TEKNIK ROUND NUMBER + STOCH
Teknik ini memfokuskan harga-harga genap sesuatu pair sebagai SNR tetap(fixed) dan menjadi panduan price action SNR seperti breakout, pullback ataupun reverse.
Nombor-nombor ini akan menjadi panduan spesifik untuk entry dan exit anda(TP/SL).
Untuk entry pula, anda boleh gunakan candlestick pattern sebagai panduan anda.
Kelebihan
Anda tak perlu pening-pening kepala untuk memikirkan bagaimana untuk membuat marking mahupun mempastikan marking anda tepat atau salah. Ini kerana anda hanya perlu merujuk harga tertentu sebagai marking dan seterusnya SNR anda. Anda hanya perlu fahamkan round number dan stoch anda sahaja.
Stochastic
Ia akan menjadi panduan kepada momentum arah pasaran selain dari menjadi confirmation entry/exit anda.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
NOMBOR GENAP
Fokus utama nombor genap adalah angka yang berakhir dengan 00, 000 ataupun 0000 dan juga 00000.
Kita akan mudahkan pembelajaran ini untuk major pair EURUSD, GBPUSD, AUDUSD dan USDJPY.
- Contoh untuk EURUSD:
1.0000, 1.1000, 1.0100 dan lain-lain..
- Contoh untuk GBPUSD:
1.20000, 1.21000, 121100
- Contoh untuk AUDUSD:
0.70000, 071000, 0.71100
- Contoh untuk USDJPY:
135.000, 135.100
- Contoh untuk XAUUSD:
1700.00, 1800.00, 1900.00, 2000.00
Nombor genap ini mewakili angka-angka penting dalam pasaran kerana buy dan sell berlaku di kawasan ini. Jika anda dapat memasuki sesuatu harga yang dimasuki secara majoritinya oleh trader-trader lain, maka potensi keuntungan anda juga akan tinggi.
Ingat, dalam trading ini kita hanya menjana untung buy jika yang lain juga buy dan sell jika yang lain juga sell. Kita tidak akan untung jika kita sahaja buy tetapi majoritinya pula selling.
Fungsi utama
Kegunaan utama nombor genap ini adalah sebagai SNR wajib anda. Ia akan memudahkan kerja marking anda. Marking anda juga akan menjadi lebih tepat kerana anda tak perlu mencari di mana swing hi dan lo untuk membuat marking termasuklah mencari kedudukannya.
Topik mengenai SNR boleh anda dapati melalui pautan ini : https://pullbackforextrading.com/?s=snr
STOCHASTIC OSCILLATOR
Indikator oscillator ini akan membantu trader memahami momentum arah pasaran. Ia juga memberikan hint reversal pasaran melalui signal overbought dan oversold.
Trader boleh gunakan signal ini sebagai panduan untuk entry dan juga exit.
Topik-topik berkaitan boleh didapati melalui pautan ini : https://pullbackforextrading.com/?s=stoch
Fungsi utama
Menjadi confirmation untuk sell dan buy berdasarkan signal overbought(OB) dan oversold(OS). Signal ini diikuti dengan candlestick pattern dan juga formasi candlestick seperti bouncing ataupun ranging di sesuatu SNR/Nombor genap.
Setting Stoch
Setting sesuai adalah 14,3,3 ataupun setting default 5,3,3. Perbezaan dua setting ini adalah jika 14,3,3, signal kurang noise sikit berbanding 5,3,3. Sila pilih satu sahaja yang sesuai dengan cara trading anda.
ENTRY DAN EXIT
Entry yang sesuai digunakan adalah kaedah martingale. Entry cara ini agak sedikit high risk namun ia dapat dihadkan berdasarkan kesanggupan menerima risiko.
Exit pula boleh dibuat berdasarkan fixed target iaitu bermula dari hit and run 5 ke 10 pips hinggalah 20 atau 30 pips target untuk setiap entry.
Exit apabila kesemua trade profit melebihi loss juga adalah digalakkan kerana market ini boleh berubah arah pada bila-bila masa sahaja.
Teknik Entry
Cara adalah ringkas sahaja. Buy atas support dan sell di bawah resistance. -Simple. Untuk entry ini, anda akan menggunakan stoch sebagai panduan entry ataupun confirmation. Candlestick pattern juga boleh digunakan sebagai salah satu confirmation. Namun jika anda kurang mahir membaca pattern candle, anda boleh juga gunakan candle bullish atau bearish untuk confirmkan entry.
Contoh, buy jika bullish candle terbentuk di atas support.
Timeframe
Timeframe sesuai adalah H1 ataupun H4. Boleh juga gunakan timeframe M15 untuk scalping atau entry lebih awal.
