FBS PADA TAHUN 2023: TAHUN PENGIKTIRAFAN DAN PENCAPAIAN BAHARU
FBS, broker global terkemuka, merangkumkan 2023 dan meraikan pencapaiannya yang luar biasa. Sehubungan misinya untuk menjadi penyedia perkhidmatan kewangan yang andal dan diyakini, FBS telah memastikan peluang pertumbuhan untuk para pelanggannya dengan memperhebatkan terma-terma perdagangan, memperluaskan program Introducing Broker, dan melaksanakan inisiatif sokongan yang lebih pelbagai untuk para pedagang.
“Sepanjang tahun ini, kami di FBS telah menyemak semula perkhidmatan kami secara beransur-ansur untuk menjadikannya lebih lancar, telus, namun memberi kelebihan kepada pelanggan. Berkat perjalanan yang transformatif ini, semua pedagang kami kini boleh menjangkakan pelaksanaan pesanan yang cepat dan tepat dengan salah satu leveraj yang tertinggi di pasaran, selain memilih daripada lebih 550 instrumen perdagangan untuk membina strategi mereka,”kata Alexandra Zaitseva, Ketua Perhubungan Awam dan Acara di FBS.“Kami juga telah melabur dalam khidmat sokongan pelanggan, mencipta banyak peluang pendidikan dan latihan perdagangan, termasuk seminar secara bersemuka, strim dalam talian, penggera, analisis pasaran VIP, dan pelbagai alat web dan mudah alih lain.”
Beberapa organisasi kewangan berprestij dan media profesional telah mengiktiraf usaha jenama ini. Senarai penghargaan FBS untuk tahun 2023 termasuklah;
- Most Reliable Forex Broker daripada International Finance Expo, yang menyerlahkan kebolehpercayaan dan keandalan FBS dalam dunia perdagangan forex yang dinamik.
- Pengiktirafan berganda sebagai Best Forex Broker in Africa daripada Traders Fair & Awards dan majalah industri kewangan World Business Outlook membuktikan keunggulan FBS sebagai peneraju di pasaran.
- Best IB Program Globally dan Best Client Support in Southeast Asia adalah dua pencalonan penting lain yang diberikan oleh majalah World Business Outlook kepada FBS. Semua pencalonan ini memperakui kejayaan FBS dalam memastikan kondisi yang terbaik untuk para pelanggannya di seluruh dunia.
- Best Trading Account for Beginners daripada media popular industri FxScouts mengiktiraf usaha FBS dalam menyediakan penyelesaian perdagangan yang mesra pengguna dan mudah diakses untuk pedagang pemula.
- Kejayaan FBS membawa pulang anugerah Best Client Support in Latin America pada acara Global Brands Magazine Awards membuktikan FBS telah mengambil pendekatan yang tepat dalam membantu pelanggannya.
- Anugerah Best Financial Broker of 2022-2023 daripada acara berprestij Investment Summit di Mesir menjadi bukti keteguhan prestasi dan komitmen FBS terhadap kecemerlangan kewangan.
Secara keseluruhannya, semua penghargaan ini mengiktiraf kesungguhan FBS dalam memberikan perkhidmatan peringkat tertinggi dan menawarkan syarat perdagangan yang menonjol dalam landskap persaingan yang sengit. FBS merancang untuk memperkenalkan produk baru yang menarik pada tahun 2024 yang akan membawa perkhidmatan dan keandalan jenama ini ke tahap yang lebih tinggi dan terus memperkasakan pedagang di seluruh dunia.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai FBS dan perkhidmatannya yang memenangi anugerah, layari www.ms-brokerfbs.com.
_______________________
Tentang FBS
FBS adalah sebuah broker antarabangsa berlesen dengan lebih 14 tahun pengalaman dan lebih 75 anugerah antarabangsa. FBS terus berkembang sebagai salah satu broker yang paling diyakini di pasaran, dengan lebih 27,000,000 orang pedagang dan lebih 500,000 rakaniaga di seluruh dunia. Volum urusniaga tahunan pelanggan FBS mencecah lebih $8.9 trilion setahun. FBS juga memainkan peranan sebagai Rakan Penajaan Rasmi Leicester City Football Club.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pejabat Akhbar FBS
press@fbs.com
Disclaimer: This article is a sponsored content piece. The views, opinions, and information presented in this article do not necessarily reflect the views or opinions of the pullbackforextrading.com. The content is provided for informational and educational purposes only and should not be considered as financial, investment, or trading advice. Readers are encouraged to conduct their research and consult with qualified professionals before making any financial or trading decisions.