FOKUS UTAMA BULAN DISEMBER
Untuk bulan disember ini admin memberi fokus kepada pair GBPJPY dan USDJPY. Matlamat utama bulan ini adalah selling untuk dua-dua pair ini.
Plan ini adalah berdasarkan situasi bulan lepas di mana candle sell terbentuk sebagai signal selling sepatutnya berlanjutan minggu ini. Bagi anda yang berminat pelajari kaedah bias trend ini bolehlah ke halaman ini.
Untuk analisa dan trading plan sebelum ini bolehlah ke halaman ini >> https://pullbackforextrading.com/fokus-utama-bulan-november/
Untuk update terkini secara terus ke smartphone anda dan juga promosi menarik dari broker pilihan saya, sila join telegram pullback di bawah;
Analisa ini adalah berdasarkan TOP-DOWN ANALYSIS, oleh itu anda akan ditunjukkan bagaimana cara saya buat analisa bermula dari monthly hinggalah ke D1. Seterusnya entry plan boleh dibuat di H4 untuk confirmation awal. Untuk entry di H4, sila fahamankan strategy entry yang dijelaskan di sini.
Anda boleh ke pautan-pautan artikel yang saya sediakan untuk panduan bacaan anda dan seterusnya memahami kaedah ini.
Artikel mengenai penggunaan timeframe, trick dan tips >> https://pullbackforextrading.com/?s=timeframe
Artikel mengenai fibonacci >> https://pullbackforextrading.com/?s=fibonacci
Rajin-rajinlah membaca dan buat kajian anda kerana ada sesetengah ilmu yang disampaikan mungkin agak rumit difahami kerana tahap pemahaman bukan lagi ditahap newbie. Goodluck!
GBPJPY
GBPJPY MONTHLY
Candle monthly bulan lepas memberikan hint bulan ini akan bearish lagi kerana gagal breakout resistance 2018 iaitu di 156.60. Candle bearish terbentuk memberikan direction downtrend. Di sebabkan next candle adalah bulan ni, jadi ia patut akan turun lagi pada bulan ini.
GBPJPY WEEKLY
Pada timeframe Weekly ia lebih kepada signal buy di mana candle minggu lepas adalah Piercing line. Ini membawa kepada signal buying. Disebabkan Monthly adalah sell signal, maka Weekly adalah hint kepada market retracement atau correction sebelum ia betul-betul membuat penurunan.
Dalam chart di atas, saya telah tandakan area possible untuk entry sell jika ia berjaya naik ke situ. Untuk makluman pembaca, ia adalah area terbaik untuk sell berdasarkan swing setup supply dan demand. Anda boleh download ebook ini di sini.
GBPJPY DAILY(D1)
Berdasarkan D1, buy boleh dibuat jika penurunan berlaku di area 149.50 ataupun cari buy jika price berjaya breakout atas 150.50.
TRADING PLAN
Entry adalah berdasarkan candlestick signal di TF D1. Jika mahu entry awal, sila buka H4 di area price di bawah;
PLAN 1 – Buy jika break 150.50 atau jika price turun dan rejected di atas 149.50.
Stoploss 149.20. TP untuk buy adalah di 152.50.
PLAN 2 – Sell jika price naik dan rejected di area 152.50, 153.00. SL 50 pips dari entry point. TP adalah 149.50, 148.00.
Altenatif : Sell jika D1 break bawah 149.00. TP 148.00. SL 150.00
USDJPY
USDJPY MONTHLY
USDJPY monthly closed sebagai rejection, memberikan hint kenaikan sudah berakhir kecuali ia kembali bullish semula dan close di atas resistance tahun 2019 iaitu di 114.55 dan 113.71.
Candle monthly closed sebagai bearish pin bar. Oleh itu candle berikutnya iaitu bulan ini sepatutnya akan bearish lagi.
USDJPY WEEKLY
Weekly candle seperti GBPJPY juga adalah bullish. Jadi ini mungkin petanda correction akan bermula sebagai peluang untuk selling pada harga lebih tinggi(mahal).
Memahami konsep mudah ini akan memberikan anda peluang menjadi trader sebenar dalam pasaran berbanding main masuk sesuka-hati. Sila ke pautan ini untuk memahami lanjut.
USDJPY DAILY(D1)
Pada timeframe D1 sudah kelihatan berberapa candle bounce di bawah level fibonacci seakan memberikan hint kenaikan dari signal Weekly mungkin invalid. Tetapi andaikata candle boleh break atas level fibo berkenaan maka ia ada potensi naik lagi retest ke area 38.2 atau 114.55. Jika D1 sudah membentuk rejection, sell boleh dibuat di sini. Tetapi jika candle terus turun dan break bawah 100.0 fibo, maka ia akan terus turun lagi.
TRADING PLAN
Sell USDJPY jika CS D1 membentuk rejection di bawah 61.8, SL 114.000, TP 111.00
Sell jika USDJPY naik retest salah satu level fibo seperti 50.0, ataupun 38.2. SL maksima adalah 50 pips dan pastikan TP adalah 100 pips dari entry jika rejection berlaku di area ini.
Sell jika price/candle break bawah 100.0 fibo. TP 114.00, SL 113.50.
Altenatif :
Candle break semula di atas 114.00 dan 115.00 – ini petanda kepada market bullish dan fokus mestilah buy. Entry boleh dicari di H4.
Penutup
Market disember ini agak sedikit mencabar kerana cabaran varian baru Omicron yang sedikit sebanyak mengganggu proses recovery ekonomi dunia.
Varian ini dikatakan mempunyai risiko lebih tinggi berbanding varian delta yang dikesan lebih awal sebelum ini.
Situasi ini akan membuatkan market tidak menentu dan pastinya banyak false signal akan terbentuk seterusnya mengelirukan dan merugikan trader yang tidak mengawal risk dengan baik.
ADMIN
13/12/21
Credit CS information : dailyfx