GOLD SEPTEMBER DI HARGA MURAH UNTUK BUY LOW – USDJPY BAKAL NAIK LAGI?
Hi semua pembaca setia blog pullback. Hari ini sudah masuk hari ke-6 dalam bulan September tahun ini. Bermakna kita ada lagi baki 3 bulan untuk tahun 2022 ini. Pada bulan september ini juga kita dapat melihat trend menurun untuk majoriti matawang kripto dan tak kurang juga untuk pair komoditi emas atau nama lainnya, XAUUSD.
USDJPY pula masih menaik lagi dan ia sudah tentu sebenarnya bakal menjadi petunjuk utama arah xauusd untuk bulan ini walaupun nampak waktu terbaik untuk buy gold bulan ini.
Untuk memahami pergerakan arah berdasarkan dua pair ini, kita lihat dahulu pada timeframe Monthly.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Note: Kaedah analisa ini adalah multi-timeframe dan boleh dipelajari lebih lanjut di laman membership CSPRO pullback – daftar percuma di sini
XAUUSD MONTHLY
Candle terakhir bulan lepas berhenti dan ditutup atas paras 1700.00. Jika dilihat pada history lepas, ia merupakan area history yang penting kerana pernah gagal ditembusi pada tahun 2020 dan menjadi 2x support pada tahun 2021. Tahun ini kita menyaksikan ia diuji semula pada bulan september tahun ini iaitu tahun 2022.
Tahun ini juga kita menyaksikan harga 2,000.00 diuji dan gagal ditembusi. Harga 1900.00 juga ditembusi menandakan sentimen kuat bearish. Akan tetapi hinggalah ke 1700.00, trend berhenti.
Jika sejarah 2021 berulang semula, maka kenaikan patut berlaku pada bulan september ini.
Sebelum itu, ayuh lihat apa yang berlaku di Weekly dan Daily dahulu.
XAUUSD WEEKLY
Pada timeframe Weekly – candle terakhir minggu lepas – ditutup bearish dan seperti cs monthly, ia ditutup atas paras 1700.00 menandakan area ini adalah area support kuat dan menjadi area take profit seller bulan lepas dan selepas NFP minggu lepas.
Untuk downtrend, candle perlu break dan ditutup di bawah paras 1700.00 di Weekly dan Monthly.
Berdasarkan TF Monthly dan Weekly kita dapat simpulkan long term trend adalah bearish/downtrend. Jom lihat pula apa yang ada di Daily.
TIMEFRAME DAILY
CS daily ditutup bullish di atas 1700.00 selepas sesi jumaat, petanda profit taking berlaku dan mungkin akan berlanjutan lagi dalam masa jangka pendek ini. Dari TF D1 ini kita dapat lihat formasi double bottom terbentuk. Ini adalah signal petanda reversal trend jika valid.
Kita akan melihat kenaikan akan berlaku di H1, dan H4 dalam masa berberapa hari ini terutamanya jika new high dapat berlaku dalam 2-3 hari ini. New high adalah berdasarkan high cs jumaat lepas.
Area 1730.00 pula akan menjadi key resistance yang mungkin berlakunya selling jika gagal ditembusi.
STRATEGY
Untuk jangka pendek ini fokus utama saya adalah buy dip atau buy low. Strategi pilihan saya adalah seperti di artikel ini https://pullbackforextrading.com/mengenal-pasti-snr-kuat-dan-valid-menggunakan-ema/
Fokus utama adalah buy sahaja jika pullback atas EMA. Timeframe utama adalah M15, M30 dan H1.
Seterusnya yang menjadi fokus adalah USDJPY. Pair ini menunjukan peningkatan sejak berberapa bulan lepas.
USDJPY MONTHLY
CS terakhir bulan lepas telah ‘mematikan’ signal sell apabila ia breakout opening cs terdahulu. Ia membentuk rally based rally situation untuk pair trending ini. Tahun 2022 nampaknya adalah tahun untuk pair JPY atau YEN melemah sebagai usaha untuk ekonomi jepun mengukuh selepas dilanda pandemik covid-19.
Yen dijangka akan terus melemah menurut penganalisa. Oleh itu ada kemungkinan yen akan terus turun dan seterusnya USDJPY pula akan menaik.
AKAN TETAPI, Kenaikan UJ mungkin petanda kurang baik untuk kenaikan Gold. USD yang mengukuh adalah petanda Gold akan melemah.
USDJPY WEEKLY
Area RBS 139.354 nampaknya menjadi area terbaik untuk buy low jika ia retest di situ. CS terakhir bulan lepas telah breakout high bulan julai tahun ini dan seterusnya menjadi new monthly high.
Kita lihat pada TF D1 pula.
USDJPY DAILY
CS jumaat lepas ditutup sebagai signal sell apabila ia membentuk cs pinbar. Namun hari ini trend masih bersambung naik. Retest 139.354 mungkin akan berlaku pada hari esok, rabu ataupun khamis. Jika ia berlaku dan rejection terbentuk, ia akan mengukuhkan lagi kenaikan pair ini. Oleh itu buy boleh dibuat berdasarkan signal yang terbentuk di M15, H1 ataupun H4.
STRATEGY
Fokus utama adalah buy sahaja. Akan tetapi mungkin saya hanya jadikan pair UJ ini sebagai petunjuk arah untuk pair gold @ XAUUSD. Saya akan perhatikan jika UJ pullback atas 139.354 dan gold pula sudah mula menunjukan pattern sell, maka saya akan sell XAUUSD sahaja.
Untuk jangka pendek, fokus utama adalah buy sahaja. Untuk jangka panjang adalah sell tetapi sebaiknya jika D1 dan Weekly mestilah membentuk sell terlebih dahulu.
Pair gold sangat memberikan return tinggi berdasarkan range dan volatiliti yang tinggi.
PENAFIAN
Perkongsian ini hanya pendapat peribadi penulis dan bukannya nasihat pelaburan atau trade call.
ADMIN
06/09/22