STRATEGY EMA 21 | ENTRY EXIT DAN RISK MANAGEMENT
EMA 21 adalah indikator teknikal hasil, singkatan dari Exponential Moving Averages yang ditetapkan kepada period 21. Indikator ini memberikan reflect price action semasa untuk tiga-tiga jenis jangka masa trend iaitu pendek, sederhana dan jangka panjang.
Timeframe yang sesuai untuk menggunakan EMA21 ini bermula dari TF D1, H4, H1 dan lower timeframe seperti M30 dan M15.
Pada saya, saya akan gunakannya di H4 dan H1 untuk menguruskan entry, exit dan risk management. Dalam artikel ini saya akan kongsikan bagaimana saya menggunakannya untuk tujuan tersebut.
Setting
Setting EMA boleh dibuat melalui cara berikut;
Pada bahagian parameters, ikuti semua setting di atas. Untuk warna, anda boleh ubah ikut warna yang anda mahu termasuklah ketebalan garisan EMA anda. Klik OK untuk selesai.
Sebelum lanjutkan, klik dahulu button di bawah untuk join group telegram kami untuk perkembangan terkini dari kami dan rakan niaga kami;
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
EMA UNTUK ENTRY
Terdahulu, saya akan menentukan trend dan bias terlebih dahulu, barulah kepada tujuan candle break dan EMA ini untuk entry. Saya akan merujuk timeframe H1 dan H4 untuk mendapatkan entry ini. Anda boleh ke halaman membership kami di sini untuk belajar menganalisa arah dan bias pasaran.
Saya menggunakan EMA untuk entry trigger iaitu melalui cara candle breakout. Entry ditentukan melalui candle break pada EMA. Breakout pula mestilah yang clear break. Jika di waktu terdekat juga terdapat SNR yang ditembusi maka itu juga adalah dikira lebih baik.
TIPS DAN TRICK EMA 21 – KLIK SINI
Untuk mendapatkan breakout, adalah penting untuk pastikan ia secara nyata break dan close di luar EMA sesuai dengan plan trading. Jika sell, saya mahukan candle break itu close di bawah EMA. Untuk tujuan ini, adalah penting untuk menunggu hingga ia betul-betul ‘confirmed’ dahulu.
Jika tidak, anda dan saya mungkin ‘tertipu’ dengan pergerakan palsu.
Jika candle tidak menembusi sesuatu support itu, ia boleh jadi bermaksud trend masih belum berubah lagi. EMA boleh bertindak sebagai dinamik SNR dalam keadaan tertentu. Bermaksud boleh jadi jika ia di bawah candle, ia menjadi support dan tidak berjaya ditembusi.
Candle yang berjaya menembusi EMA, maka ia adalah trade setup yang saya cari. Oleh itu saya boleh menentukan risk dan reward saya.
RISK REWARD / STOPLOSS DAN TAKE PROFIT
Tiada SL atau risk yang tetap atau fixed. Oleh itu saya bergantung sepenuhnya jarak swing high dan low terdekat selepas candle break EMA untuk tentukan berapakah risk dan stoploss yang terlibat.
Fahamkan dahulu risk anda dalam situasi ini -Tolakkan harga entry dan harga stoploss anda. Dalam gambar dapatlah angka 556 atau secara angka genapnya(bundarkan) iaitu 56 pips.
Dengan mengetahui berapa, maka dapatlah ditentukan rewardnya berdasarkan risk-reward-ratio(RRR). Menentukan reward berdasarkan RRR ini adalah lebih mudah berbanding menetapkan target melalui kaedah fibo TP.
Kaedah exit RRR
Kaedah ini lebih kepada menetapkan risk dan reward sama iaitu samada 1:1 atau 1:2. Anda akan menetapkan reward berganda atau sama rata berbanding risk anda iaitu sekali atau dua ganda.
Risk management
Dengan mengetahui bilangan stoploss, maka seterusnya anda hanya perlu adjust volume atau position sizing sahaja lagi. Dalam keadaan tertentu stoploss boleh jadi sangat besar. Oleh itu Reward yang sesuai adalah 1:1 sahaja. Dalam waktu tertentu boleh jadi risk atau stoploss akan mencecah 100 pips dan ke atas.
Pada waktu ini cara terbaik adalah samada anda adjust lot anda atau abaikan sahaja trade setup tersebut. Trader yang berpengalaman pasti akan tahu peritnya kerugian iatu dan tahu tidak semua atau sepanjang masa itu sepatutnya mengambil entry.
Di atas adalah contoh risk besar iaitu mencecah -155 pips. Jika trade ini gagal, maka trader akan kerugian -155 pips. Akan tetapi apa yang boleh menjadikan risk ini kecil, adalah berapa lot saiz yang anda akan gunakan untuk trade setup ini.
Sudah tentu, jika anda mempunyai modal sebanyak $200 usd dan anda trade pada saiz mini lot iaitu $1 per-pips dan kerugian -155 maka baki modal anda akan tinggal lagi $45, dan hanya akan gandakan modal anda kepada $355 jika trade ini sukses pada ratio 1:1.
Jika anda merasakan ini ok, anda boleh teruskan. Tetapi jika tidak, ada baiknya jangan mengambil risk ini kecuali menggunakan size lot lebih kecil iaitu trade pada micro lot(0.10 cent per-pips) sahaja. Maka dapatlah meminimakan risk itu kepada -$15.50 sahaja jika gagal.
Akhir kata
Semoga artikel kali ini dapat membantu anda mempelajari dan menguasai kaedah EMA ini serta bagaimana untuk menggunakannya untuk membuat risk management dan menetapkan profit target anda.
Jika anda merasakan artikel ini bermanfaat, silakan kongsi kepada rakan-rakan media sosial anda dan jika punyai pendapat bolehlah emailkan kepada saya atau komen diruang komen di bawah.
Sekian,
ADMIN
29/07/24