5 TIPS UNTUK OPEN TRADE YANG LEBIH LAMA(MAKSIMUM PROFIT)

trading-plan-tjs-elite

IKUTI 5 TIPS UTAMA INI JIKA ANDA MAHU ‘OPEN TRADE’ ANDA BERADA LEBIH LAMA DALAM SESUATU PERGERAKAN MARKET

Anda mahu open trade yang lebih lama ketika trading tanpa perlu stopout lebih awal sebelum market membuat pergerakan besar-besaran? Untuk perhatian anda, artikel ini adalah merujuk kepada swing trading dan bukannya scalping trading. 

Sebab utama mengapa kita memilih swing trading berbanding scalping adalah kerana swing trading lebih memberikan peluang profit yang tinggi berbanding risiko kerugian. Berbeza dengan scalping, target profit adalah kecil akan tetapi berdepan dengan risiko rugi berlipat-ganda dari keuntungan tersebut.

BACA : KENAPA AKAUN CEPAT MARGIN CALL

 Dalam apa-apa jua perniagaan, sudah-pastilah pelaburan yang memberi pulangan untung tinggi jangka panjang(berbanding risiko kerugian) itu adalah pilihan terbaik. Akan tetapi ia bukanlah semudah yang difikirkan kerana ramai dikalangan trader adalah tidak sabar, suka kepada pulangan tinggi dalam masa singkat serta suka habiskan masa berjam-jam mencari signal trade di timeframe kecil kemudian secara tidak langsung akan kerap terdedah dengan risiko dan seterusnya gagal dalam trading.

Tahukah anda setiap kali anda melakukan trade maka setiap kali itulah anda terdedah dengan risiko kerugian?

USDCADDaily
USDCAD – Pair ini berada dalam uptrend selama 9 bulan dengan total profit sebanyak 1,400 pips. Ini bersamaan dengan pulangan lebih USD 14,000 dari pelaburan USD 1,000 dengan 1 standard lot entry(10usd/1 pips).

Berikut 5 tips tersebut;

#1. Trade berdasarkan ‘overall picture’ dan trend jangka panjang sahaja(rujuk TF yang lebih besar, monthly,weekly, daily)

Ramai yang dapat mengenal-pasti trend seperti uptrend, downtrend dan ranging jika ditanyakan berdasarkan history chart yang lepas dan sudah berlaku. Ramai yang bersetuju jika dikatakan pada timeframe yang lebih besar itu, jika ia turun, maka seluruh price hingga timeframe 1 minit juga akan turun tetapi secara peliknya, ramai juga yang memilih untuk trade di timeframe yang kecil ini dengan alasan hendak ‘menyerang’ entry dari segenap penjuru atau dalam bahasa lainnya ‘dance with market.’ Realitinya ramai yang ‘tersangkut’ dengan pergerakan false break price berkali-kali dalam sehari atau seminggu bahkan berbulan-bulan lamanya hinggalah akaun tersebut sudah tidak mampu lagi menampung kerugian yang dialami hingga menyebabkan kekurangan margin(margin call).

Candle pattern pada timeframe yang lebih besar adalah umpama kesimpulan pada waktu-waktu sebelum itu. Sebagai contoh, candle timeframe weekly pada minggu lepas adalah kesimpulan trend pada minggu lepas. Jika anda faham candle-candle seperti Doji, Pin bar, ataupun Engulfing, cuba anda buka pada timeframe yang lebih kecil seperti Daily, H4, H1 dan yang lebih rendah hinggalah M1, anda akan dapati candle-candle ini akan membentuk suatu pergerakan naik/turun berdasarkan bilangan bull(buyers) dan bear(sellers).

Perhatikan dua timeframe berikut, 1 weekly dan 1 lagi H4. Jika anda mengikuti sahaja signal pada timeframe yang lebih besar kan lebih bagus?

USDJPYWeekly
USDJPY TF Weekly – Closed sebagai bearish engulfing pada minggu sebelumnya dan diikuti pada minggu berikutnya(sebelum candle bullish minggu ini).

 

USDJPYH4
USDJPY TF H4 – Apabila trend sudah bergerak turun di timeframe yang lebih besar, adakah timeframe yang lebih rendah akan naik? – semua price akan turun sekali!

 

#2. Membuat pengiraan nilai SL/RISK dan REWARD/TP anda. Pastikan minima 1:1 ratio atau 1:2 ratio

Penting dalam menentukan risk reward sebelum anda menekan butang buy/sell anda. Kenapa? Jika anda seorang yang sayangkan modal anda, sudah pasti anda akan mengambil-kira risiko apa yang akan berlaku jika gagal dan apa yang perlu dibuat-sudah tentulah cutloss. Akan tetapi seberapa besar anda akan rugi? Itu adalah bergantung sejauh-mana anda prihatin mengenai risk reward ratio anda!

