FOKUS UTAMA BULAN SEPTEMBER
Lanjutan dari bulan lepas, GPBUSD kembali uptrend setelah hujung bulan. Plan utama bulan lepas adalah buy namun kegagalan membuat new high menyebabkan GBPUSD jatuh ke paras terendah bulan sebelumnya sebelum kembali uptrend semula pada penghujung bulan diikuti kenaikan berikutnya pada NFP minggu pertama bulan ini(september).
Candle bulan lepas adalah bearish, adakah bulan ini ia bakal jatuh semula jika gagal retest 1.4000 level?
Untuk post terdahulu sila ke pautan di bawah;
- https://pullbackforextrading.com/gbpusd-ogos-2021/
- https://pullbackforextrading.com/stoploss-trigger-apa-seterusnya/
Ikuti analisa top-down di bawah;
GBPUSD MONTHLY
Pada timeframe Monthly kelihatan price masih rejected di atas 78.6 fibonacci retracement. Ini petanda baik trend masih bullish/uptrend. Namun untuk ia terus uptrend, 1.3900 dan 1.4000 adalah resistance price yang wajib break terlebih dahulu.
Candle monthly adalah bearish walaupun ia rejected di atas fibonacci 78.6, ini sedikit sebanyak memberikan petanda market bulan lepas bukanlah bullish sepenuhnya dan boleh kembali bearish/downtrend sekiranya membuat new low ataupun break 78.6 fibo ini.
Seterusnya kita lihat di Weekly pula.
GBPUSD WEEKLY
Di Weekly kelihatan terbentuknya double bottom dan price kembali uptrend. Terkini price masih di bawah 1.3900. Seperti biasa, sebelum ia benar-benar uptrend, ia akan menguji terlebih dahulu area support terdekat. Jika rejected, ia bermakna buyers masih dalam pasaran sebagai dominan. Jika break resistance pula ia adalah petanda bahawa market dalam rally dan bakal meneruskan uptrend. Tafsiran ini adalah berdasarkan situasi yang berlaku di Weekly dan Monthly.
Seterusnya kita lihat pada Daily pula.
GBPUSD D1
Pada TF D1 ini nampak jelas confirmation uptrend apabila break downtrend-line(DTL). Akan tetapi sepertimana false break berlaku pada garisan melintang SNR, ia juga boleh berlaku pada trendline.
BACA : 123 TRENDLINE BO SYSTEM
Jika ia berlaku, secara tidak langsung ia mengesahkan bearish trend berdasarkan candle monthly yang telah disebutkan pada analisa monthly sebelum ini.
TRADING PLAN BULAN INI
Plan utama adalah buy kerana rejected atas 78.6 di Monthly chart, kemudian di D1 pula break major DTL. Confirmation long term adalah jika price breakout key resistance berikut;
- 1.3900
- 1.4000
Timeframe untuk confirmation trade setup adalah di D1. Untuk buy low pula, price mestilah rejected di atas 1.3800 ataupun di atas 1.3770.
Anda boleh merangka trade plan anda sendiri berdasarkan kaedah fibonacci ini(jika buy setup terbentuk) >> https://pullbackforextrading.com/teknik-termudah-fibonacci/
ALTENATIF
Plan altenatif adalah sell dengan syarat;
- Jatuh semula di bawah paras major DTL di D1 atau sekurang-kurangnya close di bawah 1.3750.
- Membuat new low bulan ini dengan breakout di bawah 78.6 fibonacci monthly.
Sekian dahulu untuk analisa kali ini.
Update akan menyusul melalui group telegram ataupun blog post website ini.
JOIN MEMBERSHIP PREMIUM PERCUMA PULLBACK – KLIK SINI
Stay Tune!
ADMIN
07/09/21