NZDUSD SEBULAN KEMUDIAN…MENGEJUTKAN!
NZDUSD SEBULAN KEMUDIAN MASIH STUCK DI 0.6842 DAN MEMBENTUK CHART PATTERN HEAD AND SHOULDER – PETANDA POSITIVE REVERSAL SELL KEPADA BUY?
-
Key support level 0.6842 hold buy trade
-
FALSE BREAK bawah 0.6842 berlaku seperti dijangka
Sebulan berlalu(lebih sebulan lah kiranya ni..) sejak saya postkan mengenai pair NZDUSD pada 25 oktober yang lalu, kini NZDUSD naik semula tetapi masih belum uptrend sepenuhnya. Akan tetapi jika anda antara trader yang membuka posisi buy di kawasan ini anda kini boleh senyum riang kerana sudah berhasil profit.
BACA POST BERTARIKH 25 OKTOBER 2017
UPDATE SELEPAS 25 OKTOBER
Trading forex ini sememangnya mencabar dan memakan masa. Ia sangat tak sesuai bagi mereka yang inginkan cepat hasil tetapi tidak sanggup ambil sebarang risiko yang terlibat. 🙂
Key support level 0.6842 hold buy trade
Jika perhatikan pada overall history, sememangnya berlaku repetition history di mana price masih bounce di key level ini samada ia nak break turun atau reversal naik.
Price bounce di atas marking line petanda buy trade masih ‘hold’ atas level ini dan kemungkinan besar price akan naik jika price break neckline HnS yang terbentuk di timeframe yang lebih rendah iaitu di Daily chart.
Jika ia berlaku maka price boleh naik tinggi apatah lagi jika mampu melepasi(breakout) high tertinggi bulan lepas iaitu november pada 0.69788. Ini penting kerana jika gagal, ia akan turun semula dan seterusnya ‘memakan’ sesiapa sahaja yang overkonfiden trade dengan penuh emosi dengan saiz lot besar-besar. Selamat datang ke dunia margin call!
FALSE BREAK
Pada post bulan lepas saya ada ilustrasikan mengenai false break di bawah 0.6842 ini. Agaknya kenapa?
Dalam keadaan bounce atau ranging trend biasanya akan berlaku false break. False break ini seakan memberi gambaran trend sudah berubah arah berbanding arah yang kita trade dan oleh menyebabkan kita berasa tidak yakin dengan entry dan seterusnya cutloss entry tersebut.
Manfaatkan false break candle > Download ebook percuma sini
False break juga dalam maksud lain adalah stoploss hunting di mana akan berlakunya keadaan SL kita hit dahulu sebelum trend betul-betul bergerak ikut arah yang kita trade. Keadaan ini paling kerap berlaku di timeframe yang lebih rendah seperti M30, M15 dan M5(apatah lagi M1)…
Saya juga terangkan mengenainya pada post lepas itu(link di bawah) cuma ia bukanlah berlaku sama seperti bentuk shadow panjang tetapi masih dalam maksud yang sama iaitu false break.
quote:
1 shadow panjang tersebut boleh dikatakan sebagai SL hunting, maka itulah sebabnya anda perlu SL lebih besar seperti yang saya katakan sebelum ini.
Sila ke entry ini untuk membaca : https://pullbackforextrading.com/nzdusd-sudah-sampai-ke-key-support-0-6842-tapi/
WHAT’S NEXT?
Trade masih lagi buy dan kita masih berpegang kepada analisis sebelum ini(sebulan lepas) selagi price tidak break bawah 0.6842 ini.
Akan tetapi perhatikan juga high price bulan lepas yang akan bertindak sebagai resistance price yang boleh menghalang kenaikan price ini.
Sementara nak tunggu breakout neckline ini anda bolehlah menambah ilmu dengan membaca lebih banyak post dalam blog saya. 🙂
Recommended > kenapa Part time trader sebelah malam lebih profitable part 1 dan 2
Recommended > 5 Strategy berkuasa Stoploss
note: Dalam ruang membership saya ajarkan lebih lanjut mengenai strategy yang boleh anda manfaatkan tentang key level SNR ini. Sertai hari ini!