GBPUSD KENAKAN SELLER DENGAN FALSE BREAK
Berdasarkan situasi bulan lepas, GBPUSD adalah bearish, bermaksud ia adalah bias kepada selling. Tetapi pada minggu ini terutamanya semalam dan hari ini, ia nampak bullish dan break level altenatif iaitu 1.37000 yang membawa maksud kepada buying.
Anda boleh akses analisa lepas di sini >> https://pullbackforextrading.com/fokus-utama-bulan-oktober/
Penerangan : berdasarkan TF D1 di atas, GU nampak dalam proses membentuk uptrend setelah false break di bawah major level fibo 78.6 pada TF monthly.
Pullback di atas 1.3700 akan bersifat sementara dengan syarat price gagal break major DTL ataupun false break di bawah 1.3840 dan jatuh semula di bawah DTL.
1.3400 masih hold sebagai major strong RBS support di TF Weekly/Monthly. Secara logiknya trend akan naik tinggi adalah jika price break major DTL dan seterusnya break pula number psikologi 1.4000.
Secara keseluruhannya uptrend mestilah di atas 1.4000 kerana kegagalan breakout kawasan ini akan membawa price jatuh semula.
Reason kenapa saya mengatakan begitu adalah kerana trend masih dalam sideways selagi gagal tembusi area ini.
Mampukah GBPUSD kembali turun atau adakah bakal berubah arah?
Kemas-kini akan dipost di masa akan datang.
ADMIN
15/10/21