
Penjara Di Depan Skrin
“Jam dinding sudah menunjukkan pukul 2.00 pagi, namun bilik tidur Idrus hanya dilitupi cahaya malap daripada skrin monitor bersaiz 32 inci. Matanya yang merah dan sembap merenung tajam pergerakan candlestick di chart M5. Detakan jantungnya seiring dengan turun naik garisan harga.
“Sikit lagi… okey, retest! Aku Buy!” bisik Idrus penuh debar.
Jarinya laju menekan tetikus. Dua minit kemudian, pasaran tiba-tiba membuat terjunan drastik. Floating merah menyala. Panik mula menguasai diri. Tanpa berfikir panjang, Idrus menekan butang Sell pula dengan saiz lot yang lebih besar—cubaan untuk balas dendam (revenge trading). Sesaat kemudian, pasaran berpatah balik ke atas.
Idrus mengosok mukanya yang berminyak. Dia terduduk layu. Akaunnya Margin Call lagi buat kali ketiga dalam bulan ini.
Inilah realiti hidup Idrus sejak dua tahun lalu. Di luar, dia dikenali sebagai seorang ‘trader’. Namun hakikatnya, dia adalah hamba kepada skrin. Dia mencuba semua teknik yang wujud di internet, menatap graf dari sesi Asia membawa ke sesi New York, dan melompat masuk ke pasaran setiap kali nampak bayang signal di Low Timeframe (LTF). Dia takut tertinggal peluang (FOMO).
Akibatnya, hidup Idrus tunggang-langgang. Badannya kerap sakit-sakit kerana kurang tidur. Mata bengkak dan lebam akibat tak cukup tidur dan letih menghadap skrin -dia sudah lama tidak meluangkan masa berkualiti dengan isteri, malah ajakan kawan-kawan untuk minum kopi di hujung minggu sering ditolak dengan alasan, “Aku sibuk trade bitcoin, nak cari 10 atau 20 dollar ni.” Dia menyangka kerja kuat menghadap skrin 12-16 jam sehari adalah jalan menuju kekayaan, tetapi baki akaun banknya berkata sebaliknya.
===
Pertemuan Di Lapangan Terbang
Pertengahan bulan itu, isteri Idrus meminta untuk pulang ke kampung halaman di Kota Kinabalu bagi menziarahi orang tua mereka. Walaupun berat hati kerana takut terlepas setup pasaran, Idrus terpaksa beralah.
Semasa menunggu penerbangan di KLIA, Idrus duduk di sebuah kafe sambil tangannya sibuk membelek aplikasi MT5 di telefon bimbit. Mukanya berkerut-kerut, sesekali dia mengeluh kasar apabila melihat stop loss (SL) beliau dilanggar lagi.
Di meja sebelah, seorang lelaki berpakaian santai—hanya berseluar pendek kargo, t-shirt kosong, dan berkasut sarung—sedang tenang menghirup kopi sambil membaca sebuah novel fizikal. Tiada laptop, tiada chart yang berpusing-pusing di telefon. Di sisi lelaki itu, terdapat beberapa beg kertas jenama mewah, hasil belian di butik lapangan terbang. Lelaki itu kelihatan sangat tenang, seolah-olah tiada satu pun masalah dunia yang mampu mengusiknya.
Dia ialah Samad.
Idrus mengenali Samad melalui satu group komuniti trading tempatan, tetapi ini kali pertama mereka bertentang mata. Teruja dan mahu mengalih perhatian daripada kekecewaan grafnya, Idrus menegur, “Eh, Samad kan? Trader dari group telegram Pullback?”
Samad memandang, tersenyum mesra dan menghulurkan tangan. “Ya, saya Samad. Eh, Idrus kan? Kecil betul dunia.”

Mereka mula berbual. Idrus yang sememangnya sedang sarat dengan tekanan terus meluahkan apa yang terbuku. “Mad, aku peninglah dengan market sekarang. Hancur. Kau tak trade ke minggu ni? Kan tengah ada news besar malam ni?”
Samad ketawa kecil. “Tak ada, Drus. Aku dah done untuk bulan ni. Minggu lepas dah ambil dua trade, dah capai target portfolio. Sekarang masa untuk spending dengan famili dan nikmati hidup pula.”
Idrus terpegun. “Dua trade je sebulan? Biar betul? Akaun kau jalan ke? Aku ni sehari sampai 10 hingga 15 entry, itu pun hujung bulan akaun melingkup.”
Samad menutup novelnya, memandang tepat ke mata Idrus dengan penuh empati. Dia tahu benar apa yang sedang dilalui oleh Idrus, kerana dia juga pernah berada di tempat yang sama suatu ketika dahulu.
