GBPUSD UPDATE TERKINI
Pair dalam fokus bulan ini iaitu GBPUSD – Nampaknya gagal untuk meneruskan trend bulan lepas iaitu uptrend. Untuk setakat hari ini, ia jatuh ke paras harga terendah ataupun termurah untuk buy low. Ia jatuh di area 23.6 fibonacci berdasarkan candle bulan lepas.
Sorry kalau fibo saya ni terbalik berbanding penggunaan sepatutnya.
Pautan ke analisa tersebut boleh klik sini >> https://pullbackforextrading.com/gbpusd-ogos-2021/
GBPUSD MONTHLY
Bulan ini bakal melabuhkan tirainya kerana hari ini sudah 26 HB, lagi berberapa hari lagi akan sampai ke tirai penutupnya. Candle monthly pula sudah menjadi bearish. Ini bermaksud ia ada potensi kekal bearish hinggalah closing bulan ogos ini. Secara tidak langsung memberikan hint market bearish untuk GBPUSD.
Dalam masa yang sama juga candle bearish ini, harga semasa pada waktu artikel ini ditulis, berada lebih rendah berbanding closing pada bulan lepas.
Kita lihat pula pada Weekly chart.
GBPUSD WEEKLY
Candle Weekly minggu lepas break dan close lebih rendah berbanding body candle pin bar bulan lepas. Cande minggu ini pula sedang retrace ke area body candle ini yang bertindak sebagai SBR selepas ia break. Dalam masa yang sama level fibo 38.2 juga adalah area SBR berdasarkan fibo monthly untuk bulan ini. Jika price rejected di bawahnya pada TF D1, nampaknya trend bakal turun lagi. Secara automatik plan buy sudah gagal.
Hanya yang buy low semasa price murah/terendah di 23.6 pada minggu ini sahaja yang sukses profit.
Untuk mengukuhkan lagi bearish trend bulan ini, di TF Weekly juga sebenarnya sudah breakout uptrendline(UTL).
Ok jom lihat pada TF Daily(D1) pula.
GBPUSD D1
Candle hari ini(khamis) sedang close semula di bawah UTL yang sudah break, menandakan kenaikan minggu ini adalah untuk retest semula broken UTL ini. Jika ia hendak meneruskan semula penurunan, oleh itu ini adalah area terbaik untuk entry sell high.
Esok iaitu jumaat, kita patut lihat ia akan teruskan penurunan jika benar trend kembali kepada downtrend.
Jika tidak, ia akan naik semula di atas UTL tersebut dan trigger semua stoploss yang diletakkan di situ.
JACKSON HOLE SYMPOSIUM
Untuk perhatian, bermula esok juga simposium Jackson Hole. Apakah simposium ini?
Federal Reserve Bank of Kansas City menjadi tuan rumah berpuluh-puluh bank bank pusat, pembuat dasar, akademik dan ahli ekonomi dari seluruh dunia pada simposium dasar ekonomi tahunannya di Jackson Hole, Wyo. Peserta simposium termasuk bank pusat, menteri kewangan, akademik, dan peserta pasaran kewangan terkemuka dari seluruh dunia. Para peserta bersidang untuk membincangkan masalah ekonomi, implikasi, dan pilihan dasar yang berkaitan dengan topik simposium. Prosiding simposium merangkumi makalah, komen, dan perbincangan.
Simposium ini akan berlangsung selama 3 hari bermula esok hingga ahad.
Kesannya akan dilihat pada esok ataupun isnin dan mungkin sepanjang minggu hadapan.
Maklumat lanjut mengenai simposium ini bolehlah ke pautan ini >> https://www.kansascityfed.org/research/jackson-hole-economic-symposium/
Sekian,
ADMIN
26/08/21
Credit header – the conversation