SETKAN NOTIFIKASI ALERT PRICE DI SMARTPHONE
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua pembaca sekalian.
Kali ini saya ingin kongsikan 1 trick bagaimana untuk setkan alarm atau alert price secara terus ke handphone anda supaya anda tidak lagi terlalu nak ‘berkepit’ dengan chart atau komputer anda.
Ada trader yang selesa trade di smartphone tapi ada juga yang lebih suka di komputer sebab ada setup tools penting seperti script entry, close all ataupun trading system yang canggih-canggih yang tak dapat di pasang di handphone.. Tapi anda ada satu masalah, tak boleh nak pantau sepanjang masa.
Ye la nak ke toilet pun susah dibuatnya sebab ada price level tertentu yang nak dipantau apatah lagi yang scalper hardcore tengah floating kaw2 nak cutloss.. atau mungkin anda nak buat hit and run tetapi tiba-tiba nak keluar sekejap..So kali ni tak perlu lagi nak bawah komputer, setkan sahaja ke smartphone anda.
Ok tanpa buang masa mari kita teruskan.
Pertama sekali anda mestilah mempunyai apps MQL4 di smartphone anda tak kira la IOS atau Android.
Contoh di bawah adalah berdasarkan phone android.
Dapatkan ID mql4 anda. Sila buka apps terlebih dahulu. Kemudian ke SETTING.
Seterusnya sila klik untuk buka setting dan pergi ke bahagian messages.
Sekarang buka MT4 anda klik di bahagian TOOLS kemudian ke OPTIONS. Masukkan kod ID anda di ruang yang disediakan. Untuk uji, anda klik button TEST. Tekan OK untuk selesai.
Sekarang setting sudah selesai. Selanjutnya anda boleh uji dengan menetapkan price yang anda mahu pantau.
Sila ke terminal di bahagian bawah. Klik bahagian ALERT.
Di ruang kotak ini halakan arrow tetikus kemudian tekan button kanan tetikus. Pilih create.
Ikut setting dalam gambar kemudian anda tekan OK untuk selesai atau, tekat TEST untuk uji.
Anda akan dapat alert di smartphone anda.
Contoh alert adalah seperti di bawah;
Klik notifikasi ini dan anda akan di bawa ke paparan jurnal MQL4 handphone anda.
So lepas ni bolehlah membuat entry di mana-mana anda berada atau close posisi trade anda tanpa perlu melihat komputer sepanjang masa. Terasa macam tiada freedom pula kalau terlalu berkepit menghadap komputer kan…
Akhir kata…
Semoga perkongsian ini akan banyak membantu anda terutamanya yang perlu meninggalkan komputer sekejap ataupun mungkin anda mahu keluar sekejap, so sebelum nak jalan tu setkan siap-siap notifikasi anda supaya taklah terlepas peluang lagi nanti.
Oklah, selamat mencuba!
ADMIN
18/12/19