TEKNIK ENTRY MUDAH BOLLINGER BAND
Bollinger band merupakan indikator yang merangkumi 3 keadaan penting dalam pasaran iaitu;
- Trending
- Sideways
- Reversal
Dalam laman ini saya telah terangkan secara lanjut mengenai 3 keadaan di atas, anda boleh layari ke halaman tersebut untuk pelajari secara lanjut mengenai asas-asas indikator ini.
TERKNIK ENTRY BOLLINGER BAND DIDEDAHKAN
Kali ini saya akan kongsikan bagaimana saya menggunakan indikator ini dan apakah timeframe yang akan saya gunakan untuk entry point saya.
Timeframe yang saya gunakan adalah D1 ataupun H4. Alasan mudah, kerana trading tidak terlalu kerap maka kuranglah terdedah dengan risiko. Selain itu, winning rate juga adalah agak baik iaitu sekitar 60-70% peluang untuk profit.
Untuk entry mudah ini, anda perlu pelajari terlebih dahulu dua asas penting iaitu SNR dan Candlestick. Mengenai support dan resistance, untuk memudahkan anda, saya sudah sedikan di sini https://pullbackforextrading.com/part-2-snr/
Seterusnya anda juga perlu ketahui mengenai candlestick pattern. Anda boleh ke halaman ini untuk maklumat lanjut https://pullbackforextrading.com/part-1-candlestick/
Ok cukup dua asas utama di atas anda boleh teruskan membaca bahagian di bawah;
Teknik Entry
Untuk entry mengikuti arah pasaran, perkara penting yang anda perlu beri perhatian adalah breakout. Apabila break sesuatu resistance atau support kemudian ia bertukar fungsi, maka inilah trade setup anda.
Berikut ringkasan SNR;
Entry rule:
Uptrend : Candle/price mestilah di atas middle band
Downtrend : Candle/price mestilah di bawah middle band
Untuk trade setup ini, fokus anda adalah SBR dan RBS. Berikut contoh trade setup;
SELL SETUP
Dalam gambar di atas anda dapat lihat kedudukan candle di bawah middle band dan dalam masa yang sama candle/price break support dan support itu menjadi resistance, tugas anda seterusnya adalah mencari confirmation untuk sell.
Perhatikan formasi candlestick dalam kotak merah yang ditanda. Ia adalah evening star iaitu signal kepada selling. Oleh itu trade sell dibuat setelah candle bearish lengkap.
Risk Reward Ratio(RRR)
Cara mudah membuat kira-kira RRR dengan menggunakan kaedah 1:1 dan 1:2 ratio.
Berdasarkan trade setup ini, Stoploss adalah di 0.8800, entry adalah pada 0.8755, dengan TP pertama di 0.8710 dan TP kedua pada 0.8665.
Risk adalah 45 pip x 3 trade bersamaan 90 pip dengan total reward 135 pips!
BUY SETUP
Dalam gambar di atas dapat dilihat rule untuk uptrend telah dipenuhi dengan kedudukan candle berada di atas middle band dan dalam masa yang sama telah break resistance.Resistance tersebut kini menjadi support.
Entry buy akan dibuat apabila price menjejak semula RBS ini kemudian membentuk signal candle reversal.
Candle engulfing yang terbentuk pada RBS adalah confirmation buy. Oleh itu keesokannya buy trade dibuat.
Contoh RRR berdasarkan setup ini adalah seperti berikut;
Berdasarkan trade setup ini, Stoploss adalah di 0.8790, entry adalah pada 0.8840, dengan TP pertama di 0.8890 dan TP kedua pada 0.8940
Total risk per-entry adalah 50 pip, x 2 100 pip, dengan reward keseluruhan adalah 150 pips!
PROFITABLE JANGKA PANJANG
Kaedah ini sangatlah simple dan tak terlalu banyak peraturan. Saya sarankan berlatih terlebih dahulu di demo account untuk dapatkan kemahiran entry anda.
Demikianlah saya kongsikan asasnya, selebihnya silakan buat backtest sendiri.
Mahu belajar lanjut? Muat-turun sekarang!
ADMIN
30/10/19