5 TEKNIK ENTRY TERBURUK SEPANJANG ZAMAN | NO.5 MAJORITI BUAT

Dalam sepanjang masa menimba pengalaman dengan pelbagai uji kaji terhadap pelbagai teknik dan strategi, secara tidak sedar kita sebenarnya telah mencipta teknik yang juga secara tak sedar dibuat ulang-ulang secara konsisten dan mendapat hasil yang konsisten juga tapi malangnya ia adalah negatif -rugi konsisten- sampai rasa nak berputus-asa.

Di kesempatan kali ini saya merungkai dan membongkar teknik dan strategi misteri yang kerap dilakukan oleh trader. Jika artikel ini tidak dibuat, pasti ramai yang tak perasan.

Bagi yang anda baru mengikuti blog ini silakan sokong dengan menyertai telegram untuk update artikel dan strategi menarik terus ke smartphone anda!

Gagal merancang = merancang kegagalan

Orang yang gagal merancang sebenarnya sedang merancang kegagalannya. Itu adalah hakikat. Trader yang kerap tukar-tukar teknik adalah trader yang mencipta teknik. Mungkin bunyinya sedikit pelik tapi selepas membaca 5 teknik di bawah ini saya percaya pasti anda pernah melakukannya, mengamalkannya dan seterusnya menderita dengan hasilnya.

Okey, jom bongkarrrr…

5 TEKNIK GAGAL SEPANJANG ZAMAN

TEKNIK #1 – TEKNIK FOMO

Dalam trading situasinya adalah market breakout, candle engulfing terbentuk, lalu anda masuk melulu kerana takut terlepas peluang. Ini dipanggil sebagai FOMO. Market spike mengejut selepas breakout sesuatu sideways lalu anda tidak sabar untuk masuk market kerana khuatir terlepas peluang. Harga melonjak tinggi lalu anda masuk harga tinggi ataupun buy high. Market menjunam, anda sell low. Cukup waktunya selepas mengena Fibo TP ataupun major SNR, price pun reverse. Tinggallah anda sendirian buy high ataupun sell low.

Jika bernasib baik, trade akan untung. Jika nasib malang, market buat false break, ready-readylah topup modal anda.

Inilah terjadi apabila anda takut terlepas peluang. Huru-hara jadinya.

TEKNIK #2 – NEWS SPIKE

Zaman sekarang pelbagai kaedah peraturan dan syarat dicipta oleh broker untuk menghalang anda dari profit situasi news spike ini. Anda yang bercadang untuk trade news pastikan baca terma syarat broker terlebih dahulu.

Baca >>  TEKNIK CANDLE BREAK

Spike price semasa news hari ini sangat jauh berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya(2007-2011). Jika dahulu price spike sampai 100 ke 150 pips dalam masa berberapa minit sahaja. Peraturan dan terma syarat mengarut broker pun hampir tiada pada waktu itu.

Dari situasi market pada tahun kebelakang inilah terhasilnya teknik trading news spike iaitu dengan harapan ke mana pun market pergi semasa news nanti, pasti ada harapan untung samada buy atau sell. Market akan buat pergerakan puluhan dan ratusan pips dalam sekali gerak yang memungkinkan anda profit dengan mudah asalkan ada melekat dihadapan skrin komputer pada waktu itu.

Buka saja forexfactory.com untuk senarai news, tunggu news release dan apabila price membuat spike, ikutilah arah tersebut. Pedulilah apapun analisa orang lain, belum tentu pun tepat. Trade like a pro orang kampung katakan.

Akan tetapi malangnya, trading news spike pada waktu sekarang ini lebih banyak memberikan masalah kepada trader berbanding membantu antaranya entry execution yang terlalu lambat, widen spread macam tayar kancil kangkang, requotes macam gila pun ada. Paling teruk, dah untung boleh pula broker kasi cancel profit dengan macam-macam alasan yang menyebelahi broker. Anda pun hilang keuntungan lalu meroyan-lah di laman sosial facebook lengkap beserta gambar bukti screenshot akaun anda dan perbualan dengan chat support. Macamna boleh kumpul bukti? Ye la nak screenshot before dan after-lah kononnya nak buat show-off di facebook. Tapi last-last terakam bahan bukti pula. hahaha!

Baca : Requotes dari Neraka

Buktikanlah apapun, anda tetap akan kalah selagi ada terma-syarat broker.

Broker dah tahu ramai trader boleh manfaatkan situasi news ini. Oleh itu ia akan menjadi masalah kepada broker bucketshop yang banyak bergantung kepada kerugian trader. Oleh itu banyaklah terma syarat mengarut akan dibuat agar memihak kepada broker dan seterusnya menghalalkan matlamat mengambil hasil profit tersebut.

Akan tetapi, lebih teruk lagi jika kita membenarkan situasi tersebut dengan trade melulu tanpa faham sepenuhnya terma syarat broker. Oleh itu salah sendirilah kerana menempah malang dan sah di sisi undang-undang broker.