===
Rahsia Mata Helang
“Idrus,” kata Samad dengan nada lembut tetapi tegas. “Kau tahu tak kenapa singa atau helang kalau memburu, mereka tak tangkap semua benda yang bergerak? Helang tak akan terjun dari langit semata-mata nak kejar lalat atau semut.”
Idrus menggeleng.
“Sebab tenaga yang digunakan tak berbaloi dengan hasil. Lalat tak mengenyangkan, malah memenatkan. Sama macam trading. Bila kau trade di LTF (Low Timeframe), kau sebenarnya sedang mengejar ‘lalat-lalat’ pasaran. Terlalu banyak noise dan signal palsu. Kau penat, emosi kau koyak, dan modal kau habis bayar komisyen entry di akaun ECN kau.”
Samad mengeluarkan sekeping kertas kosong dan sebatang pen dari begnya. Dia melukis satu garisan mendatar yang tebal.
“Ini cara aku. Aku cuma pandang High Timeframe (HTF) seperti graf Daily atau Weekly. Aku cari dan tanda Key Level yang betul-betul penting dan valid sahaja. Kawasan di mana jerung-jerung besar (institutional buyers/sellers) sedang menunggu. Teknik ni aku belajar dari website pullback.”
Samad mengetuk pen pada garisan tersebut.
“Bila pasaran bergerak, aku tak kalut. Aku tutup chart. Aku pergi bercuti, aku pergi shopping, aku teman isteri. Aku cuma pasang alert bila harga menghampiri Key Level HTF ini. Tugas kita bukan nak kawal market, Drus. Tugas kita adalah tunggu, sabar, dan lihat reaction di level penting itu.”
“Lepas tu, terus entry?” tanya Idrus, matanya mula bersinar.
“Jangan gelojoh,” senyum Samad. “Tunggu confirmation dulu. Biar pasaran bagi bukti yang level itu dihormati (reversal pattern atau rejection). Bila semuanya berasaskan sistem mekanikal yang jelas dan confirmed, barulah aku tekan satu atau dua entry dengan lot yang bersesuaian dengan risk-reward minimum 1:3. Lepas tu? Aku letak SL, letak TP, dan aku tutup laptop. Pergi sambung menikmati kehidupan.”
“Trading ni aku cuma buat kerja sedikit yang perlu sahaja. Entry lot besar dan keluar dari pasaran dengan untung besar. Tu je aku buat ulang-ulang.” Tambah Samad lagi.
Idrus terus menelan air liur sambil kelip-kelip mata. Terasa dengan sindiran itu. Bagaikan nak pedih hulu hatinya.

Kebebasan Yang Sebenar
Kata-kata Samad bagaikan satu tamparan hebat yang mengejutkan Idrus daripada mimpi ngeri. Selama ini dia menyangka menjadi trader bermaksud dia perlu ‘bekerja’ di depan skrin setiap saat. Dia terlupa tujuan asal dia menceburi bidang ini adalah untuk mencari kebebasan masa dan kewangan, bukannya membina penjara baru untuk diri sendiri.
“Dua tiga trade sebulan yang berkualiti, jauh lebih baik daripada ratusan trade yang akhirnya membawa sengsara pada diri kau,” tambah Samad sambil bangun bersiap untuk menaiki pesawat. “Trading ni bosan, Idrus. Kalau kau rasa trading kau penuh aksi dramatik macam filem, maksudnya kau tengah berjudi, bukan tengah buat bisnes.”
Penerbangan ke Kota Kinabalu hari itu menjadi penerbangan paling tenang bagi Idrus. Sepanjang perjalanan, dia tidak membuka aplikasi MT5 langsung. Dia menoleh ke sebelah, melihat isterinya yang sedang tersenyum memandang awan di luar tingkap. Idrus sedar, banyak masa yang telah dia sia-siakan.
Setibanya di destinasi, Idrus dan isteri pergi lepak sebentar di restoran. Selesai makan, Idrus membuka semula apps MT5nya, perkara pertama yang dia lakukan adalah memadamkan semua indikator semak di telefonnya, menukar pandangan chart kepada Daily, dan melukis beberapa Key Level yang jelas. Beliau juga membuka website pullback seperti yang Samad sebutkan tadi dan belajar berberapa teknik yang diajarkan di situ.
Dia menarik nafas dalam-dalam, menyimpan telefonnya ke dalam poket, dan memimpin tangan isterinya keluar dari kawasan lapangan terbang. Buat pertama kalinya selepas dua tahun, Idrus merasa angin petang yang segar, bersedia untuk belajar menjadi seorang pemburu yang sabar.
-TAMAT-
Penafian: Cerita ini hanyalah rekaan admin semata-mata dan tiada kaitan dengan sesiapa. Jika ada, ia hanya kebetulan sahaja.




