TEKNIK CANDLE ‘SCALPING GOLD’ YANG WAJIB ANDA KETAHUI
Teknik scalping ini adalah khas untuk gold. Timeframe untuk melihat trade setup adalah H1 dan entry juga pada H1 tersebut. Disebabkan trade setup berdasarkan H1, oleh itu teknik scalping ini adalah kategori Day Trading atau Intraday.
Intraday agak risky dan dalam masa yang sama Gold ataupun XAUUSD juga adalah pair yang sangat high risk. Penggunaan teknik ini secara keseluruhannya berisiko tinggi dan tidak sesuai untuk semua orang.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Dalam artikel kali ini saya akan terangkan mengenai asas teknik dan waktu sesuai untuk mencari potensi setup.
Tanpa membuang masa, kita terus kepada teknik..
ASAS TEKNIK
Asas utama teknik adalah formasi candlestick. Ia melibatkan susunan candlestick diikuti dengan candle reversal. Candle reversal inilah entry anda.
Anda akan membuat entry selepas candle ke-3 closing.
Take note:
- Trade setup adalah berdasarkan formasi candlestick
- Entry pada opening candle
Buat instant execution dan bukannya pending order.
Formasi Candlestick
Buy setup
Untuk buy, formasi candlestick adalah seperti berikut, 3 candle bearish menurun(down). Entry adalah pada candle ke-4. Entry adalah berlawanan arah dengan 3 candle sebelumnya.
3 candle bearish, diikuti candle bullish. Entry anda adalah buy pada candle ke-4 iaitu apabila close sahaja candle bearish ke-3, anda akan membuat buy terus pada candle berikutnya iaitu candle ke-4.
Sell setup
Untuk sell setup, 3 candle bullish diikuti candle bearish ke-4.
3 candle bullish menaik(up). Entry akan dibuat pada candle ke-4 iaitu sejurus selepas close candle ke-3.
SIGNAL HARIAN
Untuk sehari, signal yang dijana adalah 1 kali sahaja. Untuk memaksimakan potensi entry, terpulang samada anda mahu entry layer mahupun lot besar. Akan tetapi trading anda mestilah sekali sahaja sehari.
EXIT STRATEGIES
Exit trade pada lingkungan 20 ataupun 30 pips sahaja. Untuk stoploss(SL), disarankan meletakkan 10 atau 15 pips sahaja.
Exit juga boleh dibuat apabila candle H1 tersebut close.
Entry dan Exit buy:
Entry dan Exit sell:
Pergerakan mungkin lebih jauh dari target profit oleh itu abaikan sahaja pergerakan tersebut.
WAKTU SESUAI TRADING
Waktu sesuai adalah bermula dari jam 2 pm hingga ke jam 6 pm setiap hari(isnin~jumaat). Anda dikira melanggar rule teknik ini jika anda memandai-mandai membuka trade pada waktu yang lain. Oleh itu sila berdisiplin.
MENETAPKAN TARGET
Anda perlu menetapkan matlamat anda sebelum anda menggunakan teknik ini.
Matlamat itu mestilah spesifik seperti menggandakan 20 usd kepada 100 usd, atau 100 usd kepada 1,000 usd. Matlamat juga termasuklah menjana profit harian seperti 10 usd ataupun 20 usd.
Matlamat ini mestilah realistik dan logik. Ia boleh dicapai bersandarkan modal anda dan sekiranya ia tercapai, anda wajib untuk berhenti trade.
Jika plan gagal sekalipun, anda mesti stop trade.
CONTOH TRADE SETUP
Berikut saya senaraikan berberapa contoh buy dan sell setup berdasarkan teknik ini.
Contoh buy :
Syarat entry :
3 candle menurun, entry pada candle ke-4 iaitu buy.
Contoh sell :
Syarat entry :
3 candle menaik, entry sell pada candle ke-4.
RUMUSAN
Saya rumuskan berberapa point berikut untuk pembelajaran kali ini.
- Timeframe entry adalah H1
- Trade setup adalah 3 candle menaik ataupun menurun
- Entry adalah pada candle ke-3
- Entry adalah berlawanan arah 3 candle sebelumnya
- Exit strategies :
- 20 pips
- Selepas candle entry close
ADMIN
27/07/21
NOTE: Teknik ini bukan kepunyaan saya. Credit kepada pemilik asal teknik. Tidak jelas siapa pengasas asal kerana teknik ini digunakan lebih dari seorang trader.
Credit header : google photo
One Reply to “TEKNIK CANDLE ‘SCALPING GOLD’ YANG WAJIB ANDA KETAHUI”
Comments are closed.