
Fibonacci Retracements: Mengapa Pedagang Profesional Menggunakannya?
Fibonacci Retracements adalah satu alat yang tidak asing lagi bagi pedagang. Alat teknikal ini terkenal dalam kalangan pedagang profesional untuk membantu mengenal pasti tahap harga penting di mana pasaran berkemungkinan membuat pembetulan sebelum meneruskan arah aliran asal.
Tetapi bagaimanakah sebenarnya alat ini berfungsi, dan bagaimana anda boleh gunakannya untuk meningkatkan ketepatan dagangan anda? Jom kita kupas satu per satu.
Dalam artikel ini anda akan pelajari:
- Apa Itu FIbonacci Retracements?
- Bagaimana Fibonacci Retracements Berfungsi?
- Cara Terbaik Aplikasikan Indikator Dalam Dagangan
Apa Itu Fibonacci Retracements?
Fibonacci retracements adalah satu alat dalam analisis teknikal yang membantu anda mencari tahap penting harga di mana pasaran mungkin akan berhenti atau berpatah balik sebelum meneruskan arah trend asal. Ia berdasarkan satu siri nombor matematik yang dipanggil siri Fibonacci.
Antara tahap yang sering digunakan ialah:
23.6%, 38.2%, 50%, 61.8%, dan 78.6%
Pedagang menggunakan tahap-tahap ini untuk mengenal pasti bila masa yang sesuai untuk masuk atau keluar dari pasaran.
Bagaimana Fibonacci Retracements Berfungsi?
1. Kenal Pasti Titik Penting
Untuk menggunakan Fibonacci retracements, anda hanya perlu tarik garisan dari:
- Titik terendah ke tertinggi dalam aliran menaik, atau
- Titik tertinggi ke terendah dalam aliran menurun.
Garisan-garisan Fibonacci akan muncul secara automatik pada carta—menunjukkan tahap di mana harga mungkin akan berhenti seketika sebelum bergerak semula.
2. Melihat Reaksi Harga
Contohnya, jika harga mula menurun selepas kenaikan dan kemudian berhenti di sekitar tahap 61.8%, pedagang akan melihat ini sebagai peluang untuk harga naik semula. Di sinilah peluang masuk dagangan boleh muncul.
3. Gabungkan Dengan Petunjuk Lain
Fibonacci retracements menjadi lebih berkesan apabila digabungkan dengan petunjuk lain seperti:
- Purata Pergerakan (Moving Averages): Mengukuhkan isyarat apabila tahap Fibonacci bersilang dengan arah aliran semasa.
- RSI & MACD: Membantu mengesahkan jika pasaran berada dalam keadaan terlebih beli atau terlebih jual pada tahap Fibonacci.
Tetapi, tahukah anda boleh dapatkan indikator-indikator ini secara percuma sahaja di XM?
Cara Terbaik Aplikasikan Indikator Dalam Dagangan
Untuk menggunakan indikator seperti Fibonacci retracements dengan lebih berkesan, segalanya bermula dengan memilih platform dagangan yang sesuai. XM selalu menjadi pilihan pedagang kerana menyediakan pelbagai kemudahan untuk menyokong perjalanan dagangan anda:
- Akses ke Platform MetaTrader 4 & MetaTrader 5: Untuk pengalaman dagangan yang lebih lancar
- Sumber Pendidikan Percuma: Pendidikan harian melalui Ruang Lanjutan Melayu.
- Alat Carta Canggih: Akses percuma kepada pelbagai petunjuk teknikal dan alat analisis lanjutan untuk meningkatkan keupayaan anda membaca pasaran.
Fibonacci retracements bukan sekadar teori matematik—ia adalah alat yang terbukti membantu merancang strategi dagangan yang lebih tepat.
Anda baharu dalam dagangan?
Jom tuntut Bonus Tanpa Deposit $50 PERCUMA khas untuk pendaftaran pertama anda bersama XM. Anda boleh mula berdagang, uji strategi, dan keluarkan keuntungan yang anda jana!
Jadi, apa tunggu lagi?
Mulakan langkah pertama dalam dunia dagangan hari ini dengan lebih yakin.
Lebih Banyak Ilmu Dagangan? Baca artikel di bawah!
- Panduan untuk Pemula Dalam Dagangan Forex
- Kepentingan SnR dalam Dagangan
- Asas Candlestick dalam Dagang yang Anda Perlu Tahu!