MACD + EMA sebagai panduan trading intraday dan swing

Hai traders!

Hari ni saya nak kongsikan kepada follower dan pembaca blog pullback mengenai strategy intraday MA dan MACD. Ia sangat sesuai bagi mereka yang mahu trade part time kerana sibuk dengan urusan kerja harian. Ramai yang bertanyakan sebelum ini apakah teknik manual trade terbaik untuk trading bagi mereka yang tak punyai banyak masa untuk melihat pc/smartphone? Jadi teknik ini khas untuk anda.

Tanpa lengahkan masa mari kita pergi kepada basic teknik.

TAPI sebelum tu bagi yang masih baru dalam trading ni berikut tutorial ringkas macamna nak insert indicator.

INSERT INDICATOR

MA

ma21

 

macd

 

TUKAR BACKGROUND

bnw

Untuk background bolehlah tukar ikut warna yang anda suka atau pilih sahaja black on white atau, kekal pada setting asal iaitu green on black.

Asas #1.

Moving average 21

Kegunaan MA ini adalah untuk kenal-pasti trend dan juga kenal-pasti entry setup.

mula turun

 

mula naik

 

MACD

MACD yang digunakan adalah standard setting. Digunakan untuk confirmation perubahan trend. CTH Jika uptrend, price mestilah di atas EMA dan MACD di atas 0.00

macd

 

Confirmation perubahan downtrend adalah apabila MACD di bawah paras 0.00 dan price juga berada di bawah EMA21. Hal yang sama juga untuk uptrend iaitu price dan macd mesti selari.

Asas #2.

Support dan Resistance

Entry dan Exit point akan berpandukan kepada SnR ini. Sell pada resistance dan buy pada support. Selain itu, exit trade juga boleh diringkaskan kepada exit buy di resistance atau, exit sell di support.

snr

 

Asas #3.

Candlestick pattern

Candlestick yang boleh digunakan adalah rejection candle seperti hammer, pin bar, shooting star

Baca : http://pullbackforextrading.com/pin-bar-trading-signal/

pinbar1
credit priceaction.com
credit : priceaction.com
credit : priceaction.com

*candle lain juga boleh digunakan tertakluk pada keadaan. contoh candle lain seperti doji, evening/morning star, spinning tops/bottom dan lain-lain.

 

TIMEFRAME

Sesuai digunakan pada timeframe H4 dan D1. Namun paling digalakkan pada D1 kerana H4 agak tricky jika berada dalam trend sideways dan kerap kali terkena dengan false signal.

STOPLOSS DAN REWARD RATIO

Trade adalah berdasarkan 1:1 ratio iaitu nilai SL adalah sama dengan TP. SL diletakkan di hujung candle signal.

Cadangan artikel : http://pullbackforextrading.com/5-teknik-stoploss/

USDCAD.Daily

Cth sell trade – Price berada di bawah EMA21, trend adalah downtrend dan MACD juga di bawah paras 0.00, ini petanda kuat untuk turun. Entry dikenal-pasti apabila pin bar terbentuk. Risk reward ratio adalah 1:1 di mana SL adalah sama dengan TP. SL 170 pips maka TP adalah 170 pips.

USDCAD.Daily11

Cth buy trade – Price berada di atas EMA21 dan MACD juga di atas paras 0.00. Signal rejection terbentuk di SnR membawa kepada buy signal. SL dihujung candle dan entry di atas candle pin bar. Total SL adalah 105 pips, maka TP juga adalah 105 pips.

Money management

Gunakan maksima 10% dari modal anda. Jika modal 1,000 usd, maka 10% adalah 100usd, jika modal anda 100 usd, maka 10% adalah 10usd. Risk 10% ini pula akan di bahagikan kepada berberapa trade bergantung kepada total open trade yang dibuka dan juga bilangan pair yang anda trade. Jika cthnya anda trade 5 pair iaitu EURUSD, GBPUSD, AUDUSD, NZDUSD, USDJPY DAN GBPJPY, maka 10% tadi di bahagikan kepada 5 pair iaitu 2% bagi setiap pair/trade.

Untuk pastikan loss atau profit tersebut hanya hit tepat 2% pula, anda perlu sesuaikan dengan SL trade setup anda dan kemungkinan besar juga akan ada sesetengah trade yang akan anda abaikan kerana mungkin nilai SL terlalu besar dan agak lari sikit dari bajet loss anda. Ok berbalik kepada contoh risk 2% tadi, katalah anda trade 5 pair, maka jika SL setiap pair adalah 100pips, maka jika darab 5, ia bersamaan 500pips. Untuk hit 2%, katalah modal anda adalah 100usd, maka 10% adalah 10usd. Jika bahagi kepada 5 trade maka setiap trade adalah bernilai $2. Setiap trade mestilah gain atau loss cuma 2$ sahaja dan tidak akan lebih dari itu. Jika lebih maka anda telah langgar rule MM anda!

Jika hendak loss $2 sahaja, maka jika SL anda 100pips, anda perlu trade volume 0.02(pastikan ia bernilai 2sen), kerana jika 0.02 ini hit 100pips, ia adalah bersamaan 2$! Maka jika loss/gain anda adalah 100pips juga, total semuanya adalah 10$ iaitu 10% dari 100usd tadi.

Trading plan

Pastikan anda membuat trading plan anda sebelum memulakan trade.  Memandangkan trade adalah berdasarkan TF D1, maka anda hanya perlu buka chart pada keesokannya dan trade berdasarkan signal candle yang terbentuk hari sebelumnya.

Terima kasih!

Terima kasih saya ucapkan bagi anda yang membaca dari awal sampai akhir. Saya kongsikan sedikit dan selebihnya biarlah anda kembangkan ilmu ini. Pastikan buat backtest yer..

Sekian dulu dari saya.

22/08/17
admin

Comments