
Kripto Semakin Rancak: Bagaimana Anda Boleh Manfaatkan Volatiliti Pasaran Ini?
Dalam pasaran kewangan global, aset digital seperti Bitcoin dan Ethereum terus mencuri perhatian — bukan hanya kerana nilainya, tetapi disebabkan pergerakan harganya yang ‘volatile’ atau yang sukar dijangka.
Bagi sesetengah orang, ia nampak berisiko. Tapi bagi pedagang yang bersedia, inilah peluang terbaik untuk jana keuntungan. Nak tahu bagaimana caranya untuk manfaatkan turun naik ini?
Jom kita bongkarkan bersama — artikel ini akan bantu anda faham:
- Apa itu Kripto?
- Apa Yang Mendorong Pergerakan Harga Kripto?
- Bagaimana Ingin Manfaatkan Volatiliti Ini?
Apa Itu Kripto?
Kripto, atau mata wang digital, ialah aset yang dibina menggunakan teknologi blockchain. Berbeza dengan mata wang biasa, kripto tidak dikawal oleh kerajaan atau bank pusat. Ini menjadikannya bebas, mudah diakses, dan sangat popular dalam dunia dagangan.
Antara jenis kripto yang paling terkenal:
- Bitcoin (BTC) – Kripto pertama dan paling bernilai. Digelar “emas digital” kerana jumlahnya terhad dan nilainya yang tinggi.
- Ethereum (ETH) – Digunakan dalam kontrak pintar dan aplikasi decentralised (dApps). Penting dalam dunia NFT dan DeFi.
- Solana (SOL) – Laju, murah dan efisien — antara pilihan utama untuk transaksi pantas.
- Ripple (XRP) – Fokus kepada pemindahan wang rentas sempadan dengan kelajuan tinggi dan kos rendah.
- Litecoin (LTC) – Versi lebih ringan daripada Bitcoin, dengan masa transaksi yang lebih singkat.
Kripto bukan sekadar ‘trend’, namun ia kini salah satu kelas aset yang paling aktif dan paling digemari oleh pedagang moden.
Apa Yang Mendorong Pergerakan Harga Kripto?
Pasaran kripto sentiasa berubah — dan perubahan ini biasanya didorong oleh beberapa faktor utama:
- Berita Semasa – Ucapan atau kenyataan daripada tokoh terkenal, perubahan dasar kerajaan, atau peretasan sistem boleh melonjak atau menjatuhkan harga dalam sekelip mata.
- Acara Pasaran Global – Kestabilan ekonomi, kadar faedah dan inflasi turut memberi impak kepada sentimen pelabur.
- Permintaan & Penawaran – Aset kripto dengan bekalan terhad seperti Bitcoin cenderung mengalami lonjakan apabila permintaan meningkat.
Inilah asaran kripto sentiasa aktif dan memerlukan kepekaan terhadap berita semasa serta reaksi pantas dalam membuat keputusan dagangan.
Bagaimana Ingin Manfaatkan Volatiliti Ini?
Jawapannya mudah: gunakan platform yang betul dan strategi yang tepat.
Salah satu broker yang dipercayai ramai pedagang ialah XM — bukan sahaja berpengalaman, tetapi menawarkan pelbagai kelebihan yang sesuai untuk pasaran kripto.
Kenapa Ramai Pilih XM?
- Reputasi Global – XM baru sahaja menyambut ulang tahun ke-15 sebagai broker global yang diiktiraf dengan perkhidmatan yang dipercayai.
- Leveraj fleksibel – Membolehkan anda mengawal posisi lebih besar dengan modal yang minimum.
- Tanpa Komisen – Dalam pasaran yang bergerak pantas, kelajuan pelaksanaan adalah kunci untuk tidak terlepas peluang.
- Beroperasi 24/7 – Anda boleh berdagang kripto 24/7, termasuk hujung minggu!
Anda baru ingin menapak dalam dunia dagangan?
Berita baik untuk anda! Kini anda boleh menuntut Bonus Tanpa Deposit $50 secara PERCUMA apabila membuat pendaftaran kali pertama di XM! Tiada modal diperlukan, hanya daftar, sahkan akaun dan tuntut bonus dagangan anda!
Jadi anda tunggu apa lagi? Jom mula berdagang Kripto di XM.
Hanya 3 minit pendaftaran yang dapat mengubah pengalaman dagangan anda.
Ingin Dapatkan Lebih Banyak Ilmu Dagangan? Baca artikel di bawah!
- Kepentingan SnR dalam Dagangan
- Asas Candlestick dalam Dagang yang Anda Perlu Tahu!
- Mengapa Masa Penting dalam Dagangan?