Swing Trading menggunakan Bollinger band
Assalamualaikum dan salah sejahtera kepada semua traders yang mengikuti blog ini.
Sejarah Bollinger
Hari ini saya ingin kongsikan mengenai teknik analisis menggunakan Bollinger band. Indikator ini dicipta oleh John Bollinger pada tahun 1980-an dan dinamakan bollinger atas nama penciptanya.
Kegunaan Bollinger Band
Bollinger band terdiri dari 3 line – Upper, Middle dan Lower band. Untuk maklumat lanjut mengenai bollinger band ini sila ke sini.
Bollinger band sangat efektif untuk mengenal-pasti market breakout yang merupakan kunci kepada volatility market. Apabila market sangat volatile, upper dan lower band akan mengembang. Volatility pula akan terjadi setelah breakout berlaku. Petanda breakout pula adalah daripada pergerakan price yang ranging atau bergerak dalam range kecil. Semakin kecil range high dan low price maka semakin tinggi la kemungkinan akan berlakunya breakout dan volatility dalam pasaran!
Maklumat salah mengenai Bollinger band.
Maklumat salah dalam penggunaan bollinger band pasti adalah mengenai Oversold(OS) dan Overbought(OB) dalam pasaran. Trader menyangka apabila price menyentuh upper band, maka posisi sell perlu diambil kerana menyangkakan price akan turun dan begitu jugalah sebaliknya.
ia adalah salah sama sekali kerana itu bukanlah sesuatu yg pasti terjadi kerana kegunaan upper dan lower band itu sendiri bukanlah bertujuan kepada OS dan OB ini tadi.
Memang diakui adakalanya itu memang berlaku namun bukanlah suatu jaminan ia akan menjadi seperti itu(reversal) kerana market yang betul-betul volatile tidak akan berlaku reversal apabila price sentuh upper dan lower band ini, sebaliknya price akan terus naik atau terus turun pada upper dan lower band ini.
STRATEGI BOLLINGER BAND BREAKOUT
Adakah anda seorang yang sibuk dalam urusan seharian dan inginkan strategi trading part time? Gunalah bollinger band 4H strategi berikut! Strategy ini menggunakan timeframe 4H dan memerlukan anda untuk membuat marking. Pelajari marking berdasarkan entry ini.
MARKING:
Sila buat marking pada high low berdasarkan TF 4H. 1 kolum adalah mewakili 1 minggu.
TRADE SETUP:
Buy apabila price break high dan sell apabila price break low. High dan Low adalah berdasarkan dalam minggu tersebut atau high-low minggu sebelumnya.
Upper dan Lower band mestilah mengembang.
Entry :
Entry buy atau sell apabila price closed pada upper band. Stoploss 50 pips. Target profit 100pips.
Entry pada volatile market merupakan 1 peluang untuk menghasilkan profit kerana terdapatnya volume tinggi trader yang memasuki pasaran untuk menggerakkan arah pasaran.
Jika anda ingin mempelajari teknik yang lebih advance, sila KLIK SINI!
admin
pullbackforextrading.com