HANGING MAN DAN INVERTED PIN BAR
Kedua-dua candle pattern ini adalah hampir sama sahaja tetapi kedudukan yang berbeza memberikannya maksud yang berbeza…dan sudah tentu juga cara entry yang berbeza. Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan serba sedikit tips bagaimana untuk kenalpasti dan memanfaatkan dua candle setup ini.
Persamaan
Persamaan ketara untuk kedua-dua pattern ini adalah ia merupakan candle pin bar. Anda boleh pelajari mengenai pin bar di sini https://pullbackforextrading.com/pin-bar-trading-signal/
Ciri-ciri
Adalah penting untuk kenal-pasti ciri-ciri utama dua jenis candle pattern ini agar dapat mengelakkan dari trading pada setup yang salah. Ciri-ciri terhad pada kedudukannya pada SNR serta ia punyai confirmation berdasarkan candle kedua selepas hanging man dan juga inverted pin bar.
Hanging Man
Candle hammer terbentuk di bawah resistance selepas satu pergerakan trending uptrend.
Candle pin bar terbentuk di puncak uptrend. Ia samada membentuk resistance baharu mahupun ia terbentuk di bawah resistance, ia menandakan kegagalan untuk uptrend melalui pembentukan shadow panjang dan body candle yang kecil. Akan tetapi candle kedua selepas pin bar memberikan clue sebenar iaitu ia closed sebagai candle bearish menandakan confirmation kepada candle hanging man yang sah dan signal kepada selling dalam pasaran.
Inverted Pin Bar
Candle pin bar terbentuk selepas suatu pergerakan downtrend. Ia membentuk support baharu dan juga terbentuk di atas support level. Shadow panjang menandakan usaha seller untuk menekan price jatuh namun candle kedua selepas pin bar ini jika ia bullish, ini menandakan trend bakal reversal dan berubah kepada uptrend.
Contoh Live Setup dan Strategi Entry
Buy setup
Inverted pin bar yang valid akan terbentuk selepas downtrend berlaku dalam suatu tempoh yang lama. Anda boleh gunakan TF D1 ataupun TF Weekly sebagai rujukan entry anda.
Apabila candle inverted pinbar ini terbentuk, anda hanya perlu tunggu dua candle lagi untuk confirmation dan juga entry. Untuk syarat sah buy, candle kedua selepas inverted pin mestilah bullish. Oleh itu candle ketiga selepas itu bolehlah membuat entry di mana di low price candle inverted adalah sebagai area stoploss anda. Untuk TP pula, anda boleh exit di resistance terdekat.
Sell setup
Untuk sell setup, syarat entry dan confirmation adalah sama iaitu candle confirmation dan candle entry.
Candle hanging man terbentuk selepas uptrend menandakan ia adalah signal valid untuk sell. Confirmation adalah jika candle berikutnya adalah bearish candle. Entry akan dibuat pada candle ketiga selepas candle confirmation.
Exit trade pada support terdekat seperti dalam gambar.
Rumusan
- Candle hanging man adalah signal kepada selling
- Candle inverted pinbar adalah signal kepada buying
- Confirmation candle adalah pada candle kedua selepas candle signal terbentuk
- Entry adalah pada candle ketiga selepas candle confirmation
- SL adalah pada hujung candle confirmation ataupun hujung candle signal
ADMIN
14/05/21