INTRADAY TRADING MENGGUNAKAN TEKNIK 4 BAR MACD

Cabaran ekonomi semasa sewaktu pandemik COVID-19 sedang melanda seluruh dunia membuatkan kita perlu buat banyak pekerjaan lain selain trading dan adakalanya tidak punyai masa untuk melihat chart di waktu-waktu penting. Jika hendak memantau chart sepanjang masa pula tidak sesuai dan tidaklah membantu melainkan hanya mendedahkan kepada risiko kerugian selain hanya membuang masa sahaja.

Baca : Dapat kereta baru dari XM?

Kelebihan trading ini berbanding perniagaan lain adalah ia boleh dibuat part-time dan punyai tempoh masa 24jam sehari, 5 hari seminggu. Oleh itu dalam tempoh ini pasti akan ada waktunya market akan betul-betul berikan peluang profit kepada trader.

Ia tidak berlaku sepanjang masa oleh itu anda boleh melakukan pekerjaan lain dan hanya perlu masuk bila waktu sesuai market akan memberikan peluang itu. Cuma persoalannya adalah, BILA?

Hari ini saya akan kongsikan 1 strategi yang boleh membantu anda mencari peluang ini secara terancang selain trading itu juga dilengkapi dengan money management.

Baca : Merancang waktu entry anda dengan timeframe

Okey mari lanjutkan.

Indikator yang diperlukan

Anda tidak perlukan terlalu banyak indikator. Untuk strategi ini anda hanya perlukan satu sahaja.

Ya, anda hanya perlukan satu iaitu MACD. Anda boleh baca serba-sedikit mengenai MACD di sini.

Setting

Anda tidak perlu setting-setting khas MACD ini. Anda cuma perlu tukar warna sahaja. Lihat gambar di bawah;

MACD anda akan kelihatan seperti berikut;

Gambar di atas – sebelah kiri adalah MACD asal dan di sebelah kanan adalah MACD yang sudah dipadamkan line merah(signal line).

Ok itu sahaja yang anda perlukan. Chart anda tidak perlu serabut dengan pelbagai indikator kononnya anda akan lebih hebat membaca market. Itu adalah mitos yang anda perlu singkirkan jika anda mahu berjaya dengan strategi ini.

Jangan campur-aduk apa-apa jua strategi kerana strategi entry dan exit adalah simple sahaja dan akan diterangkan pada perenggan berikutnya.

Strategi didedahkan

Timeframe

Untuk teknik ini anda hanya akan menggunakan salah-satu dari timeframe berikut iaitu;

  • H1
  • H4

Timeframe terbaik adalah H4. Saya sarankan anda gunakan H4 memandang di awal artikel ini saya sudah menyentuh mengenai trading secara part-time dan mencari peluang terbaik untuk membuat keuntungan dari pasaran yang bergerak 24jam sehari 5 hari dalam seminggu.

Dua elemen

Dua elemen utama teknik ini adalah, merancang waktu entry dan Risk Reward management. Dengan dua elemen ini anda dijamin untuk…

  • Tidak terlalu mencari entry
  • Tidak terlalu melihat chart kecuali apabila tiba masanya sahaja
  • Menentukan risk dan reward ratio berdasarkan entry

Strategi Entry

Seperti yang dinyatakan di atas, timeframe yang digunakan adalah H4 sahaja. Oleh itu anda hanya akan membuka chart selepas berberapa jam tertentu dan hanya akan membuat entry jika anda merasakan risk dan reward anda berbaloi sahaja.

Anda boleh trade sehingga 4 pair mahupun 6 pair dengan syarat anda betul-betul berdisiplin mengikuti entry rule dan tidak akan membuat entry jika tidak cukup syarat mahupun terlepas peluang.

Entry anda adalah berdasarkan MACD bar dan anda tidak perlu susah-susah mendalami dan menguasai support resistance mahupun candlestick pattern. Apa yang penting adalah fibonacci retracement dan sedikit kemahiran money management.

Entry Buy:

Anda akan membuat entry buy jika MACD di atas sifar dan selepas 4 bar MACD terbentuk. Memandangkan anda akan menggunakan H4, oleh itu 1 bar MACD bersamaan 4 jam untuk siap. Jika ada 4 bar bermakna anda hanya akan melihat peluang entry 16 jam selepas MACD berada di atas sifar.

Entry anda adalah pada bar ke-5 MACD.

Entry Sell:

Entry sell adalah apabila 4 bar MACD di bawah sifar. Sama seperti entry rule buy iaitu 16 jam selepas bar MACD di bawah sifar.

Entry anda adalah pada bar ke-5 MACD.

Money and Risk management

Money management rule – untuk memudahkan, sila gunakan size lot yang kecil dan sederhana sahaja. Entry layer ataupun full margin adalah tidak digalakkan.

Contoh lot kecil – jika modal 100 usd, sila gunakan lot 5 sen per-pips atau maksima 10 sen per-pips sahaja.

Jika modal 1,000 usd, bolehlah gunakan 0.50 sen dan 1 usd per-pips.