TEKNIK #3 – NEWS STRADDLE/TEKNIK PUKAT HARIMAU 2.0

Yang ini masih lagi merasakan pintar kononnya boleh manfaatkan news spike. Jika entry manual itu lambat dan merugikan, bagaimana jika boleh entry lebih awal walaupun broker sering no connection-lah, requotes lah, lambat execute lah.. Caranya pasang PO buystop dan sellstop(hedging-lah kiranya) sebelum market gerak then tunggu pukat mana yang kena. Ala, macam pukat harimau, semua dia sapu. Ikan kecil, ikan besar semua tangkap.

Baca >>  Price Action Myth

Tapi apa yang berlaku, widen spread berlaku, dua-dua entry trigger semasa news. kalau entry PO hedging tu ada SL pula, habis SL mengena dibuatnya. Satu untung pun tak ada.

Last-last akaun sendiri yang kena pukat oleh broker. Modal kecil atau besar, semua broker yang sapu. licin!

Namun apa yang paling teruk selepas akaun MC? rupanya market memang gerak di salah-satu PO yang dipasang tu.

Straddle 2.0

Trader sejati memang sukar mengalah. Jika trade news spike tak menjadi, cipta pula teknik pukat. Jika pukat semasa news masih bermasalah sebab whipsaw, kali ni cuba pula pada market normal. Oleh itu lahirlah teknik straddle 2.0 ataupun teknik pukat 2.0!

Kaedah straddle versi 2.0 pun diwujudkan di mana cara yang sama dikekalkan namun kali ini datang lengkap bersama strategi money management pula. Teknik ini digunakan pada market normal di mana apa yang dicari adalah market breakout, entry secara PO juga dibuat seperti biasa iaitu PO buystop akan dibuat lengkap dengan SL diikuti PO sellstop dalam jarak pips tertentu tetapi dengan lot berganda. Jika buystop 0.10, maka sellstop adalah 0.30. Seterusnya jika hit SL, buystop 0.60 pada entry buystop permulaan tadi.

Akan tetapi malang sekali lagi, teknik ini masih ada kelemahannya -market sideways memanjang macam tidak mahu ke mana-mana pula dan lot pun sudah terlalu berganda sampai akaun menjadi nyawa-nyawa ikan untuk bertahan floating loss dan membuka PO berikutnya. Trader akhirnya menemui jalan buntu dan seterusnya akan meninggalkan teknik ini(kemudian buka browser dan google pula teknik baharu yang percuma lagi di internet).

TEKNIK #4 – TEKNIK TIKUS KEJAR KUCING

Kita sedia maklum kucing yang akan kejar dan tangkap tikus. Tapi dalam waktu tertentu pula tikus yang akan kejar kucing dan cuba makan kucing tersebut. Ini berlaku dalam dunia trading.

Baca >>  TIPS SOP INI AKAN BANTU ANDA LEBIH PROFITABLE

Banyak tikus-tikus kecil yang cuba makan kucing. Market adalah kucing, dan trader-trader kecil ni umpama tikus. Fikirkan apa yang akan berlaku apabila makanan yang kejar pemakannya? Ya, sudah tentulah jadi makanan percuma kan. hahaha!

Dalam trading ni apabila kita cuba mengalahkan market dengan trade bertentangan dengan arahnya, ia adalah umpama tikus cuba makan kucing. Selagi trend menaik, kita mestilah buy. Kalau market turun, kita mestilah sell. Tapi apabila kita cuba-cuba mengubah arah market dengan modal-modal ikan bilis ni, memang cari nahas-lah jadinya.

Saya yakin ramai yang cuba pick top dan bottom tu sebab selalu terkena market reverse kan? Kalau cara anda tak betul ditambah pula emosi melulu maka jadilah lauk percuma untuk market buas ni.

TEKNIK #5 – TEKNIK HARAPAN(TINGGAL HARAPAN)

Apabila anda sudah fed-up terkena SL hunting, entry salah, cutloss tapi sebenarnya entry itu tepat dan market gerak ikut yang anda sudah trade, inilah jadinya teknik harapan.

Dengan yakinnya anda bercerita di laman sosial, anda trade tanpa stoploss. Kemudian anda menyatakan nanti broker akan buatkan candle bergerak aneh untuk makan stoploss. Kemudian anda mencuba dan anda berjaya.

Apabila sudah berjaya, anda merasakan anda bijak lalu menjadikan teknik harapan ini sebagai tangga menuju impian memiliki kereta mewah lamborghini anda sendiri.

Namun malangnya, loss anda yang kecil menjadi besar. Semakin besar kerana langit tak selalu cerah dan entry tak 100% akan win. Trading sistem yang 99% win juga ada 1% akan loss. Jika anda kerap win dengan tiada SL, akan sampainya masanya anda akan kerugian. Impian tinggal impian. Harapan, tinggal harapan.

P.S: Sell tanpa SL dan tunggu market bergerak ke arah yang diharapkan. Mana lebih baik, cutloss atau terus berharap?

Sekian,

ADMIN
22/01/22

Credit Header

Leave a Reply

Translate »
error: ©2012-2022 | Hakcipta terpelihara. Pullbackforextrading.com