
Trump ‘U-turn’, Pasaran Goyah – Bagaimana Anda Boleh Jana Pendapatan Dalam Ketidaktentuan Ini?
Pergerakan pasaran sering dipengaruhi oleh isu-isu semasa global. Terbaru, pasaran saham Asia menunjukkan prestasi bercampur dan dolar AS kembali susut selepas lonjakan awal – semuanya berpunca daripada perubahan mendadak pendirian Presiden Trump terhadap tarif China dan Pengerusi Fed.
Dari kenyataan yang bercanggah hingga rundingan yang belum pasti, pasaran kini dalam mod ‘tunggu dan lihat’. Namun, di sebalik ketidaktentuan ini, terdapat peluang yang boleh dimanfaatkan. Bagaimanakah caranya? Jom baca untuk ketahui!
Apa Yang Anda Akan Pelajari:
- Apa Sebenarnya Berlaku di Pasaran?
- Strategi Jana Pendapatan Dalam Ketidaktentuan
- Program Rujuk Rakan XM
Apa Sebenarnya Berlaku di Pasaran?
Dalam tempoh seminggu yang lalu, pasaran kewangan global bergolak susulan kenyataan bercanggah daripada Presiden AS, Donald Trump – termasuk pendiriannya terhadap Pengerusi Fed, Jerome Powell dan tarif ke atas barangan import dari China. Laporan yang tidak konsisten ini telah menimbulkan ketidaktentuan dalam kalangan pelabur global.
Antara sorotan utama pasaran minggu ini:
- Pasaran Saham Asia bercampur: Hang Seng susut lebih 1%, manakala Nikkei meningkat 0.4%.
- Dolar AS melemah selepas pengukuhan awal, mencerminkan kebimbangan terhadap kestabilan dasar monetari AS.
- Harga emas meningkat menghampiri paras tertinggi, menandakan peningkatan permintaan terhadap aset selamat.
- Pasaran minyak dan bon menunjukkan kestabilan relatif, walaupun sentimen kekal berhati-hati.
Para penganalisis menyifatkan keadaan semasa sebagai peralihan ke arah era pasca-globalisasi, di mana aliran dagangan dan modal semakin terkawal. Keadaan ini dijangka mengekalkan tahap ketaktentuan pasaran pada paras yang tinggi untuk tempoh mendatang.
Strategi Jana Pendapatan Dalam Ketidaktentuan
Dalam suasana pasaran yang penuh ketidaktentuan ini, ramai pedagang mencari alternatif yang lebih stabil untuk menjana pendapatan. Menariknya, XM telah memperbaharui Program Rujuk Rakan mereka dengan struktur ganjaran tetap (flat rebate).
Apa Yang Menarik?
- Bagi setiap rujukan yang berjaya, anda akan menerima jumlah ganjaran yang tetap – tanpa mengira berapa ramai yang anda kenalkan kepada XM!
- Nilai rebat juga berbeza mengikut negara, dan anda boleh semak jumlah semasa serta sebarang promosi khas di Ruang Keahliaan.
- Struktur baharu yang lebih mesra: Kini dilengkapi dengan antaramuka lebih kemas dan mesra pengguna, jadi lebih mudah untuk anda kongsi pautan dan pantau ganjaran.
Jom Rebut Peluang Ini!
Ketidaktentuan dalam pasaran bukan bermakna anda perlu berundur. Dalam kekalutan global, peluang tetap wujud – dan sekarang masa terbaik untuk anda bertindak dengan strategi yang lebih bijak.
Jadi anda tunggu apa lagi?
Jom jana pendapatan tambahan melalui Program Rujuk Rakan XM dan rebut peluang anda!
Satu langkah hari ini yang boleh mengubah masa depan dagangan anda.
Ingin Dapatkan Lebih Banyak Ilmu Dagangan? Baca artikel di bawah!
- Asas Candlestick dalam Dagangan
- 3 Corak Asas Candlestick yang Anda Mesti Tahu
- Tips Manfaatkan Media Sosial Sebagai Affiliates
#XM #XMMalaysia #ReferAFriend #EarnRewards #SpreadTheWord