XAUUSD PLAN BULAN INI
Target bulan lepas masih dalam ‘proses’ dan untuk bulan ini masih sama dengan plan penghujung bulan lepas iaitu sell dengan 1600.00 sebagai target utama.
Seperti biasa, analisa top-down akan dibuat untuk lihat gambaran menyeluruh sebelum membuat trading plan. Strategy yang saya gunakan adalah yang telah saya sediakan dalam membership percuma ini.
XAUUSD MONTHLY
Dimulakan dengan Monthly – kita akan lihat ke manakah major trend utama tahun ini. Keadaan sama juga boleh dilihat pada Weekly. Ia adalah perincian trend mengikut mingguan. Tapi sebelum itu kita lihat dahulu apa yang tersedia di Monthly.
Monthly chart akan bagi 1 candle yang bersamaan 1 bulan. Oleh itu kita boleh simpulkan trend ikut apa yang berlaku bulan-bulan sebelumnya. Dari chart di atas kita dapat simpulkan bahawa pada bulan september dan oktober telah berlaku breakout di bawah paras 1700.00.
Bulan september price jatuh di bawah paras 1700.00. Manakala pada bulan oktober pula berlaku retest ke area ini dan berlaku rejection. Oleh itu plan untuk bulan ini sepatutnya adalah, sell.
Apa itu retest dan reject? Sila ke halaman ini.
Jika anda lihat pergerakan trend bulanan semasa price break 1800.00, keadaan sama juga telah berlaku iaitu breakout dahulu, bulan berikutnya retest, bulan selanjutnya trending ke bawah. Mungkinkah sejarah akan berulang?
Seterusnya kita lihat pada Weekly pula.
XAUUSD WEEKLY
Pada Weekly chart kita dapat lihat price gerak sideways. Minggu lepas pula ditutup bearish. Situasi di Weekly ini nampak memberi gambaran trend mungkin akan terus bergerak ke sasaran 1600.00 dalam masa terdekat. Namun jika berlaku kenaikan, 1700.00 akan menjadi key resistance penting untuk reentry sell sekiranya rejected.
Seterusnya kita lihat pula apa yang ada di Daily chart.
XAUUSD DAILY(D1)
Kelihatan segitiga breakout terbentuk. Ini ada possible downtrend akan berlaku jika break low double bottom bulan lepas. Berdasarkan fibonacci extension, 1600.00 terletak di 127.2. Trend downtrend juga boleh memanjang hingga ke 1581.60 iaitu di 161.8.
TEKNIK SEGITIGA BREAKOUT – klik sini
RUMUSAN DAN TRADING PLAN
Berdasarkan keseluruhan trend di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa;
- Major trend adalah downtrend berdasarkan Monthly dan Weekly.
- D1 kelihatan descending triangle iaitu petunjuk kepada downtrend akan berlaku dengan breakout sebagai confirmation.
- Extension atau target utama adalah di 127.2 @ 1600.00 dan 161.8 @ 1581.60 iaitu harga yang lebih rendah.
XAUUSD H4
Selling high boleh dibuat lebih awal berdasarkan H4 di mana candle bearish sebagai petunjuk utama entry kerana ia berlaku di bawah trendline.
Entry sell kedua adalah jika break bawah triangle.
Altenatif
Plan altenatif adalah buy. Plan buy boleh dibuat di atas 1600.00 jika rejected atau jika breakout di trendline berbanding break bawah support triangle. Lihat ilustrasi di bawah;
Jika ini berlaku maka ada possible trend akan berubah kepada naik dengan 1700.00 sebagai key resistance untuk ia retest semula. Ada possible tak? Jawapannya ada kerana kita masih di awal bulan.
Untuk update terkini sila ikuti telegram kami di sini.
Sekian,
ADMIN
01/11/22
Kredit: google images, babypips