STOCHASTIC OSCILLATOR
STOCHASTIC OSCILLATOR
HIGHLIGHT:
-
Overbought, Oversold dengan Support Resistance
-
Kegunaan stochastic dalam momentum trend
-
Stochastic dan hidden divergence
Indikator momentum oscillator ini dicipta oleh George Lane pada penghujung 1950-an. Stochastic mengukur momentum sesuatu harga. Sesuatu momentum pergerakan biasanya akan perlahan dahulu sebelum bertukar arah.
Indikator ini asalnya dicipta untuk untuk mengikuti pergerakan momentum sesuatu harga akan tetapi pada masakini ia lebih popular digunakan untuk kenal-pasti keadaan overbought dan oversold dalam sesuatu pasaran – untuk trade sell jika overbought dan buy jika oversold.
Indikator ini terdiri dari 2 garisan iaitu satu lebih laju berbading satunya lagi. Garisan ini akan bersilang dalam sesuatu keadaan dan mempunyai ukuran 80 dan 20 di mana pada ukuran 80 ini harga akan ditafsir sebagai overbought dan jika menyentuh 20 pula akan ditafsir sebagai oversold.
Overbought, Oversold dengan Support Resistance
Tidak semua signal yang dijana oleh indikator ini adalah tepat, oleh itu kaedah menapis signal(filter) menggunakan kaedah gabungan adalah diperlukan. Salah-satunya yang paling popular adalah support dan resistance.
Tidak semua signal tepat?
Dalam kondisi pasaran menarik atau menurun(trending) signal lawan arah trend kebiasaannya memang tidak berapa tepat. Contoh uptrend, signal sell yang dihasilkan oleh indikator ini biasanya agak ‘false’ dan boleh merugikan trader.
Namun ia sangat berfungsi pada pergerakan sideways. Ini kerana harga biasanya akan mengikuti peraturan support resistance iaitu buy di support dan sell di resistance.
Tips trading stochastic
Jika anda trade pada trending trend di mana kelihatan jelas arah menaik atau menurun, fokus sahaja signal yang mengikuti arah tersebut iaitu jika downtrend, fokus sahaja signal sell yang dihasilkan. Jika uptrend, fokus sahaja signal buy yang dihasilkan.
Kegunaan stochastic dalam momentum trend
Berbalik kepada penggunaan asalnya iaitu untuk trade dalam suatu momentum yang kuat, anda perhatikan persilangan stochastic. Di dalam uptrend, selain anda fokuskan untuk buy pada signal oversold di garisan 20, sebenarnya anda juga boleh buy jika stochastic bersilang di bawah 80 atau di atas 50. Garisan 50 ini anda boleh tambah melalui edit setting indicator.
Okey sekarang perhatikan momentum trend, jika kuat untuk uptrend atau downtrend, ia akan banyak bersilang di berdekatan garisan 50 ini.
Stochastic dan hidden divergence
Selain menggunakan untuk momentum dan reversal trading, satu lagi kaedah yang anda perlu ketahui adalah stochastic juga boleh digunakan untuk kenal-pasti reversal berdasarkan hidden divergence antara stochastic dan stuktur price.
Berdasarkan gambar di atas, dengan mudah anda boleh kenal-pasti potensi reversal berdasarkan divergence antara indikator stochastic dengan stuktur price. Apabila stochastic bersilang, ia adalah confirmation kepada signal tersebut dan sebagai entry trigger anda.
Cara ini lebih kepada trading reversal seperti mana overbought dan oversold cuma berbeza dari segi pelaksanaan sahaja.
Trading RSI tanpa risiko hari ini!
Tuntut modal percuma tanpa deposit anda bernilai USD30 hari ini! Anda hanya perlu verify akaun anda kemudian tuntut modal percuma tanpa deposit dan mulakan live trading anda hari ini juga.
Recommended Forex Metatrader 4 and 5 Trading Platform:
- Free $30 To Start Trading Instantly
- Deposit Bonus up to $5,000
- Unlimited Loyalty Program
- Awards-Winning Forex Broker
- Regulated broker
Rumusan
Stochastic boleh digunakan dalam 2 kondisi pasaran iatu untuk momentum dan juga reversal. Akan tetapi merujuk bulat-bulat signal sahaja tidak mencukupi, oleh itu gabungan kaedah lain seperti support resistance diperlukan untuk filter signal tidak berkualiti dan fokuskan kepada yang berkebarangkalian tinggi sahaja.