2 KAEDAH ENTRY BREAKOUT INI WAJIB ANDA TAHU WALAUPUN ANDA MERASAKAN IA TIDAK PERLU
2 KAEDAH ENTRY BREAKOUT INI WAJIB ANDA PELAJARI WALAUPUN ANDA MERASAKAN IA TIDAK PERLU
-
Candlestick, timeframe dan kaitan dengan trend
-
Candlestick breakout dan false breakout
-
Dua kaedah entry breakout didedahkan
Breakout adalah antara teknik yang wajib dipelajari samada trader itu baru atau lama. Terdapat banyak kaedah breakout ini seperti SNR breakout, Candle break, Trendline breakout, London breakout dan lain-lain namun hari ini saya akan kongsikan dua asas breakout yang paling simple anda boleh pelajari dan gunakannya serta-merta ke dalam trading anda.
Sebelum itu wajib untuk anda ketahui mengenai asas candlestick iaitu Open High Low dan Close. Singkatannya adalah OCHL.
Candlestick adalah mewakili harga dalam sesuatu keadaan pasaran. Open mewakili harga bukaan pada waktu itu. Shadow pula mewakili harga tertinggi dan terendah pada waktu itu dan closing pula mewakili harga terakhir pada waktu itu.
Candlestick, timeframe dan kaitan dengan trend
Candlestick wajib dikaitkan dengan timeframe, sebagai contoh, Monthly, Weekly dan Daily, ini bermaksud satu candle yang closed adalah mewakili monthly, weekly dan daily itu juga. Satu candle Weekly bermaksud satu candle pada minggu tersebut dan jika dikaitkan dengan asas candlestick, ia bermaksud harga yang dibuka(open), tertinggi(high), terendah(low) dan harga tutup(close) pada minggu itu.
Baca : Rahsia Timeframe
Perhatikan candle yang ditandakan. Candle tersebut closed lebih rendah berbanding candle sebelumnya, petanda bahawa price dalam keadaan downtrend kerana berlakunya low baru(new low). Kesimpulan di sini adalah, jika minggu lepas ada new low(rujuk gambar), maka trend adalah downtrend.
Jika tidak berlakunya new low(downtrend) atau new high(uptrend), maka trend adalah dalam sideways. Ini tertakluk pada semua timeframe.
Lihat contoh di atas pada pair USDCAD yang tiada new high dan new low dalam 10 minggu(kerana terdapatnya 10 candle weekly). Trend juga secara tidak langsung bergerak dalam sideways.
Okey saya andaikan anda sudah faham mengenai asas pembentukkan candlestick dan berikut saya berikan contoh candlestick, breakout dan false breakout.
Candlestick, breakout dan false break
Apabila price melepasi sesuatu High atau Low atau, Support Resistance(SNR) kemudian closed luar dari SNR mahupun lebih tinggi atau lebih rendah berbanding candle sebelumnya, ia dipanggil sebagai breakout.
Jika closed lebih tinggi berbanding harga sebelumnya ia adalah petanda uptrend. Jika closed lebih rendah berbanding harga sebelumnya, itu adalah petanda bakal downtrend.
Breakout
False breakout/False break
False break adalah situasi di mana candle cuba untuk melepasi candle sebelumnya namun gagal. Ia biasanya berakhir dengan shadow panjang dan closing body candle yang tidak melepasi candle sebelumnya.
Biasanya ia adalah petanda kepada reversal trend. Antara candle yang popular adalah pin bar dan fakey bar.
Baca : Pin Bar
Untuk confirmkan candlestick pattern ini, wajib tunggu ia siap dahulu barulah tentukan buy atau sell. Jika anda melihat pada candle daily, maka tunggu esoknya untuk tentukan apakah trade yang akan dibuat.
Dua kaedah entry breakout didedahkan.
1). Entry pada closing candle
Apabila candle close dan melepasi candle sebelumnya, ada akan open trade berdasarkan trend pada waktu tersebut.
2). Entry pada Retest candle selepas breakout
Setelah closed sebagai breakout candle, anda akan entry apabila price retest semula shadow ataupun body candle sebelumnya. Ini dikenali sebagai retest candle.
