MANTAPKAN STRATEGI EXIT ANDA DAN KUMPUL LEBIH BANYAK PIPS!

Print Friendly, PDF & Email

Exiting trade ini nampak mudah tetapi adakalanya ia sedikit memeningkan kepala apabila price reversal awal. Ia bukan sahaja menyebabkan anda terlepas TP anda tetapi membuatkan trade anda berakhir dengan kerugian. Tidak sepanjang masa price akan bergerak trending ratusan pips maka dengan itu bukanlah sepanjang masa TP anda boleh hit lagi-lagi dalam situasi ekonomi dunia yang terkesan ketika pandemik COVID-19 ini.

Walaupun breakeven(BE) adalah penyelesaian terbaik untuk trading reversal dan hit stoploss tanpa kerugian, namun tidak dinafikan jika anda menutup posisi lebih awal sebelum ia reversal bukan sahaja memberikan anda profit malah menggandakan akaun anda secara compounding.

Anda wajar pertimbangkan untuk exit manually trade anda.

Exit secara manual penting apabila market sudah beri petanda-petanda ia akan berpatah-balik(reversal). Biasanya tanda-tanda itu akan muncul melalui pattern-pattern tertentu seperti candlestick reversal pattern mahupun chart pattern.

Dua strategi exit berikut mungkin anda perlu pertimbangkan dalam live trading anda.

1. Menggunakan fibonacci retracement untuk exit manually

Fibonacci retracement adalah cara terbaik untuk dapatkan exit point secara manual dalam live trading.

Apa yang anda perlu beri perhatian adalah apabila sesuatu price sudah mula stop trending dan mula bounce di sesuatu area itu, ia mungkin petanda bahawa ia bakal reversal. Apa yang anda perlu tahu adalah adakah ia di atas atau di bawah level fibonacci.

Oleh itu anda bolehlah tarik fibonacci dalam trend tersebut.

Berdasarkan rule trendline breakout, trend dalam keadaan reversal iaitu dari uptrend kepada downtrend sebab sudah break uptrendline(UTL).

Anda membuat entry sell selepas berlakunya retest dan reject pada trendline tersebut dan lowest support sebagai target(gambar). Namun sesampainya price di support terdekat, ia sudah mula stop dan bouncing di area itu. Mungkinkah ini petanda anda perlu exit trade? Untuk confirmkan, anda bolehlah sambungkan fibonacci pada keseluruhan high dan low dalam trend itu. Exit trade anda jika price bouncing atas level fibo dan hold entry jika price breakout low ataupun bawah level fibonacci.

Price retest area low sebelum ini iaitu secara tepatnya di area 61.8 jika anda sambungkan dari atas ke bawah seperti dalam gambar.

Baca >>  LIVE TRADE DENGAN TOOLS DAN INDIKATOR ASAS

Selepas itu price stop secara tepat di atas 61.8 fibo ini sebelum membentuk 3 candle reversal yang membawa kepada signal buy. Oleh itu syarat untuk hold sell terbatal dan trade wajib ditutup(exit) pada candle ke-3 dalam signal tersebut.

Anda boleh muat-turun ebook 3 candle reversal secara percuma di sini > http://pullbackforextrading.com/free-gift/

Perhatikan satu lagi sell signal yang dihasilkan melalui teknik trendline breakout. Namun sayangnya price tidak bergerak terlalu jauh dan hanya stop tidak sampai pun ke area low(fibo 0.0). Berdasarkan formasi candlestick di area 50.0 situ dapatlah kita simpulkan bahawa trend hendak membuat reversal. Oleh itu sell wajib ditutup selepas candlestick sudah kerap rejected di atas level fibo.

Rejection sehingga 86 pips hingga membentuk shadow panjang tak semestinya membawa maksud trend hendak bergerak kuat. Jika anda perhatikan betul-betul, price stop dan bounce atas 76.4. Ini seakan membetikan hint price bakal reversal naik. Oleh itu sell tidak boleh melebihi area ini.

Selepas price closed bullish di atas 76.4, seterusnya closed lagi satu batang candle bullish engulfing sebesar 80 pips. Ia kemudiannya naik lagi 230 pips selepas itu.

Jika anda tidak beri perhatian kepada level-level retracement ini, anda bukan sahaja exit tepat pada waktunya, malah anda mungkin boleh mengambil peluang reversal tersebut. Lagipun dalam artikel sebelum ini saya sudah menjelaskan pro dan contra trading satu arah. Mungkin anda perlu mengambil arah yang lain jika keadaan market sudah memberikan hint kepada revesal ini.

Pro dan Con trading satu arah : http://pullbackforextrading.com/kelebihan-dan-kekurangan-teknik-satu-arah/

MODAL PERCUMA $30 UNTUK PEMBACA BLOG PULLBACK FOREX

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!

