FBS MENDEDAHKAN TIGA FAKTOR MAKRO UTAMA YANG MEMBENTUK PASARAN KEWANGAN PADA Q4
FBS Mendedahkan Tiga Faktor Makro Utama Yang Membentuk Pasaran Kewangan pada Q4
FBS, broker global terkemuka, membentangkan gambaran keseluruhan trend makroekonomi yang paling signifikan dan perlu dipertimbangkan oleh para pedagang pada suku keempat 2023. Selaras dengan misi jenama itu untuk melengkapkan pedagang dengan alat dan ilmu untuk menakluk pasaran kewangan, penganalisis pasaran kewangan FBS telah menyusun senarai lengkap tiga cabaran utama bagi pasaran saham pada Q4 ini.
Walaupun ekonomi global masih belum pulih daripada risiko geopolitik dan sosial yang mendesak sejak dua tahun lalu, ia akan terus mengalami pergolakan pada Q4, dan ini akan berlarutan sehingga 2024. Di bawah, penganalisis FBS menamakan tiga kecenderungan paling prominen yang akan mendorong turun naik pasaran kewangan dalam beberapa bulan akan datang:
- Dasar migrasi di EU dan AS: Walaupun sejak waktu silam liberalisasi dasar migrasi dan tarikan tenaga buruh murah sudah menjadi seperti satu ciri yang menonjol pada ekonomi Eropah dan Amerika, ia telah meningkatkan kecenderungan terhadap politik kanan dan fokus semakin tertumpu kepada golongan minoriti. Trend ini akan kekal stabil pada tahun 2023 dan 2024, berpotensi mencetuskan keretakan integrasi serantau. Ia boleh membawa kepada peningkatan peruntukan aset selamat seperti emas, menjadikannya sasaran pelaburan yang baik untuk masa terdekat.
- Dasar monetari ketat yang berpanjangan: Kadar utama yang tinggi, akibat dari inflasi, dijangka akan memperlahankan pasaran saham pada tahun 2023. Walaupun beberapa bursa saham di EU dan AS telah mengalami pertumbuhan sepanjang tahun 2023, pasaran sedar dan tidak meletakkan harapan yang besar untuk dasar monetari yang merangsang pertumbahan dari badan-badan kawal selia pada penghujung tahun ini. Oleh itu, pada Q4, perhatian khusus harus diberikan kepada indeks saham Eropah dan Amerika, kerana faktor musim boleh memberikan sokongan yang signifikan, dan saham (terutamanya di bursa Amerika) mungkin meningkat. Walau bagaimanapun, risiko penurunan berterusan mungkin masih wujud walaupun pada tahun 2024.
- Deglobalisasi pasaran tenaga: Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, negara-negara pembekal tenaga terbesar, termasuk negara-negara Teluk dan Rusia, secara beransur-ansur menjauhi pasaran tenaga Eropah. Pada masa yang sama, vektor semasa dasar Eropah dan peralihan EU dari sumber tenaga tradisional akan memantapkan pasaran tenaga. Oleh itu, pada Q4, harga minyak dan gas dijangka kekal stabil atau mengalami turun naik tempatan, berpotensi menjejaskan pasaran global.
Penganalisis FBS menyatakan bahawa pasaran kewangan akan lebih mencabar lanjutan tindakan-tindakan politik berkaitan bekalan tenaga dan perkembangan dasar monetari dan migrasi untuk sepanjang tahun 2023 dan seterusnya. Oleh itu, pedagang harus memberikan tumpuan mereka pada strategi perdagangan yang tangkas, mengeksploitasi trend bermusim, dan memberi tumpuan kepada aset-aset defensif dan saham-saham yang berkemeruapan sederhana dan rendah.
Untuk maklumat lanjut mengenai perdagangan dan trend pasaran kewangan, sila layari www.ms-brokerfbs.com.
Penafian: Bahan ini bukanlah satu seruan untuk berdagang, nasihat atau cadangan perdagangan, dan ia tidak lebih dari sekadar satu pemakluman sahaja.
_______________________
Tentang FBS
FBS adalah sebuah broker antarabangsa berlesen dengan lebih 14 tahun pengalaman dan lebih 75 anugerah antarabangsa. FBS terus berkembang sebagai salah satu broker yang paling diyakini di pasaran, dengan lebih 27,000,000 orang pedagang dan lebih 500,000 rakaniaga di seluruh dunia. Volum urusniaga tahunan pelanggan FBS mencecah lebih $ 8.9 trilion setahun. FBS juga memainkan peranan sebagai Rakan Penajaan Rasmi Leicester City Football Club.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pejabat Akhbar FBS
press@fbs.com
Disclaimer: This article is a sponsored content piece. The views, opinions, and information presented in this article do not necessarily reflect the views or opinions of the pullbackforextrading.com. The content is provided for informational and educational purposes only and should not be considered as financial, investment, or trading advice. Readers are encouraged to conduct their research and consult with qualified professionals before making any financial or trading decisions.