BULL AND BEAR POWER INDICATOR

BULL AND BEAR POWER INDICATOR

  • Setup indikator

  • Trading menggunakan bull dan bear powers

Indikator ini diasaskan dan dicipta oleh Dr.Alexander Elder berfungsi untuk mengukur kekuatan pembeli(a.k.a Bull) dan penjual(a.k.a Bear) dalam pasaran.

Dalam satu-satu keadaan trending yang kuat sebagai contoh uptrend, bull powers secara normalnya  adalah positif, kemudian bear powers adalah negatif. Apabila berlaku pertukaran trend, iaitu kepada downtrend, ini bermakna bull powers akan bertukar kepada negatif dan bear powers pula akan bertukar kepada positif.

Masukkan indikator pada chart

Anda boleh masukkan indikator ini melalui navigator > Oscillator. Warna asal adalah silver dan anda boleh tukarkan warna tersebut pada setting indikator.

Chart anda akan kelihatan seperti berikut;

SYSTEM LENGKAP

Secara keseluruhan trading system ini adalah ia melibat satu moving average untuk melihat pergerakan trend pasaran kemudian kedua-dua indikator ini akan berperanan sebagai confirmation kepada trend tersebut. Berikut setting Moving Average tersebut;

EMA 13 akan berfungsi untuk panduan melihat trend pasaran dan dua histogram di bawah iaitu Bull dan Bear powers akan berperanan sebagai confirmation. Penerangan mengenainya akan dijelaskan lebih lanjut di bawah.

Trading menggunakan Bull dan Bear powers indicators

Peraturan trading adalah ringkas dan mudah difahami.

EMA akan menjadi panduan arah pasaran kemudian anda hanya akan dibenarkan trade berdasarkan satu arah sahaja seperti mana arah pasaran itu dengan syarat histogram juga adalah berada dalam arah yang sama.

Bulls dan Bear powers akan membantu anda entry exit trade anda. Untuk Intraday, anda boleh gunakan timeframe H1 untuk analisa anda.

ENTRY TRADE

Buy trade:

Peraturan Buy trade adalah berikut;

Penerangan :

Candlestick berada di atas EMA 13. Bull powers berada di atas 0.00 kemudian diikuti Bear powers juga berada di atas 0.00.

Sell trade:

Peraturan Sell trade adalah berikut;

Penerangan :

Candlestick bearish closed di bawah EMA 13. Bear powers closed di bawah 0.00. Bull power juga closed di bawah 0.00.

Exit trade

Exit trade boleh ditentukan dengan dua cara berikut;

  1. Risk reward ratio
  2. Exit berdasarkan signal berlawanan arah

Risk Reward Ratio

Exit trade anda ditentukan berdasarkan berapa nilai stoploss anda kemudian ia akan didarab 1x ataupun 2x.

  • Contoh Stoploss 30 pips, maka TP anda 30 pips.
  • Jika anda mahu 2x TP berbanding SL, maka nilai TP adalah 2x SL anda iaitu jika SL anda 30 pips, maka TP anda 60 pips.

Exit berdasarkan signal berlawanan arah

Anda entry pada sell signal, anda boleh exit pada buy signal. Ia adalah sama dengan konsep mengikuti arah trend sepenuhnya iaitu buy uptrend dan sell downtrend.

Breakeven

Breakeven atau mengubah SL pada entry price adalah wajib bagi yang pentingkan kawalan risiko terhadap trading dan mahukan bebas tanpa risiko bagi setiap trade yang dibuat.

Anda boleh breakeven apabila trade anda sudah profit lebih 50 pips jika anda trade bukan cara risk ratio.

Kesimpulan

Seperti yang telah dibincangkan dari awal artikel ini, indikator ini adalah salah-satu cara untuk kenal-pasti kekuatan trend melalui cara lain selain kaedah popular seperti menggunakan MACD, RSI ataupun Bollinger band.

Bagi yang trading menggunakan smartphone, ini antara kaedah yang anda boleh cuba.

Promosi membership bulan ini 60% diskaun – Klik untuk join

ADMIN
21/03/18

Comments