XAUUSD MINGGU KE-2: BUY DIP
Awal bulan ini gold bergerak downtrend dan tidak membuat retracement sehinggalah pada hari NFP(data dikeluarkan), pada TF D1 gold nampak membentuk signal buy. Mungkin ini petanda trend akan membuat correction atau kenaikan.
Untuk artikel sebelum ini sila ke halaman ini >> https://pullbackforextrading.com/gold-meneruskan-penurunan-selepas-break-1900/
Join telegram kami untuk, promosi rakan niaga, signal dan analysis:
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Saya akan kongsikan analisa di TF D1 dan H4 untuk trading plan minggu hadapan.
XAUUSD D1
Di TF D1 kita dapat lihat cs terakhir dalam bentuk bullish engulfing di atas 1809.02 kerana terdapatnya history major support di situ dan sebagai sebab utama untuk ia reverse dan tak menyentuh 1800.00.
Candle jumaat lepas adalah jenis 3 line strike menandakan reversal trend berlaku. Anda boleh baca di sini untuk artikel 3 line strike.
Formasi candle ini memberikan hint market sudah cukup membuat bottom atau dip dan seterusnya adalah untuk membuat entry buy.
Entry buy boleh dibuat pada candle berikutnya hanya dengan memerhatikan perubahan candle dari bearish kepada bullish di TF D1 sahaja. Sila rujuk teknik entry dalam artikel 3 line strike untuk panduan entry anda.
XAUUSD H4
Di H4 kita dapat lihat bouncing dan breakout sudah berlaku. DTL juga sudah break. EMA21 juga sudah break. Candle terakhir ditutup di atas area bounce(box).
Langkah seterusnya adalah untuk tunggu market ini membuat stuktur trend. Waktu terbaik entry adalah jika price membuat pullback. Kaedah entry TLB boleh digunakan waktu ini untuk confirmkan pullback dengan TL kedua mestilah ditembusi.
Entry strategy;
- Pullback atas box atau EMA21 di H4.
- Fakeout atau false break 1800.00 kemudian membentuk bullish candle di TF D1 atau H4.
Exit Strategy
Untuk exit strategy, ada dua area yang kita jadikan target utama iaitu;
- Weekly high minggu lepas iaitu di 1848.96
- SBR 1885.00
Kaedah exit juga boleh digunakan berdasarkan FIBO TP.
ALTENATIF
Untuk trend altenatif iaitu jika plan buy ini gagal, maka perkara berikut harus dipertimbangkan;
- Break weekly low dan menguji area 1800.00.
- Pullback di bawah 1800.00.
Sekian dahulu buat masa ini. Silakan join group telegram jika belum menyertai.
Update akan diberikan pada group telegram.
ADMIN
08/10/23