TEKNIK INI AKAN BANTU JANA RATUSAN PIPS DENGAN MUDAH | PART 1
Hai assalamualaikum pembaca blog yang budiman sekalian. Dalam kita mencari kaedah terbaik dan ringkas menjana pips dalam trading, terdapat banyak kaedah sudah dibangunkan dengan teknologi yang canggih-canggih, namun tahukah anda adanya satu trick paling mudah menjana profit tanpa susah-susah membuat analisa?
Dalam artikel kali ini saya akan tunjukkan bagaimana untuk menggunakan dua tools analisis dan juga sedikit kemahiran mengenalpasti setup breakout, dan selepas itu anda sudah boleh menjana ratusan pips dengan risiko yang amat minima serta reward yang banyak.
Untuk part 2 sila ke sini >> https://pullbackforextrading.com/teknik-ini-akan-bantu-jana-ratusan-pips-dengan-mudah-part-2/
Sebelum lanjutkan, join dulu telegram kami untuk tidak terlepas sebarang update dari kami.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Berberapa topik akan saya cover dalam artikel ini antaranya;
- Candlestick breakout
- Trendline
- Chart pattern
- Channel
Candlestick Breakout
Candlestick breakout adalah merujuk kepada candlestick yang melepasi sesuatu rintangan harga dan ditutup diluar kawasan rintangan tersebut.
Candlestick breakout dalam teknik ini meliputi;
- Break SNR
- Break trendline
- Break hi and low candle sebelumnya
Candle break yang sah(valid) adalah apabila cande tersebut ditutup di luar sesuatu SNR ataupun sesuatu candlestick.
Dalam gambar di atas, candle sudah pun tembusi trendline dan closed di luar trendline tersebut. Untuk keadaan lain juga, candle break juga dikira dari keadaan break SNR.
Apabila candle break SNR, maka breakout itu valid. Ia boleh digunakan untuk panduan entry anda. Akan tetapi jika candle tersebut break namun berpatah-balik, ia tidak valid.
Jika body candle close semula di atas SNR, ia dikira false break. False break biasanya dikaitkan dengan signal palsu yang memerangkap trader. Sesuatu SNR yang kuat biasanya berlaku hal seperti ini. Trader yang tidak penyabar pasti akan masuk tergesa-gesa dan terperangkap dengan pergerakan palsu ini.
Adalah penting untuk memahami closing candle kerana itu akan menentukan ia false signal ataupun tidak. Akan tetapi dalam waktu tertentu adakalanya body candle sudah diluar trendline atau SNR namun candle yang berikutnya kembali ke trend asal.
Ia seterusnya membentuk false break juga.
Gambar – candle sudah break, namun ia kembali ke trend asal. Oleh itu ia juga adalah kategori false signal ataupun false break.
Pada waktu ini wajib untuk cutloss ataupun trade akan mengena stoploss. Jika keadaan ini berlaku, anda boleh melakukan hal berikut;
- Cutloss sell dan masuk buy.
- Biarkan mengena stoploss dan no trade.
- Hedging.
Jika anda melakukan hedging, maka lot hedging anda mestilah sekurangnya 2x ganda dari lot asal atau mestilah besar sedikit saiznya agar profit nanti melebihi kerugian asal.
Di sebalik semua ini terdapat faktor-faktor yang menyokong kenapa berlakunya false break ini, antaranya;
- Masih lagi mahu meneruskan trend
- Rejected pada SNR kuat
- Stuktur trend masih valid
Elemen penting teknik
Untuk teknik ini, kita akan fokuskan candle dan trendline breakout sahaja. Kita hanya gunakan SNR hanya untuk exit trade sahaja.
Chart Pattern
Untuk topik ini, saya tidak akan menyentuh mengenai chart pattern seperti double top, double bottom ataupun triangle dan lain-lain. Chart pattern yang saya maksudkan di sini adalah AB=CD pattern.
