PAPARAN TREND MULTI TIMEFRAME DALAM SATU TIMEFRAME
Membuka-buka timeframe yang banyak dan pelbagai adakalanya agak leceh dan memeningkan kepala. Kini dengan custom indikator multi-timeframe, anda boleh lihat pergerakan pelbagai trend untuk satu jenis matawang VS matawang lainnya di dalam satu chart sahaja.
Melihat pergerakan pair yang pelbagai di dalam satu chart sahaja akan memudahkan anda malah chart anda juga lebih kemas tanpa serabut dengan pelbagai chart.
Buka chart yang perlu sahaja.
Muat-turun percuma
Sila download dahulu indikator di bawah;
Dapatkan extractor di sini atau sila ke website asal untuk muat-turun. https://www.7-zip.org/
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
PEMASANGAN INDIKATOR
- Sila download, extract dan copy file.
- Buka MT4 anda dan sila ke open data folder.
- Cari folder MQL4 kemudian sila buka folder Indicators.
- Paste file indikator ke dalam folder tersebut.
- Tutup dan buka semula MT4 anda.
- Load indikator pada chart.
- Ubah setting ikut kesesuaian anda.
Selesai!
INDIKATOR
Pada bahagian inputs terdapat berberapa ciri-ciri penting indikator ini.
- Untuk uptrend, warna hijau.
- Untuk downtrend, warna merah.
- Untuk neutral atau sideways(doji), warna adalah kuning.
- Time pula adalah tempoh masa untuk lengkap sesuatu candle mengikut timeframe.
- Symbol – anda boleh letakkan sebanyak 20 simbol matawang samada untuk lihat positif atau negatif colleration antara matawang tersebut.
Di atas adalah kumpulan matawang AUD di mana saya letakkan matawang berkait AUD untuk lihat kekuatan matawang ini(positif colleration). Jika kesemua AUDxxx hijau saya akan buy AUDUSD ataupun pair-pair aud yang lain.
Kita lihat pula untuk matawang lain iaitu untuk EUR pula.
Matawang USDCHF adalah untuk lihat kekuatan USD kerana kenaikan EURUSD adalah kejatuhan untuk matawang USDCHF. Ia mempunyai negatif colleration dan bergerak berlawan arah. Oleh itu jika EURUSD hijau, USDCHF pasti merah.
Matawang EUR lain pula adalah positif colleration. Jika majoriti pair EUR hijau dan USDCHF merah, saya akan buy EURUSD begitu juga sebaliknya.
Berdasarkan data di atas, majoriti EUR adalah hijau di timeframe M15 manakala USDCHF pula merah. Ini memberikan petunjuk bahawa EURUSD sedang bullish di M15.
Warna hijau dan merah akan cepat berubah-ubah di timeframe yang kecil. Oleh itu jika mahu scalp, anda boleh ikuti timeframe kecil ini. Scalping trade adalah untuk 10 ke 20 pips per-entry sahaja.
HIGHER TIMEFRAME DAN TIPS
Warna merah pada timeframe yang lebih besar bermula dari H4 hinggalah Monthly adalah petunjuk untuk trend keseluruhan untuk pair matawang itu. Jika merah, bermakna ia adalah dalam downtrend.
Jika mahu trade matawang tersebut, anda perlu masukkan matawang yang berkaitan. Contoh di atas, EURAUD. Berdasarkan data, ia berwarna merah di H4 hinggalah Monthly. Oleh itu untuk pair ini entry yang sesuai adalah sell. Bermakna AUD kuat berbanding EUR.
Dalam situasi ini anda boleh buy AUDUSD dan sell EURAUD.
Berdasarkan indikator, 3 matawang AUD yang terkuat adalah AUDUSD, AUDJPY dan AUDCAD. Manakala EURAUD pula adalah lemah.
Kekuatan dikira dari keseluruhan warna hijau dari 1 minit hingga Monthly untuk pair AUD. Manakala EURAUD pula adalah merah pada TF D1. Jika lihat pada chart teknikal juga agak logik kerana price membuat pullback di bawah SBR area untuk EURAUD.
Untuk AUDUSD dan AUDJPY pula kedua-duanya trending dengan begitu baik sekali.
TIPS
Seperti biasa, tidak bolehlah trade melulu hanya sebab adanya merah dan hijau. Sebaliknya buatlah filter dan berbandingan iaitu melalui analisa SNR dan juga price action semasa. Fokus pada permulaan dan pertengahan trend sahaja selagi tidak mengenai major SNR.
Anda boleh ke halaman ini untuk belajar analisa teknikal advance percuma.
AKHIR KATA
Sekian dahulu artikel kali ini.
Jika anda merasakan ia bermanfaat, silakan kongsi dengan rakan anda.
Terima kasih.
ADMIN
19/10/21