Risk management rule – gunakan risk reward ratio 1:1 iaitu jika SL anda 50 pips, maka TP anda adalah 50 pips juga. Selain itu RR 1:2 juga boleh digunakan jika stoploss trading anda di bawah 40 pips. Close manual dibolehkan tetapi tidak digalakan membuat entry layer secara piramid ketika sedang trending bagi mengelakkan trade yang untung menjadi rugi apabila market tiba-tiba bergerak sideways.

Stoploss

Stoploss adalah berdasarkan swing high terdekat untuk sell setup dan swing low terdekat untuk buy.

Stoploss juga boleh ditentukan menggunakan fibonacci retacement.

No trade

Jika candle pada bar ke-5 MACD mempunyai stoploss yang agak besar seperti mencecah 80 ataupun 100 pips, sila abaikan. No trade juga jika trend sudah bergerak jauh. Trade setup hanya sah pada permulaan trend sahaja iatu 4 bar selepas MACD berada di atas ataupun di bawah sifar.

No trade juga jika MACD tidak cukup bar seperti hanya 3 bar atau 2 bar sahaja. Trend sideways juga tidak sesuai untuk trade walaupun MACD cukup syarat untuk entry buy ataupun sell.

Bagaimana jika Stoploss besar tapi masih mahu trade?

Untuk merendahkan risiko, anda boleh gunakan lot yang lebih kecil dengan syarat jangan sekali-kali trade hanya untuk TP 10 ATAU 20 PIPS sahaja.

Disiplin

Kejayaan atau kegagalan anda dalam menggunakan teknik ini bahkan apa jua teknik yang anda gunakan adalah bergantung dengan tahap disiplin anda.

Disiplin bermaksud kebolehan anda untuk mengikuti peraturan dan tidak melanggar peraturan itu tidak kira semasa dalam winning streak(untung berturut-turut) dan juga losing streak(rugi memanjang).

Depo dan Withdraw terpantas!

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!

Kenapa anda harus memilih kami? :

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1
  • Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

Contoh trade setup

Pair yang sesuai adalah major pair seperti EURUSD, GBPUSD, EURJPY, GBPJPY, USDCHF, AUDUSD, NZDUSD dan USDJPY.

Contoh setup buy;

Menggunakan fibonacci retracement untuk tentukan SL.

Selain menggunakan swing high atau swing low untuk menentukan SL, fibonacci retracement juga boleh digunakan.

Level yang sesuai untuk stoploss adalah 50.0 dan 61.8.

Di atas adalah contoh setup buy di mana SL adalah lebih 150 pips pada swing low terdekat. Jika anda mahu trade setup ini tetapi mahu mengurangkan risiko, anda boleh gunakan fibonacci retracement dan cari di manakah level fibonacci yang membolehkan anda mendapatkan SL yang minima.

Fibonacci retracement disambungkan dari atas ke bawah dan fibo 61.8 adalah area SL terdekat yang sesuai kerana tidak terlalu dekat seperti 76.4 dan tidak terlalu jauh seperti 50.0 dan 38.2. Nilai SL yang diperolehi adalah 51 pips(anggaran), oleh itu TP juga adalah 51 pips.

Contoh setup sell;

Contoh sell setup dengan menggunakan fibonacci retracement untuk minimakan stoploss/SL.

SL asal mencecah hingga 150 pips. Ini agak besar untuk setup sell ini. Oleh itu penggunaan fibo digalakkan untuk mendapatkan stoploss seminima mungkin tetapi dengan syarat ia tidak boleh terlalu dekat dengan entry point.

Gambar di atas SL di ambil pada 50.0 memandangkan 61.8 agak dekat dengan entry dan dalam masa yang sama terdapat resistane yang dibulatkan. Oleh itu 50.0 adalah kawasan paling sesuai.

Trade ini ditutup profit dengan ratio 1:1 iaitu -70 pips risk dan +70 pips reward.

Akhir kata…

Trading part time pada waktu negara mengalami krisis ini boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah 4 bar MACD ini. Ia lebih ringkas memandangkan anda hanya menumpukan di awal permulaan trend dan hanya akan membuat entry selepas 16 jam trend itu terbentuk.

This image has an empty alt attribute; its file name is telegram-300x150.jpg

Dengan menggunakan risk reward ratio serta money management, teknik ini amatlah sesuai bagi mereka yang mahukan trading tanpa kekangan masa untuk mencari peluang secara kerap selain membantu anda merancang secara tepat bilakah masa untuk memasuki pasaran dan bila perlu exit. Bukan itu sahaja, malah telah ditetapkan peraturan tertentu untuk no trade selain mengenal-pasti setup yang berisiko tinggi untuk anda elakkan.

Kongsikan bersama rakan anda artikel ini dan tinggalkan komen jika anda punyai cadangan atau pendapat.

Sekian terima kasih.

ADMIN
18/10/20

Print Friendly, PDF & Email

Comments

error: Please contact admin for permission.