5 INDIKATOR POPULAR UNTUK CONFIRMKAN SESUATU TREND REVERSAL PADA SNR
Indikator memainkan peranan penting dalam memberikan confirmation untuk sesuatu trade setup. Walaubagaimanapun disebabkan ia agak ‘lagging’, maka indikator hanyalah untuk panduan atau pandangan kedua dan bukannya segala-galanya dalam sesuatu trading.
Memadailah untuk melihat indikator sebagai pandangan kedua tentang apa yang mungkin berlaku dalam chart berbanding mengambilnya secara bulat-bulat untuk hala-tuju perdagangan jangka panjang anda.
Bagaimana ia berfungsi
Anda akan mengambil signal entry berdasarkan reversal signal buy dan sell yang akan terbentuk oleh indikator teknikal ini. Akan tetapi untuk entry tersebut, ia wajiblah selari dengan peraturan fakta SNR terlebih dahulu.
Cth: SBR, RBS, Buy di support dan Sell di resistance. Indikator akan bertindak sebagai confirmation.
Berikut 5 indikator yang saya cadangkan untuk anda gunakan sebagai panduan untuk confirmkan sesuatu reversal trend yang mungkin akan berlaku di SNR. Tips-tips penting juga saya sisipkan bersama setiap perenggan. Pastikan anda mencatatkan nota anda ya. 🙂
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
INDIKATOR #1 – MACD
Indikator ini berada di pilihan no.1 kerana ia mempunyai kebolehan untuk melihat potensi reversal trend berdasarkan overbought dan oversold. Bacaan oversold terbentuk apabila berlaku persilangan antara bar dan SMA9 di zon positif dan negatif pada MACD Oscillator.
Cara melihat signal –
- MACD Crossover di atas sifar ataupun di bawahnya
- Candle bearish untuk signal sell
- Candle bullish untuk signal buy
Tips: Perhatikan bar MACD, jika sudah agak besar saiz barnya, maka ada potensi penghujung trend sedang berlaku.
INDIKATOR #2 – STOCHASTIC
Indikator ini lebih mudah difahami kerana anda hanya perlu melihat level 20 dan 80 sahaja. Apabila berlakunya persilangan di kawasan ini, maka reversal akan berlaku pada chart.
Tips: Apa yang anda perlu buat adalah, perhatikan trend dan di mana area-area berpotensi untuk reversal. Untuk uptrend sebagai contohnya, perhatikan pattern seperti double bottom ataupun retest dan reject yang munkin akan berlaku di sesuatu Support atau RBS area.
Langkah terakhir adalah perhatikan jika oscillator juga sudah oversold sebagai signal kepada buying. Jika Stoch memberikan signal kemudian dalam masa yang sama candle bullish juga terbentuk, maka entry buy akan di buat. Last swing low akan menjadi Stoploss manakala high terdekat akan menjadi TP.
Trading menggunakan stoch adalah mudah dan straight forward -tak perlu rule yang susah-susah ataupun rumit. Anda juga tak semestinya hafal semua candlestick pattern. Hanya perlu tunggu candle bearish selari dengan signal sell sahaja, maka anda sudah boleh entry. Seperti biasa, last swing high menjadi stoploss manakala Support terdekat menjadi area TP anda.
INDIKATOR #3 – RELATIVE STRENGHT INDEX(RSI)
Indikator ini hampir serupa dengan Stochastic Oscillator namun bezanya adalah kekerapan signal yang diberikan. Berbeza dengan stoch, ia akan kerap memberikan signal. RSI pula hanya akan berikan signal dalam keadaan tertentu yang saya fikir sebagai agak extreme.
Ia mempunyai dua bacaan, iaitu oversold dan overbought pada level 30 dan 70.
Dalam gambar di atas – bacaan oversold terbentuk pada support level dengan confirmation entry apabila RSI bersilang semula atas 30 dengan candle bullish terbentuk. Ini memberikan signal untuk entry buy.
Tips: RSI juga sesuai digunakan untuk melihat potensi penghujung sesuatu retracement dalam sesuatu uptrend dan downtrend. Hanya perlu pastikan ia sudah betul-betul bottom atau tidak sahaja.
INDIKATOR #4 – BOLLINGER BANDS
Indikator yang dibangunkan oleh John Bollinger ini masih popular walaupun sudah berdekad berlalu. Ia terkenal untuk mengukur volatiliti dalam sesuatu pasaran. Dalam masa yang sama juga ia memberikan signal overbought dan oversold pada chart. Ia berbeza dengan indikator oscillator seperti NACD, Stoch dan RSI kerana indikator di paparkan pada chart anda.
Tips: cara saya menggunakan indikator ini adalah mencari market yang tengah aktif melalui pattern widen bands, kemudian trade reversal apabila ia mengucup semula. Tepatnya apabila ia mengena pada SNR.
Buy signal terbentuk apabila candle pin bar terbentuk tepatnya di support level selepas pengembangan(widen) upper dan lower bands. Ini adalah petanda bahawa trend bearish bakal berakhir dan reversal akan terbentuk di support level.
Seller dikira hilang momentum apabila bands menguncup semula.
Widen bands berlaku dan dalam masa yang sama trend bullish ataupun uptrend. Kemudian ia bergerak sideways setelah sampai ke resistance terdekat. Bands kembali menguncup semula menandakan buyers sudah hilang momentum. Trend akhirnya berubah arah ataupun reversal menjadi sell.
INDIKATOR #5 – OSMA
Indikator ini saya sangat suka gunakan ketikan dalam uptrending dan juga downtrending di mana saya mencari confirmation untuk continuation uptrend dan downtrend berdasarkan perbezaan oscillator dan juga price action semasa.
Tips: Candlestick akan membentuk seakan false break yang sebenarnya adalah divergence antara price pattern dan oscillator. False break itu akan menyentuh SBR atau RBS lepas.
Terdapat berberapa poin yang anda perlu bagi perhatian;
- False break – ia mungkin bukan signal sell jika dalam uptrend. Semak OSMA andaikata ia membentuk signal sebaliknya.
- Perhatikan SNR dan divergence. Mungkin saja ia adalah signal continuation trend.
Indikator OSMA sangat membantu untuk mengenal-pasti potensi serta peluang untuk mengikuti sesuatu trend.
OSMA boleh membantu memberi confirmation entry sesuai sesuatu arah trend tersebut. Bagi trader yang selalu ‘tertipu’ dengan false trend ataupun false trend structure di mana reversal permulaan trend kelihatan seakan sudah terbentuk namun jika OSMA membentuk divergence, boleh jadi signal reversal itu false.
AKHIR KATA
Trading SNR adalah penting terutamanya bagi trend following trader. Namun dalam keadaan tertentu adakalanya untuk mengikuti sesuatu trend itu adakalanya ia berakhir dengan trade berlawan arah trend tersebut. Di sinilah peranan indikator teknikal untuk memberikan pandangan kedua tentang apa yang berlaku dalam pasaran.
Trader bukan sahaja lebih yakin tentang sesuatu entry bahkan boleh membantu elakkan entry pada false trend structure.