Entry closing candle atau retest?
Berdasarkan pengalaman saya, agak sukar untuk tentukan adakah candle akan terus trending menaik atau menurun ataupun akan retest. Oleh itu anda mempunyai 4 pilihan;
- Entry instant pada candle berikutnya setelah close candle
- Biarkan price gerak dan hanya akan entry jika retest berlaku
- Pilih satu sahaja, setkan SL dan abaikan jika tidak berlaku ikut pilihan
- Jadikan candle breakout sebagai kenalpasti trend, Entry ikut candle confirmation di timeframe lebih rendah
1). Entry instant
Anda boleh entry instant ikut mana-mana timeframe yang anda mahu gunakan samada dri H1, H4 mahupun Daily. Weekly dan Monthly agak tidak realistik kerana anda perlu tunggu hingga 1 minggu dan 1 bulan barulah boleh tentukan apakah entry anda.
Saya berikan contoh Daily chart di mana anda akan entry esoknya berdasarkan trend hari ini. Ini bermakna anda tunggu 24jam untuk tentukan entry. Jika anda mahu lebih cepat, anda boleh gunakan H1 ataupun H4. Ini bermakna anda tunggu ikut jam atau 4 jam untuk tentukan entry.
Pair audusd berterusan downtrend bermula dari signal bearish engulfing yang saya tandakan sebagai permulaan sell(start sell) kerana di situ adalah permulaan breakout. Ia berterusan hingga 4 hari berikutnya. Ini bermakna anda sell pada hari berikutnya hanya melihat candle hari sebelumnya.
2). Entry Retest
Anda melihat candle semalam adalah breakout. Oleh itu anda mahu entry pada harga lower untuk buy ataupun higher untuk sell. Untuk dapatkan entry ini, anda perlu lihat point SBR ataupun RBS.
*SBR : Support become Resistance
*RBS : Resistance become Support
Apabila price sentuh area SBR/RBS ini anda akan membuka entry point anda.
Perhatikan price retest SBR terdekat, ini adalah peluang sell anda.
3). Pilih satu dari entry breakout dan entry retest ini, setkan SL/TP dan tinggalkan trade
Bagi anda yang tidak punyai masa di hadapan pc kerana mempunyai kerja harian mahupun komitmen lain, anda boleh trade secara part time. Anda boleh gunakan timeframe Daily sebagai rujukan, buat marking line dan setkan pending order anda. Cara begini lebih mengutamakan risk reward control dengan kawalan money management yang baik. Ia adalah sangat digalakkan.
BACA : Trade part time tapi profit bagaikan fulltime
4). Jadikan candle breakout sebagai trend dan entry di timeframe lebih rendah/kecil
Cara ini adalah multi-timeframe trading di mana trend akan dikenal-pasti dari timeframe lebih besar kemudian entry dibuat pada timeframe kecil. SL/TP juga ditentukan melalui timeframe kecil ini
Anda boleh gunakan timeframe Daily atau Weekly sebagai rujukan trend dan entry pada timeframe lebih rendah seperti H4 ataupun H1. Lower timeframe M30 ke bawah tidak digalakkan.
Entry multi-timeframe terkenal sebagai kaedah paling baik untuk dapatkan buy low dan sell high. Juga melalui cara ini trader boleh tahu bilakah waktunya untuk entry ataupun no entry.
Akhir kata
Dah panjang-panjang saya tuliskan untuk pembaca sekalian, saya harap anda bolehlah buat kajian dan ulangkaji sekarang. Untuk pengetahuan pembaca blog saya, kaedah ini sudah sekian lama saya gunakan dan masih berkesan hingga hari ini.
Saya juga ajarkan lebih lanjut kaedah ini di dalam ruang membership di bahagian nota. Anda juga boleh tonton dalam bentuk video untuk penerangan lebih terperinci beserta contoh live trade.
KLIK SINI UNTUK JOIN MEMBER!
Jangan lupa sebarkan artikel ini agar lebih ramai mendapat manfaat!
Sekian.
Admin
27/12/17