ULASAN UNTUK TRADING MINGGU KE-3 | DAPAT PROFIT MUDAH
Minggu ni adalah minggu ke-3 untuk bulan Oktober ini. Pada minggu ini kita dapat lihat pergerakan Emas dan Minyak yang agak bullish didorong oleh konflik Israel-Palestine yang telah mendapat perhatian dan protes peringkat global.
Colleration antara pair komoditi dengan komoditi itu sendiri nampaknya negatif. Biasanya ia akan positif iaitu seiring arahnya tapi kali ini ia berlawanan pulak.
Saya melihat peluang ini dan memanfaatkannya sebaik mungkin. Ahli-ahli dalam VIP telegram juga saya percaya mendapat peluang yang sama. Alhamdulillah.
Pair paling bearish – NZDUSD merupakan pair yang terbaik untuk short selling minggu ini. Potensi ini sudah kelihatan sejak minggu lepas, oleh itu saya masih kekalkan posisi selling untuk pair ini.
NOTE: Signal percuma juga saya kongsikan untuk group public. Silakan klik button di bawah untuk semak signal dan join:
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
NZDUSD
Analisa Bollinger Bands(BB) dan SNR:
Pair ini breakout low dan membuat new weekly low, petanda bahawa ia dalam bearish trend dan berpotensi untuk turun lagi. Berdasarkan BB juga ia sedang mengembang, menandakan trend kuat untuk turun lagi.
Penurunan pair ini adalah kenaikan untuk pair cross NZD.
Pair dalam fokus adalah GBPNZD dan EURNZD. Lihat gambar di bawah;
Pair GBPNZD hanya ambil sedikit masa untuk retrace ke EMA21 sebelum ia naik semula, selepas itu ia bounce seketika di Weekly high sebelum akhirnya ia pullback naik setelah candle engulfing terbentuk. Awal hari ini ia bersambung naik lagi pada sesi awal pagi asia(Tokyo).
EURNZD adalah pair paling trending untuk trade cross pair NZD ini. Ia masih berlanjutan naik sejak isnin lepas. Hari ini ia masih lagi melanjutkan kenaikannya.
Bagaimana saya tahu EN dan GN ni akan naik?
Saya melihat potensi ini secara teknikalnya dan mengongsikan peluang ini dalam group private whatsapp seperti biasa. Dengan melihat secara teknikal, kita sudah boleh lihat potensi-potensi yang akan datang.
Berikut saya bagi tips;
- Perhatikan gambaran keseluruhan trend
- Bandingkan candle dan SNR major
- Pattern: single/formation
- Isu fundamental/data ekonomi(optional)
Untuk membuat confirmation lain, bolehlah semak antara pair utama dan cross pair, di situ boleh nampak bias trend ke mana. Step terakhir adalah merangka plan entry/exit dan risk management.
Risk management penting supaya tahu apa perlu dibuat jika plan tak menjadi. Di sini saya tak galakkan untuk risk taking sangat sebab kita tak berjudi mahupun mencuba nasib. Kita buat plan dan execute plan ikut apa yang sudah dirancang lebih awal dan bukannya berdasarkan real-time(semasa).
Entry
Entry boleh dibuat seawal isnin namun masih bergantung situasi semasa kerana isnin ini adakalanya market membuat false signal. Namun selagi kita sudah melihat lebih awal potensi price nak ke mana, tak salah untuk hold sedikit loss. Akan tetapi jika ia sudah sampai ke limit(had) ditetapkan, wajiblah cutloss kerana ini sudah melibatkan risk management di mana jika ia sudah sampai ke limit ini biasanya ia membawa maksud lain seperti trend mahu sideways ataupun reversal sebenarnya dan kita dalam arah yang salah.
Jika ini berlaku, minggu hadapan akan jadi minggu recovery. Beginilah realiti sebenar trading dan bukannya untung hari-hari, minggu-minggu dan bulan-bulan tanpa loss. Saya bercakap dari sudut pengalaman saya sebagai trader sejak 10 tahun lepas. Jika saya bercakap dari sudut penjual kelas, saya takkan mention kerugian(nanti tiada orang nak beli kelas tu.. hehehe).
Entry @ IG
GBPNZD dan EURNZD sebelum ia naik -breaking weekly high semalam sebelum hari ini ia naik tinggi. High dan Low mingguan merupakan elemen penting yang saya gunakan untuk mengikuti trend jangka panjang mahupun melihat perubahan trend hanya dengan melihat ke mana price akan breakout.
Selain itu, ia juga adalah cara risk management saya andaikata plan tak menjadi.
Di atas adalah entry yang saya kongsi dalam Instagram pullback. Oleh itu jika anda mengikuti IG ini anda juga boleh ikuti signal ini.
GOLD dan OIL
Gold dan Oil agak bullish pada minggu ini hasil dari lanjutan minggu lepas sebelumnya. Jika dilihat dari sudut colleration, sepatutnya jika gold bullish, maka AUDUSD sepatutnya bullish. Jika AUDUSD bullish pula, NZDUSD biasanya akan ikut.
Pergerakan bullish gold juga biasanya akan diikuti oleh EURUSD dan GBPUSD. Namun pada waktu ini ia bergerak negatif di mana gold bullish namun EURUSD, GBPUSD dan AUDUSD bergerak bearish.
USDJPY juga yang biasanya bergerak negatif dengan gold, kali ini sama-sama naik.
Cuma besanya USDJPY tidak berapa trending berbanding XAUUSD(gold).
WTI CRUDE Oil
Oil juga sedikit bullish minggu ini dan kini duduk di atas Weekly high. Ia menghampiri paras harga 90.00. Jika terdapat gangguan terhadap bekalan minyak mentah dunia, saya percaya harga akan melonjak naik memandangkan krisis perang Israel-Palestine kini mendapat perhatian negara-negara arab. Iran pada waktu ini mengancam akan menyerang Israel, Israel pula mendapat sokongan kuat dari Amerika. Kesan perperangan ini jika berlaku, ia adalah berantai dan akan mengheret kepada negara-negara lain. Rusia juga menyatakan sokongan kepada Palestin dan Iran dan bersifat anti barat dan Israel.
Jika perang berlaku, saya yakin harga minyak dunia akan melonjak naik. Sebagai pedagang, ini adalah peluang yang tak boleh dilepaskan dan posisi buy akan saya buat.
Tetapi seperti biasa, gunakan amalan money management yang baik agar tidak jadi si bodoh yang syok sendiri. 🙂
Akhir kata
Rumusan dari keseluruhan artikel kali ini adalah;
- Berdasarkan teknikal, kita boleh lihat potensi pergerakan hadapan dan membuat prediction awal.
- Trading plan mestilah meliputi trend dan risk management.
- Colleration tak semestinya menjadi atas faktor lain.
- Faktor fundamental wajib diambil tahu terutamanya yang melibatkan isu semasa jika tidak pandai baca data ekonomi sekalipun.
Okey lah sampai di sini dahulu. Jika anda berminat untuk join group-group private saya untuk perbincangan trading setup bolehlah join sini >> https://cspro.pullbackforextrading.com/daftar/
ADMIN
19/10/23