PERALATAN MELOMBONG BITCOIN DICURI – RM600K HANGUS SEKELIP MATA

PERALATAN MELOMBONG BITCOIN DICURI – RM600K HANGUS SEKELIP MATA

  • Komputer dan peralatan melombong bitcoin bernilai RM600K dicuri dari tingkat tiga kedai aksesori kereta

  • 40 unit mesin melombong Antminer S9 bitcoin dan PSU-Bitman power supply block dicuri

PETALING JAYA. JAN 25 – Peralatan melombong bitcoin bernilai RM600K telah dicuri di sebuah kedai aksesori kereta yang baharu sahaja dua hari dibuka di situ.

Lebih 40 unit alatan melombong bitcoin jenis Antminer S9 Bitcoin Mining Machine dan PSU-Bitman power supply block dicuri di kedai  berkenaan yang terletak di Puncak Jalil, Serdang, dipercayai dari tengah malam hingga jam 9 pagi.

Menurut Ketua Penolong Pesuruhjaya Polis, Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, penyiasat forensik menemui 22 cap jari dari tempat kejadian.

Hasil rakaman litar tertutup(CCTV) menunjukkan empat individu tidak dikenali melakukan jenayah berkenaan.

Pemilik memberitahu polis apabila menyedari kehilangan peralatan berkenaan di tingkat tiga, kedai berkenaan yang juga merupakan milik kepada rakan peniaga kedai aksesori berkenaan.



Mega Mohamad Aminuddin berkata polis menyiasat perkara berkenaan di bawah seksyen 457 kerana menceroboh dan mencuri.

-admin-

Comments