutloss adalah jika candle break bawah Weekly low.
AUDUSD
Trend pair ini masih downtrend dan untuk minggu ini secara jelasnya plan adalah sell walaupun candle mirip pinbar terbentuk. Namun body bearish memberikan hint trend adalah sell.
Semalam ia closed sebagai bearish di D1 sama seperti Gold. Malam ini sahaja ia terus bergerak downtrend. Kini sudah menghampiri Weekly low.
Saya akan sambung sell lagi jika break Weekly low dan membentuk pullback.
USDJPY
Candle terakhir adalah bullish, menandakan minat pasaran masih lebih kepada buying berbanding selling. Namun saiz agak sedikit mengecil, juga menandakan minat buying ini semakin berkurang sebenarnya. Namun ia bukanlah alasan untuk sell sekarang kerana secara jelas ia adalah melawan arah pasaran dan mungkin akan berdepan floating yang tak pasti bila ia akan reversal.
Kenaikan USDJPY adalah petanda kukuh XAUUSD(gold) akan bearish. Oleh itu buying USDJPY bersamaan dengan selling XAUUSD!
Apa-apapun, jangan sekali-kali over-confident dan trade melulu tanpa membuat pertimbangan sewajarnya terhadap risiko kerugian yang bakal dihadapi jika ia gagal. Ingat, forex trading ini bukan medan untuk membuktikan siapa tepat dan salah tapi ia adalah tempat untuk trader yang bijak dan penyabar membuat wang daripada trader-trader bodoh yang mengikuti emosi mereka berbanding logik akal. 🙂
Renung-renungkan.
Sekian,
ADMIN
06/07/23
One Reply to “ESOK NFP DAN KEMANA GOLD NAK PERGI?”
Comments are closed.