TL HIDUP DAN TL MATI
Trendline(TL) adalah tools ringkas namun jika digunakan dengan betul, ia sebenarnya boleh memberikan profit lumayan dalam trading anda. Tools yang ringkas ini sangat membantu jika anda tahu strategi menggunakannya.
Melalui trendline, anda boleh mendapat manfaat seperti berikut;
- Memahami dan mengenalpasti trend pasaran
- Membantu kenalpasti chart pattern
- Entry dan exit melalui breakout
- Mengenal-pasti bilakah sesuatu retracement sudah berakhir
Dalam topik TL ini sebenarnya ada berberapa pecahan sub-topik lagi. Kesemua topik-topik ini mungkin anda tidak akan jumpai di mana-mana forum online. Ia mungkin akan membingungkan jika anda tidak berapa biasa dengan TL ini.
Triangle pattern merupakan petanda breakout akan berlaku dalam waktu terdekat. Dengan menyambungkan trendline uptrend dan downtrend, pattern ini dapat dikesan jika ia berlaku.
Sebelum lanjutkan topik yang menarik ini, pastikan anda langgan dahulu channel telegram kami untuk signal dan artikel akan datang. Tiada lagi alasan untuk terlepas peluang update-update dari kami.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Note:
Kaedah TL ini akan melibatkan lebih dari satu TL dalam sesuatu keadaan. TL lama dikekalkan apabila TL baru dibuat.
Untuk kaedah ini anda perlu tahu bahawa;
- Terbahagi kepada dua, TL untuk uptrend dikenali sebagai UTL iaitu Up-TrendLine dan DTL iaitu Down-TrendLine yang mewakili downtrend.
- Jika break sesuatu DTL, maka UTL akan bermula. Begitulah sebaliknya dan berterusan.
TL Hidup dan TL Mati
Strategi TL adalah banyak berkait dengan breakout strategy, oleh itu TL hidup dan TL mati adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu TL itu masih valid atau masih hold sesuatu trend atau sudah ditembusi iaitu break.
Secara umumnya;
- TL yang belum ditembusi adalah merujuk kepada TL hidup iaitu sesuatu trend itu masih valid dan belum berubah arahnya.
- TL yang sudah ditembusi adalah merujuk kepada TL mati iaitu ia ditembusi dan trend sebelumnya sudah invalid dan kita sedang memasuki fasa trend baru atau trend reversal.
TL hidup dan TL mati adalah merujuk kepada perubahan trend dan trend yang masih belum berubah. TL mati dikekalkan pada sambungan atau lukisan TL lama cuma bezanya ia dipendekkan dengan mengubah setting TL iaitu Un-tick pada box Ray. Ray ini merujuk kepada membuatkan TL extend(memanjang).
TL Mati dan permulaan TL hidup
Terbahagi kepada dua;
- DTL Mati adalah permulaan UTL
- UTL Mati adalah permulaan DTL
Tujuan utama atau fungsi kaedah ini adalah untuk memahami sesuatu trend agar anda tidak lagi terperangkap pada trend lama sedangkan sudah confirmed trend baharu. Apabila anda di fasa trend baharu maka anda perlu cutloss posisi lama dan tumpukan pada trend baharu sahaja..
Membuat analisa arah pasaran TL Hidup dan TL mati di major TF
Dua major TF utama adalah Weekly ataupun Daily. Anda boleh membuat analisa di TF D1 kerana ia gambaran lebih baik pasaran semasa kerana pecahan candlestick yang lebih banyak di TF ini berbanding Weekly. Setiap candlestick ini akan menceritakan apa yang berlaku dalam pasaran.
Contoh analisa:
Jika DTL mati dikenal-pasti di TF D1, maka trend dalam fokus anda adalah UTL iaitu uptrend. Oleh itu anda fokus buy sahaja di lower TF seperti H4, H1 atau M30..
Untuk uptrend, di lower TF kita tunggu price membuat retracement, lukis TL pada retracement tersebut, dan entry apabila ia breakout.
Mengenalpasti trend adalah sangat penting bagi seseorang trader itu untuk mendapatkan entry dan exit sesuai dengan keadaan pasaran. Ingat, trend is your best friend!