USDJPYH4TP
Contoh risk reward ratio pada pair USDJPY. 1:1 ratio sebagai TP 1, dan 1:2 ratio sebagai TP 2.

Anda mahukan trading yang sentiasa untung mengatasi rugi? anda wajib ambil tahu berapa risiko anda. Seterusnya darabkan dengan dua, itulah TP anda.

#3. Menggunakan lot trade minimum atau low risk untuk trade tersebut

Mengapa seseorang trader itu lebih akaun tradingnya naik tinggi dan bagaimana akaun tersebut juga akan margin call dalam masa yang singkat? Itulah disebabkan high risk, high return. Cepat datang, maka cepat juga perginya. Ini kerana trading tersebut sudah bukan lagi berdasarkan risk ratio. tetapi adalah kerana fear and greed!

rtc
Cepat wang datang, cepat juga ia ‘pergi.’

 

Mahu sesuatu open trade itu kekal lama dan tak menganggu fikiran anda?, gunakanlah size volume kecil/low risk. Ada sesetengah trader membuka lot besar kemudian apabila price bergerak bertentangan dari arah yang di trade, maka trader itu segera cutloss. Akan tetapi tidak lama selepas itu trend kembali mengikuti arah asal yang telah ditrade itu. Open trade yang lama di sini bukanlah sama sekali berkaitan dengan open trade, kemudian menaruh harapan untuk trend bergerak mengikuti trade tersebut ya.

#4. Mengutamakan penggunaan Stoploss sebagai BREAKEVEN

Penggunaan stoploss(SL) juga akan mempengaruhi sesuatu open trade itu akan berada lama atau sekejap. Tight SL(SL kecil) boleh membuatkan trade itu lebih cepat stopout. Akan tetapi SL yang lebih besar pula akan menyebabkan kerugian besar jika trading anda berada di arah yang salah. Membuat analisis pada TF yang lebih besar membantu anda kenal-pasti overall trend yang lebih tepat dan seterusnya anda boleh tentukan SL yang bersesuaian dengan trend tersebut berdasarkan entry trigger anda. Trend yang lebih tepat ini tidak akan secara kerap memberikan signal entry, maka penggunaan SL yang efektif dapat dilakukan disini tanpa mengurangkan amaun loss besar pada akaun anda.

wetalktrade-Stoploss

Bagaimana untuk sesuatu trade boleh swing lebih lama tanpa perlu risau risiko besar atau kecil? Gunakanlah kaedah breakeven! Breakeven ini adalah dengan mengubah SL di paras positif. Contoh trade breakeven adalah seperti di bawah;

NZDUSDfDaily-fibo
Breakeven – SL di atas entry price

Penggunaan SL dan MM yang betul membolehkan anda tak perlu menganggu trade anda. Umumnya sesetengah trader yang sudah frust menghadapi kerugian sering berada dalam ketakutan dan tertanya-tanya adakah trade yang dibuat itu betul atau salah. Jika anda sudah letakkan SL, maka anda tidak perlu lagi risaukan trade tersebut.

#5. Jangan entry jika tiada setup/signal – Entry bila perlu sahaja

Perlukah trade setiap hari setiap masa dan setiap saat? Jawapannya sudah tentu tidak. Ini adalah kerana market ini walaupun didagangkan 24jam 5 hari, ia tak bermakna ia akan trending sepanjang masa. Oleh kerana itulah wujudnya 3 jenis market iaitu uptrend, downtrend dan ranging. Ranging market ini adalah ‘musuh utama’ bagi trader yang trading pada trending market. Anda boleh buat perbandingan pada TF D1, dengan TF yang lebih kecil. Anda akan dapati kesimpulan dalam sehari itu dapat dikenal-pasti berdasarkan pattern candle pada TF D1 tersebut. Anda pasti akan merasakan lebih bagus jangan trade dari terperangkap dalam sideways/ranging market.

TIPS
Trade pada waktu yang perlu sahaja dan entry pada lot yang sesuai dengan kawalan risk dan money management yang betul akan meningkatkan profitability trading anda untuk jangka panjang dan sudah tentu apabila anda trade pada setup yang high profitability ini, anda akan perolehi swing trade yang berkualiti, low risk dan open trade yang lebih lama -ya sudah tentu profit yang lebih banyak!

Ingat, matlamat anda apabila membuka sesuatu posisi trade itu, ia adalah mensasarkan matlamat maksimum profit dan anda tidak perlu lagi ‘usik’ trade tersebut. Oleh itu trade-lah pada waktu yang betul-betul jelas entry dan exit anda dan gunakanlah timeframe yang lebih besar untuk mendapatkan signal entry tersebut.

Sekian dulu sampai di sini. Hingga berjumpa pada artikel yang berikutnya.

Trade dengan bijak dan semoga menjadi trader yang berjaya!

>>>>> Lihat tawaran OTO sini <<<<<

Jangan lupa kongsikan artikel ini!

ADMIN

Comments