XAUUSD MASIH DOWNTREND TAPI..
Big news sudah berlangsung minggu lepas namun malangnya selepas menjejak weekly low, ia menjadi false selepas ia segera naik semula. Ia secara tidak langsung membentuk bear trap dan memerangkap seller.
Secara overallnya, ia masih downtrend tapi candle Weekly membentuk signal buying berbanding selling. Tapi dalam masa yang sama juga ia masih di bawah SBR. Candle terakhir adalah pin bar di dalam inside bar.
Sebelum lanjutkan, jom sertai group telegram pullback agar mendapat update secara cepat terus ke smartphone anda.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Jom kita lihat top-down analisis menggunakan kaedah analisa price action. Anda yang mahu belajar percuma sila ke halaman ini.
XAUUSD WEEKLY
Penting untuk lihat timeframe Weekly untuk lihat bias terakhir serta gambaran keseluruhan trend dan stuktur trend.
Di timeframe ini kita dapat lihat candle terakhir adalah pin bar. Body candle adalah merah menandakan ia bearish. Namun dalam masa yang sama ia juga dalam formasi inside bar candle
Tapi dalam masa yang sama juga ia di bawah SBR 1971.04. Jadi dalam situasi ini apakah trend pilihan? Sell atau Buy??
Berdasarkan trend semasa dan jenis body candle saya boleh katakan trend adalah downtrend dan entry seharusnya adalah sell. Namun candle pin bar ini boleh jadi hint kepada ia akan naik dahulu.
Lagipun dalam masa yang sama area 2000.00 masih belum dijejak(retest), oleh itu ia masih berpotensi untuk naik lagi ke situ.
Jika ia naik, maka formasi candle inside bar combo ini valid untuk buy signal. Tapi sebelum kita putuskan ini adalah buying, kita lihat dahulu situasi di Daily.
XAUUSD D1
Pada TF daily kita dapat lihat situasi sideways atau consolidation menandakan tiadanya trend dominan untuk waktu ini.
Price drop semula apabila menghampiri area SBR 1971.04. Jika breakout berlaku maka 2000.00 adalah area terbaik untuk dijadikan TP area dan juga sell limit untuk sell sesuai dengan plan bulan ini dan stuktur downtrend ini.
Area 1918.90 menjadi strogn support minggu lepas apabila rejection berlaku di sini dan candle ditutup bullish pada khamis minggu lepas tepatnya semasa FOMC. Namun disebabkan tiada momentum kuat untuk break area SBR, ia akhirnya jatuh semula.
Seterusnya kita lihat apa yang ada di H4 pula.
XAUUSD H4
Situasi di H4 memberikan gambaran untuk trade plan berdasarkan situasi inside bar combo yang kita lihat di Weekly. Oleh itu memadai analisa D1 dan Weekly sahaja, dan H4 sesuai untuk mencari entry setup.
Trade plan
Untuk plan buy, kita boleh entry buy pada waktu ini dengan stoploss di 1947.00. Target profit sesuai adalah di 1971.00.
Untuk buy low, tunggu price retest semula area 1918.90 kemudian membentuk candle reject untuk entry buy low kerana di sini terdapatnya order block demand.
Untuk buy high, perhatikan jika breaking Last Week high kemudian pullback berlaku. Jika new weekly high berlaku ada possible ia akan retest 2000.00.
Resistance terdekat adalah di 1984.00
Ringkasan trading plan
Overall plan masih sell dan area terbaik sell adalah di 2000.00 ataupun SBR 1971.04 andainya berlaku false break di sini.
Plan buy(short term):
- Buy waktu ini kerana rejection berlaku di fibo 50.0.
- Buy low jika retest dan reject berlaku di area demand 1918.90
- Buy high jika breakout dan pullback berlaku di atas Weekly high.
Sekian buat masa ini.
ADMIN
19/06/23
One Reply to “XAUUSD MASIH DOWNTREND TAPI..”
Comments are closed.