PELAJAR KOLEJ MATI KEMURUNGAN SELEPAS KERUGIAN TERUK PELABURAN MATAWANG CRYPTO
PELAJAR KOLEJ MATI KEMURUNGAN SELEPAS KERUGIAN TERUK DALAM PELABURAN MATAWANG CRYPTO
-
Ibu mangsa menemui anak lelakinya mati
-
Profit 200 juta Korean Won(RM720,000) pernah dijana oleh pelajar berkenaan
SEOUL –Seorang pelajar kolej ditemui mati oleh ibunya pada jam 7:50 pagi di dalam bilik pelajar tersebut dipercayai akibat kemurungan berpunca dari kerugian besar dalam pelaburan matawang digital crypto.
Menurut keluarga mangsa, anak lelakinya pernah menjana keuntungan sehingga 200 juta korean Won dari pelaburan yang dibuat.
sumber: bravenewcoin
Nilai matawang crypto terus merudum penghujung tahun lepas dan dalam masa yang sama juga kerajaan Korea Selatan telah mengetatkan undang-undang berkenaan matawang digital berkenaan.
Setelah mangsa menunjukkan tanda-tanda kemurungan(depression), mangsa bergantung sepenuhnya kepada ubat preskipsi tidur.
Menurut polis, mangsa merupakan tahun kedua di sebuah kolej bereputasi tinggi. Pada semester pertama tahun lepas, mangsa telah mengambil cuti sakit dan kembali ke kampung halamannya di Busan, di mana beliau bekerja sebagai pekerja sosial bermula pada Oktober lepas.
Polis merancang akan menyiasat lebih lanjut mengenai kes ini. -The Korea Herald/Asia News Network
ADMIN
020218
PS: Credit feature foto : yonhap