Kenapa anda harus memilih kami? :

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1
  • Spread serendah 0.6
Baca >>  OVER-TRADE - PENYAKIT KETAGIHAN TRADER YANG PERLU DIUBATI SEGERA

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

2. Menggunakan hi dan lo mingguan dan harian untuk exit trade

Hi dan Lo(high dan low) juga adalah support resistance dalam trading. Oleh itu ia juga mempunyai peranan dalam membaca price action untuk menentukan entry dan exit.

Note: Period separators H4 adalah untuk tempoh 1 minggu, oleh itu harga tertinggi dan terendah dalam timeframe ini mewakili harga tertinggi dan terendah mingguan(weekly hi dan lo). manakala untuk H1, 1 tempoh adalah satu hari, oleh itu ia mewakili daily hi dan lo.

Untuk strategi ini anda perlu setkan period separator terlebih dahulu.

Selain menggunakan period separators ini juga, anda boleh gunakan data dari candlestick Weekly dan Daily untuk dapatkan high dan low. Sila tick pada Show objects descriptions untuk memudahkan paparan data pada candlestick. Lihat gambar di atas. Jika anda tidak mahu ada period separators pada chart, anda boleh gunakan kaedah ini.

Note : Jika anda mahu mengambil data hi dan lo terus melalui chart tanpa membuka TF Weekly dan Daily, sila buka TF H1 untuk Daily dan H4 untuk Weekly.

Untuk dapatkan data ini anda hanya perlu halakan arrow tetikus anda pada candlestick untuk dapatkan price high dan low.

Jika paparan data tidak muncul pada candlestick, anda perhatikan pada bahagian bawah metatrader anda untuk dapatkan data yang anda perlukan. Salin atau catat untuk memudahkan anda menanda pada chart nanti.

Data hi dan lo adalah pada H dan L.

Menandakan data hi dan lo pada chart

Gunakan horizontal line dan masukkan data hi lo ini untuk ia menjadi SNR pada chart.

Di atas adalah contoh pada timeframe Weekly di mana kita mengambil data hi dan lo berdasarkan candle minggu terakhir.

Lukiskan data ini pada timeframe yang lebih rendah seperti H1 ataupun H4. Gunakan horizontal line dan masukkan data dari candle TF weekly.

Kenapa perlu jadikan hi lo sebagai panduan exit manual?

Baca >>  Strategi hedging pro

Tidak semua setup itu akan mempunyai keupayaan untuk membuat new hi dan new lo. Adakalanya cukup sekadar menjejak previous hi dan lo kemudian ia reversal.

Sebagai langkah berhati-hati, kita wajar pertimbangkan untuk exit di hi dan lo ini untuk elakkan dari market reversal.

Price mulanya break weekly lo tapi berbalas dengan candle engulfing menandakan price membuat false break di situ. Oleh itu exit trade adalah langkah paling tepat dilakukan.

Lihat bagaimana Daily hi dan lo memainkan peranan penting dalam memahami trend harian(intraday). Kelihatan price membuat false break pada Daily hi 1.32239. Price kemudiannya menjejak semula Daily hari sebelumnya dan gagal membuat new low. hari berikutnya price naik kemudian turun retest semula low ini. Akhirnya setelah gagal break 2x kali, price reverse naik.

Secara tidak langsung kita simpulkan bahawa level 1.30632 ini adalah strong support.

Kaedah yang sama ini anda boleh gunakan di timeframe yang lain.

Hold position

Sesuatu trade itu hanya boleh dikekalkan(hold) hanya apabila price betul-betul breakout sesuatu hi atau lo.

Perhatikan GBPUSD pada september tahun 2020, price break last week’s lo kemudian pullback. Jika anda dalam situasi ini, anda boleh hold position anda.

Rumusan

Exit manual penting kerana bukan sepanjang masa TP anda akan mengena terutamanya yang menentapkan pips target yang besar.

Exit manual boleh dilakukan menggunakan strategi fibo retracement dan juga high low harian dan mingguan.

Dalam waktu tertentu price akan reverse dan ia boleh dikenalpasti melalui ciri-ciri berikut;

  1. Price action
  2. Level fibonacci
  3. Candlestick pattern

Exit manual bukan sahaja selamatkan akaun dari kerugian malah membantu anda memanfaatkan peluang berdasarkan situasi semasa iaitu reversal trend yang dikenalpasti melalui price action di sesuatu fibo level.

Anda mahu belajar lebih lanjut dan join live trading? Bolehlah sertai membership hari ini.

sekian.

ADMIN
24/01/21

Comments

Translate »
error: ©2012-2021 | Hakcipta terpelihara. Penerbitan semula untuk penjualan tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang.