GOLD APA SUDAH JADI?
Gold bergerak bullish dan uptrending pada awal bulan oktober ini dan menjejak semula ke 1700.00. Secara tak langsung plan sell penghujung bulan lepas telah gagal sepenuhnya kecuali dalam bulan ini price kembali semula di bawah paras 1700.00.
Plan sebelum ini >> https://pullbackforextrading.com/gold-akhirnya-tembusi-1700-apa-seterusnya/
Ikuti kami di channel telegram kami dengan klik banner di bawah;
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Carta teknikal
Seperti biasa, chart teknikal akan jadi panduan utama. Kita mulakan terus pada TF Daily(D1).
Seperti yang dapat dilihat, price terkini untuk XAUUSD(gold) adalah di atas 1700.00. Jika dilihat pada gambaran keseluruhan, trend masih downtrend. Oleh itu kenaikan ini hanyalah correction dan bersifat sementara. Jika seller kembali dalam pasaran dan mengatasi bilangan buyers, maka trend akan kembali ke arah asal iaitu downtrend/sell.
Jika anda boleh lihat pergerakan trend bulan sebelum ini, price break 1800.00, kemudian menyentuh 1700.00. Gagal untuk tembusi kemudian ia naik semula ke level 1800.00 yang menjadi SBR.
Candle bounce di bawahnya kemudian ia reverse ke bawah dan menjejak semula key support 1700.00. Round number ini sangat memudahkan untuk memantau pergerakan pasaran.
Apa seterusnya?
Buat masa ini price mungkin akan berlegar-legar di atas 1700.00. Anda perlu bagi perhatian jika price tembusi semula level ini. Price mungkin akan naik lagi untuk retest area-area resistance terdekat seperti dalam gambar di bawah.
Key resistance 1724.635 dan 1730.00.
1700.00 key support utama
Jika ia tembusi 1700.00 ini, perhatikan potensi sell dengan melihat pada stuktur trend terbentuk untuk downtrend.
TF terbaik untuk memantau potensi sell ini adalah D1 dan juga Weekly. Untuk proses ini anda mungkin sebaiknya elakkan dahulu mencari entry hinggalah market memberikan hint arah.
Plan gagal jika…
Jika 1700.00 bertindak sebagai RBS, dan gagal ditembusi berdasarkan formasi candle di D1, maka plan sell akan gagal dan trend kembali kepada uptrend. Ikuti channel telegram kami untuk perkembangan semasa.
Sehingga jumpa di post akan datang!
ADMIN
04/10/22