UPDATE PLAN MINGGU INI
Hari ini sudah masuk hari jumaat. Market sudah bergerak, ada setup menjadi dan ada juga yang tak menjadi. Baiklah, sekarang mari kita lihat kemas-kini keseluruhan plan minggu ini.
Untuk artikel sebelum ini sila ke pautan ini >> https://pullbackforextrading.com/gold-dan-major-pair-naik-seperti-dijangka-apa-seterusnya/
GBPUSD
Kita mulakan dengan GBPUSD dahulu. Pair ini membuat penurunan mendadak sepanjang minggu ini hingga ke marking line dan terus breakout support ini. Pin bar terbentuk namun gagal untuk menarik buyers untuk menaikan matawang ini. Selepas terbentuknya shooting star, pair ini kembali turun.
Entry buy ada dibuat selepas candle pin bar ini namun akhirnya stopout apabila price jatuh lagi.
Berdasarkan TF D1, ia masih atas RBS. H4 pula double bottom, hari ini akan menentukan samada ia akan naik lagi atau menjadi signal sell minggu hadapan.
Candle D1 semalam ditutup tepat di atas area RBS. Hari ini masih retest lagi. Ikutkan rule SNR, ia patut naik. Namun semuanya bergantung sebelah malam nanti semasa sesi US pula. Jika dolar melemah, GBP akan naik.
EURUSD
Pair ini bergerak sama arah dengan GBPUSD dan kini sudah sampai di order block RBR untuk buy signal. Akan tetapi masalahnya di sini ia berada dalam area ini dan bukannya rejected secara nyata di atasnya. Oleh itu untuk buy ia perlukan candle bullish engulfing untuk menjadi buy signal.
Berdasarkan TF D1 pula, candle semalam closed sebagai bearish engulfing, oleh itu hari ni nampaknya masih bias kepada selling berbanding buying.
Plan buy hanya valid jika ada candle bullish yang ditutup di atas zon buying ini.
AUDUSD
Pair ini retest berberapa kali di zon buying kemudian membuat false break. Entry buy sempat di buat di bawahnya apabila candle seakan doji terbentuk di situ.
Hari ini candle bearish engulfing terbentuk lagi dan nampak ada kemungkinan besar hendak uji area RBS di bawah iaitu di 0.6700 area.
Dalam situasi ini plan buy sudah nampak tidak valid lagi. Oleh itu saya akan mengabaikan terus pair ini kecuali ia sempat retest dan reject di atas area 0.67000 dalam masa sehari ini iaitu di sebelah malam nanti.
Jika tiada, saya akan abaikan terus.
XAUUSD
Pair XAUUSD bullish awal minggu ini namun pada waktu ini ia kembali ke Weekly high selepas gagal meneruskan ke sasaran 2000.00.
Buy akan dibuat jika rejected di atas 1963.77.
Jika ia terus break bawah Weekly high ini, candle Weekly akan menjadi sell signal, oleh itu minggu hadapan ada kemungkinan trend menurun untuk major pair dan pair komoditi emas akan berterusan.
Anda yang mahu pelajari teknik price action ini bolehlah ke halaman ini. Analisis dan live trade secara update akan saya berikan melalui blog ini untuk pembelajaran anda. 🙂
Akhir kata
Forex trading adalah bisnes yang sangat dinamik dan menguntungkan, namun dalam masa yang sama ia sangat berisiko tinggi, oleh itu jika anda mahu teruskan kerjaya anda sebagai trader, dapatkanlah ilmu dahulu dan paling penting update live secara berterusan yang boleh membantu anda berjaya dalam jangka panjang.
Dalam blog ini saya menyediakan ilmu-ilmu trading secara percuma yang anda boleh pelajari dan dapat ikuti analisa dan live trading saya secara mingguan dari masa ke semasa.
Anda boleh download sumber ebook percuma di halaman ini.