FACEBOOK MENGHARAMKAN BITCOIN? BERIKUT PENJELASANNYA
FACEBOOK MENGHARAMKAN BITCOIN? BERIKUT PENJELASANNYA
-
Pengiklanan cryptocurrencies di facebook diharamkan kerana salah penyampaian/mengelirukan(misleading)
-
bitcoin bubble dan kaitan dengan scams(penipuan)
Iklan mengelirukan(misleading)
Facebook mengharamkan semua jenis iklan yang mempromosikan matawang crypto termasuk bitcoin dalam usaha menghalang sebarang bentuk iklan dalam kategori ‘produk dan perkhidmatan kewangan’ yang dikaitkan sebagai amalan promosi yang mengelirukan dan menipu.
Menurut catatan blog facebook, ia bermakna tiada pengiklan – walaupun dari perniagaan yang sah dan berlesen – boleh mengiklan produk dan perkhidmatan mereka untuk matawang crypto ini, iaitu bitcoin dan matawang crypto yang lain, tawaran duit syiling permulaan(initial coin offering), ICO untuk pilihan jangka pendek ataupun Binari options.
Meme popular berkaitan iklan bitcoin oleh “crypto genius” James Altucher yang disiarkan meluas di internet juga tidak akan dapat diiklan atau disiarkan di Facebook.
Pengharaman iklan ini bukan sahaja tertakluk di facebook juga dirangkaian lain syarikat termasuk Instagram.
“Dasar(pengharaman) ini sengaja diluaskan bagi mengesan amalan pengiklan yang menipu dan mengelirukan,” tulis Rob Leathern, salah seorang pengarah teknologi iklan Facebook. “Kami akan mengkaji dasar ini dan bagaimana kami mengukuhkannya sebagai petanda penambah-baikkan kami.
Bitcoin bubble pendorong penipuan berleluasa
Ledakan cryptocurrency / bitcoin bubble telah menyebabkan penipuan berleluasa dan semakin ramai menjadi mangsa akibat perubahan harga mendadak. Scams(penipuan) adalah salah di sisi undang-undang, namun mencuba nasib dalam pelaburan yang anda tidak fahami itu tidak salah. -oleh itu ia boleh menarik ramai mangsa untuk terlibat secara sah.
Feedback/komen pelabur
Usahawan dan pelabur berpendapat bahawa langkah facebook ini adalah tidak adil kerana menghukum syarikat-syarikat yang sah dan juga produk crypto berkaitan.
Ringkasan oleh admin
Bagi yang masih tidak faham apa yang cuba disampaikan, admin buat 2 ringkasan berikut;
- Terdapat pihak mengambil kesempatan atas naik turun harga bitcoin dengan menawarkan pelaburan yang kononnya selamat padahal ia adalah skim ponzi.
- Penipu/scammer akan menawarkan perkhidmatan jual/beli perdagangan bitcoin melalui syarikat yang tidak sah/tidak berlesen dan berakhir dengan wang yang dilarikan oleh syarikat. Contoh seperti Binary Options.
Di Malaysia sendiri terdapat skim pelaburan bitcoin yang meragukan. Apa-apapun, mantapkan dulu ilmu anda sebelum melabur di bitcoin.
-admin-
31/01/18
Credit : Kurt Wagner/recode(dot)net