Akan tetapi jika anda seorang trader martingale pula, mengenal-pasti sesuatu trend semasa membolehkan anda merancang untuk mencari potensi U-turn pasaran di masa hadapan. Saya ada kongsikan artikel mencari entry U-turn itu di sini: https://pullbackforextrading.com/strategi-entry-reversal-picking-top-dan-bottom/
TL Pindah/Adjust
Kaedah ini digunakan apabila anda tidak mahu mengekalkan TL mati pada kedudukan lamanya. TL asal hanya dipindakan ke SNR baru selepas sesuatu short term trend atau retracement itu sudah berakhir.
Bagi trader yang mahukan chart sentiasa bersih dan tidak semak, bolehlah menggunakan kaedah ini. TL mati yang asal tidak dipendekkan sebaliknya hanya dipindahkan ke sambungan SNR baru yang di-sahkan iaitu apabila short term trend atau retracemet itu berakhir.
Membuat confirmasi sesuatu trend short term sudah berakhir
Cara confirmasi adalah sama dengan yang telah dijelaskan sebelum ini iaitu jika DTL mati maka UTL akan baru dikira sbg TL hidup. Jika anda sedang trading uptrend, jangkaan anda adalah retracement atau downtrend sepatutnya adalah sementara.
Retracement akan berakhir apabila TL break berlaku pada retracement tersebut.
- Untuk uptrend, DTL adalah retracement, jika DTL break, maka retracement sudah berakhir.
- Untuk downtrend, UTL adalah retracement, jika UTL break, maka retracement ini berakhir.
Jika short TL sudah break, maka TL pindah boleh dibuat untuk membetulkan sambungan TL anda.
Sekiranya anda mahu mengekalkan kedudukan TL lama iaitu TL mati, anda hanya perlu pendekkan sahaja TL tersebut. Sila double click pada TL tersebut kemudian buka setting berikut. Tekan button kanan tetikus untuk buka setting.
Kenapa perlu kekalkan TL mati pada chart – TL mati dan teori EW
TL mati dan TL hidup ini sebenarnya banyak berkait dengan teori waves elliott(EW). Saya tidak akan mengupas lanjut topik ini kerana ia sangat rumit dan sukar untuk diterangkan kepada anda yang tiada asas teknik analisa ini.
Oleh itu saya hanya ringkaskan dan mudahkan topik ini agar pembaca dapat memahami apa yang cuba di sampaikan. Saya ada tuliskan sebelum ini mengenai TL untuk EW. Sila baca di sini >> https://pullbackforextrading.com/trendline-untuk-elliott-waves-theory/
Berikut adalah contoh TL hidup dan TL mati serta kaitannya dengan teori EW.
Setiap waves akan diwakili dengan satu TL. Apabila TL break, maka waves lama akan confirm dan waves baru lagi dalam proses.
Secara ringkasnya untuk kaedah TL ini saya ringkaskan kepada trend ABC atau ABCD sahaja. Di bawah saya sediakan contoh ringkas untuk memudahkan pemahaman anda.
Satu Waves = satu TL. Apabila TL ini break maka waves tersebut confirm. Confirmation TL ini berfungsi untuk entry dan exit.
DTL break bermakna lengkap satu waves. UTL break akan lengkap satu lagi waves. Waves-waves ini terbentuk di semua TF termasuk M1.
Waves yang confirmed akibat TL breakout boleh dijadikan panduan entry dan exit. Biasanya dalam sesuatu trade, Waves B yang complete adalah keutamaan saya untuk entry.
Dengan mengekalkan kedudukan asalnya untuk TL mati ini ia akan memudahkan kita mengetahui di waves manakah kita pada waktu ini.
Inilah sebabnya kenapa TL mati dikekalkan pada chart. Namun ia bukanlah wajib, oleh itu anda boleh pergi kepada kaedah TL pindah untuk kekalkan chart anda bersih dan kemas.
NOTE:
Topik TL dan Waves ini hanyalah sebahagian dari ilmu asal lengkapnya iaitu TL, Fibo dan Waves di mana topik yang tidak saya sentuh di sini adalah mengaitkan dengan fibo. Fibo retracement dapat digunakan untuk kenalpasti potensi waves B di mana, manakala fibo extension boleh digunakan untuk mencari potensi kedudukan waves C di mana.
BACA: TL dan FIBO >> https://pullbackforextrading.com/fibonacci-dan-trendline/
Akhir kata
Sampai di sini dahulu perkongsian kali ini. Semogai lmu disampaikan bermanfaat dan membantu menambahkan lagi ilmu pengetahuan anda.
Teknik TLB Pro – klik sini
Kredit: tradingview