Di bawah adalah contoh pair EURUSD. Pair ini menjadi pilihan kerana spread yang rendah serta volatiliti yang sederhana. Timeframe digunakan adalah H4.
Entry buy
Candle rejected ataupun bounce di atas nombor genap support. Stoch dalam keadaan oversold diikuti candle bullish.
Jika anda lihat candle bullish di atas 1.05000, ia tidak valid kerana tidak ‘duduk’ secara tepat di atas SNR. Namun apabila ia turun lagi dan closed bullish atas 1.04000, akhirnya kenaikan berlaku. Stoch dalam masa yang sama juga dalam oversold.
Signal oversold ini menandakan reversal bakal berlaku dalam masa akan datang, cuma bezanya pada price apakah ia akan berlaku? Melalui angka genap yang menjadi SNR ini, secara tepatnya kita dapat tahu ia berlaku di atas 1.04000.
Market dalam oversold seketika jika dilihat berdasarkan stoch yang oversold. Pin bar terbentuk tetapi tidak secara tepat di atas SNR nombor genap. Ia menunjukkan bahawa ia adalah false signal sahaja sehinggalah candle menyentuh SNR 1.05000 dan bouncing di atasnya. Entry buy di buat apabila candle bullish terbentuk.
Entry sell
Candle rejected ataupun bounce di bawah nombor genap resistance. Stoch dalam keadaan overbought diikuti candle bearish.
Candle bearish inside bar close di bawah resistance diikuti signal sell stoch. Ini memberikan indikasi false buy signal terbentuk akibat candle bullish engulfing terdahulu. Kaedah stoch dan nombor genap yang bertindak sebagai SNR ini sedikit sebanyak dapat membantu anda mengelakkan false signal jika anda hanya berpandukan candle semata-mata.
Entry pertama adalah entry terbaik di mana pinbar terbentuk di bawah resistance diikuti signal sell stoch. Signal kedua dan ketiga pula tidak cukup syarat walaupun stoch memberikan confirmation.
Signal terakhir pula mencukupi syarat sell di mana candle bearish dan stoch overbought terbentuk dalam masa yang sama. Dalam keadaan sideways, berberapa siri retest memang kerap berlaku. Anda boleh manfaatkan retest ini untuk entry dan reentry anda.
Elakkan trade jika…
Tidak sepanjang masa akan ada trade setup, akan tetapi bukanlah bermakna teknik ini tidak berkesan. Inilah masanya kesabaran anda diuji dan di sinilah terletaknya disiplin anda -jika anda bukan seorang berdisiplin dan tidak penyabar pasti saja anda memaksa market untuk memberi entry dengan membuat entry yang tidak cukup syarat mahupun menggabung-gabungkan dengan teknik lain dengan harapan mendapat peluang entry.
Paling teruk, anda mula menukar teknik lain pula sebab ‘boring’ tiada entry.
Dalam situasi di atas, entry sell dan buy tidak cukup syarat di mana candle tidak menyentuh SNR tetapi signal terbentuk. Elakkan entry pada waktu ini dan cari saja pair lain atau berhenti seketika.
Kesimpulannya, tiada pullback, tiada entry.
Bagaimana dengan stoploss?
Anda boleh menentukan stoploss pada last swing high untuk sell dan last swing low sebagai stoploss anda.
SL adalah pada last swing low atau swing high terdekat dengan entry anda. Jika hit SL, ia membawa dua maksud, pertama market masih meneruskan perjalanan, kedua, ia adalah false tetapi akhirnya bergerak ke arah reversal. Jika ia berlaku, reentry boleh dibuat.
Elakkan trading secara emosi atau mengejar-kejar market. Pastikan anda trade dengan fikiran yang tenang dan jelas agar tidak tersalah dalam membuat keputusan.
Jika anda trading dalam keadaan beremosi, percaya atau tidak, akaun anda yang belum MC itu bakal MC dalam waktu terdekat tidak lama lagi.
Akhir kata
Teknik ini pasti memberikan kemudahan kepada anda yang sudah struggle dalam kaedah SNR. Melalui cara ini anda dapat mengenalpasti potensi entry dan juga cara termudah membuat marking SNR bahkan lebih mudah berbanding mana-mana kaedah marking yang diajarkan dalam blog ini.
Semoga dengan pendedahan ini sedikit sebanyak membantu anda menjadi trader yang lebih baik lagi.
Jika anda merasakan artikel ini bermanfaat, jangan lupa sharekan bersama rakan anda agar lebih ramai lagi mendapat manfaatnya!
Salam kejayaan dari kami.
ADMIN
10/08/22
Foto: google images