ABCD pattern merujuk kepada stuktur pattern merangkumi poin A, B dan C di mana D adalah extension dari poin C.
Mencari kedudukan extension D adakalanya boleh dibuat dengan menggunakan kaedah fibo TP. Sambungan akan dibuat dengan menyambungkan poin B dan C.
Untuk belajar mengenai fibo TP ini bolehlah ke halaman ini >> https://pullbackforextrading.com/teknik-wajib-fibo-tahun-2022-cara-take-profit-ini-tidak-ramai-yang-tahu/
Confirmation entry untuk extension D
Pada topik sebelum ini kita sudah membincangkan mengenai candle, SNR dan TL breakout. Oleh itu, kita akan gunakannya pada ABCD pattern ini untuk confirmkan entry di mana poin D sebagai exit trade atau TP kita.
Disebabkan fokus utama adalah candle break, oleh itu untuk teknik ini candlestick dan trendline akan menjadi elemen utama untuk entry. Ia juga dalam masa yang sama sebagai confirmation kepada pattern ABCD ini.
Trendline break
Trendline break ini biasa saya gunakan untuk confirmkan sesuatu waves dalam elliott waves trading, namun konsep yang sama masih boleh digunakan untuk confirmation dalam teknik breakout ini.
Apabila poin B dan C dikenalpasti, seterusnya adalah mencari trendline breakout sahaja lagi. Poin A mempunyai peranannya sendiri dan ini akan diterangkan nanti.
Kenapa wajib ada breakout dan confirmation?
Jika tidak berlakunya breakout, maka boleh jadi sesuatu pattern ini belum sah atau ia bukannya membentuk pattern yang dicari.
Lihat contoh di bawah;
Pentingnya elemen gabungan candlestick dan trendline breakout. Walaubagaimana pun ia bukanlah jaminan 100% menjadi, oleh itu pastikan menggunakan stoploss untuk hadkan kerugian. Walaupun demikian, sekurangnya-kurangnya kita sudah kurangkan kuantiti entry dan jika loss, bilangan loss itu juga tidak sebanyak jika anda mengambil kesemua entry yang ada.
Kedudukan stoploss
Kedudukan stoploss anda adalah di poin C yang sudah confirmed. Ini bermaksud;
- Anda boleh kira risk anda dari poin entry dan poin C.
- Jika break poin C maka trend belum berubah lagi.
Melalui perkiraan poin ENTRY dan POIN C, anda boleh tentukan reward ratio 1:1 anda. Selain itu, breakout juga memberikan petunjuk bahawa trend memang kuat untuk meneruskan pergerakan menuju ke poin D pula.
Jika anda mendapat setup ini, poin D itu boleh jadi berdasarkan kedudukan fibo TP anda ataupun anda hanya akan exit trade ini berdasarkan 1:1 ratio sahaja.
Tips:
1:1 ratio biasanya saya gunakan jika SL agak besar. Contohnya SL sehingga 50 ke 80 pips, maka TP adalah 50 ataupun 80 juga.
Akan tetapi jika SL kecil sekitar 20 ke 30 pips, maka max TP adalah mengikut Fbo TP ataupun mengikut channel projection.
Topik mengenai channel ini saya akan kupas pada artikel berikutnya.
Kesimpulan
Candlestick dan trendline breakout menjadi elemen utama untuk entry dan confirmation untuk poin C. selain itu ia juga berperanan untuk membantu mengira risiko terlibat jika setup ini gagal.
Part 2 sila klik sini.
Setup ABCD ini terbentuk di hampir semua timeframe namun setup yang paling menguntungkan adalah di timeframe lebih besar seperti D1, H4 dan H1 sahaja.
Ia dikenalpasti berdasarkan poin permulaan A diikuti poin B dan C sebagai retracement. Poin C akan confirmed jika trendline breakout berlaku.
Untuk tahu apakah kaitannya dengan channel, ikuti perkembangan kami di telegram!
Sekian terima kasih.
ADMIN
19/08/24