FOKUS PAIR DALAM MINGGU INI – GOLD, AUSSIE DAN LOONIE
Pair berikut adalah dalam fokus utama minggu ini berdasarkan trend dan candle pattern minggu lepas dan minggu-minggu sebelumnya. Analisis price action ini adalah top-bottom analysis dari TF Weekly kepada H4.
Antara pair tersebut adalah GOLD(XAUUSD), AUDUSD, USDCAD.
Baca: Jana Wang VS Ganda Wang(sama tapi tak serupa)
Join channel kami melalui link di bawah;
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
XAUUSD
Pair gold ini masih bullish buat masa ini dan menjejak semula harga tertinggi tahunan. Minggu lepas ia closed sebagai rejection. Kini retest semula pula pada Weekly low minggu lepas.
XAUUSD WEEKLY
Harga psikologi 2000.00 adalah key SNR utama pada waktu ini. Weekly low 1981.71 pula sebagai key support. Untuk selling lagi, price wajib break bawah 2000.00 dan weekly low ini.
Kita lihat pula pada TF D1.
XAUUSD D1
Pada TF ini, major UTL sudah break pada minggu lepas. Semalam pula candle bearish terbentuk dan closing. Namun price stop di atas Weekly low. Ini menandakan buyers masih dalam pasaran dan masih belum ada tanda jelas penguasaan sellers lagi buat masa ini.
Kegagalan untuk break Weekly low ini akan menyebabkan price naik semula. Kita lihat pula apa yang berlaku di H4 pada waktu ini.
XAUUSD H4
Di H4 terlihat order block terbentuk di area 2,010.00 untuk entry sell high jika berlakunya retest dan reject di area ini.
Untuk trading plan, kita perlukan plan ringkas mudah dan tak memeningkan kepala. Berikut plan saya untuk XAUUSD.
Trading Plan
Fokus utama adalah sell sahaja. Key SNR penting adalah berikut;
- 2010.00, 2020.00, 2040.00
- Weekly high 2048.79
Entry akan dibuat jika rejection berlaku walaupun selepas break dan hit SL. Untuk stoploss, jika sell trigger di 2010.00, maka kedudukan SL adalah di 2020.00.
Long term sell adalah jika break Weekly low 1981.71.
Trading plan ini dikira gagal jika break last week high. Jika ini berlaku, perhatikan highest price 2075.00 sebagai major resistance untuk sell high jika price naik sampai sini.
AUDUSD
Pair ini masih dalam downtrend berdasarkan trend minggu-minggu sebelumnya. Namun untuk trend semasa pula ia masih daam sideways. Ini petanda breakout akan berlaku dalam masa terdekat samada bulan ini atau bulan Mei nanti.
Kita lihat overall picture untuk pair ini adalah di Weekly.
AUDUSD WEEKLY
Pada TF Weekly kita dapat lihat bahawa pair ini dalam downtrend dan sideways. Candle rejection sudah terbentuk dalam berberapa minggu ini di bawah order block supply zone.
Pada minggu ini kita dapat lihat retest berlaku semula di area zon supply.
Ini sebenarnya memberikan ruang untuk selling high jika retest ini berakhir dengan rejection. Kita lihat pula apa berlaku di D1.
AUDUSD D1
Candle jumaat lepas ditutup bearish walaupun candle sebelumnya adalah bullish. Namun disebabkan kemasukan sellers semula, price drop semula tepatnya di bawah zon supply.
Akan tetapi candle semalam(isnin) ditutup doji dan nampak hari ini berlaku retest semula. CS Doji menandakan trend neutral selepas bearish.
Untuk kembali bearish, cs Daily perlu close bearish dahulu.
Zon kotak ditandakan adalah zon supply(sell). Kita lihat pula TF H4.
AUDUSD H4
Untuk H4 saya akan setkan fibonacci retracement untuk lihat area berpotensi.
Untuk area key resistance berdasarkan fibonacci retracement, kita akan lihat 3 golden ratio iaitu 38.2, 50.0 dan 61.8.
Buat masa artikel ini ditulis, price di 38.2.
Selling highest berdasarkan fibo ini adalah di 78.6 dan Weekly high. Berikut trading plan;
Trading plan
Plan utama adalah sell. Key resistance adalah berikut;
- 38.2 – 0.6728
- 50.0 – 0.6743
- 61.8 – 0.6758
- 78.6 – 0.6779
- Weekly high – 0.6805
Stoploss adalah last swing high selepas entry anda. Jika anda entry pada candle pinbar jika ia terbentuk, hujung shadow candle adalah SL anda.
USDCAD
Pair Loonie ini masih konsisten dalam downtrend. Di TF Weekly kini sudah menghampiri major support. Namun untuk strong rejection, ia mungkin akan retest lagi low ini.
Candle minggu lepas adalah bearish engulfing, oleh itu bias minggu ini adalah sell.
USDCAD WEEKLY
Weekly ini saya jangka akan ada retest dahulu sebelum ia betul-betul akan reverse naik atau turun jauh lagi. Untuk turun jauh lagi, weekly low wajiblah break dahulu.
Weekly low 1.3300 adalah di major support.
Seterusnya kita lihat di D1 pula.
USDCAD DAILY
Price rejected semalam di bawah SBR 1.3405. Hari ini mungkin akan turun retest Weekly low semula.
Walaupun di Weekly nampak sideways, namun di D1 downtrend. Oleh itu kita akan cari sell sahaja untuk minggu ini. Long term sell adalah jika break weekly low 1.3300. Namun masih perlu berhati-hati kerana jika cs weekly belum close sepenuhnya, ia masih boleh reverse naik semula.
USDCAD H4
Major trend dalam downtrend, H4 pula di bawah SBR. Ini adalah setup terbaik untuk sell.
UTL pula sudah break sebagai confirmation untuk entry sell. Reentry boleh dibuat jika bounce berlaku. Ia memberikan peluang untuk entry sell high.
Berikut trading plan pair ini;
Trading Plan
Fokus utama adalah sell berdasarkan CS terakhir weekly dan trend di D1.
Key resistance:
- 1.3405
- 1.3500
Untuk stoploss sila letakkan di last swing high.
TARGET PROFIT
Untuk target profit kesemua entry di atas anda bolehlah gunakan strategi fibo TP yang saya kongsikan di sini >> https://pullbackforextrading.com/?s=fibo+TP
Untuk belajar money management boleh ke sini https://pullbackforextrading.com/part-4-money-management/
Jaga risk anda baik-baik kerana jika tidak, anda mungkin susah nak exit jika tersilap langkah.
Oklah, sampai di sini dahulu artikel ini.
Kita jumpa di entry akan datang.
ADMIN
18/04/23