TEKNIK RSI PALING PADU UNTUK NEWBIE | RUGI KALAU TAK TAHU
Antara masalah utama trader baru adalah mencari right entry dan right exit. Dalam teknik yang bakal didedahkan ini anda akan pelajari panduan tepat untuk mencari entry dan exit market serta paling penting adalah bagaimana untuk apply money management dalam satu masa.
Teknik ini adalah teknik scalping. Oleh itu jika anda newbie dalam scalping, kaedah ini boleh anda gunakan walaupun anda tidak mempunyai pengetahuan yang banyak dalam trading. Apa yang perlu adalah anda hanya perlu ikuti sahaja SOP teknik yang bakal saya tuliskan di bawah ini.
Saya suka gunakan teknik scalping RSI ini suatu masa dulu untuk cari profit-profit kecil dan menggandakan akaun-akaun kecil. Sambil-sambil tu bolehlah buat withdraw untuk lepak kedai kopi bersama member-member trader.
Support kami dengan menyertai telegram kami untuk promosi terkini dan update terbaru dari kami secara terus ke smartphone anda!
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Teknik ini menggunakan indikator dan setting khas. Oleh itu sediakan pen dan nota anda untuk menyalin strategi ini dan jadikan panduan anda. Anda juga boleh print terus dan jadikan sebuah buku rujukan anda.
INDIKATOR
Anda akan menggunakan dua jenis indikator iaitu;
- Bollinger bands(default setting)
- RSI 5(sila ubah setting period dari 14 kepada 5)
Kaedah entry adalah berdasarkan market overbought(OB) dan oversold(OS). Kaedah ini adalah untuk trade reversal trend.
Indikator dalam chart anda mestilah kelihatan seperti berikut;
BACA : 5 STRATEGI RSI
TIMEFRAME
Untuk timeframe, hanya satu sahaja yang digunakan iaitu timeframe Daily(D1). Kaedah scalping tak semestinya menggunakan lower timeframe sebaliknya scalping ini sebenarnya merujuk kepada bilangan pips yang diambil oleh trader.
Biasanya scalping ini melibatkan take profit pips dalam kuantiti kecil iaitu bermula dari 5 pips hinggalah 10 atau 20 pips sahaja untuk 1 entry yang dibuat. Untuk menggandakan profit ini, trader akan membuka lebih dari satu entry. Entry tersebut adakalanya boleh mencecah antara 10 hingga 20 entry dalam satu masa.
Note: Ramai yang keliru mengenai scalping ini dan sering kaitkan dengan timeframe rendah seperti M1, M5 dan M15. Sebenarnya scalping lebih kepada closing profit dalam kuantiti kecil.
LEVERAGE
Leverage yang digunakan adalah dari 1000:1 hinggalah 3000:1 bergantung apa yang disediakan oleh broker anda. Jika anda menggunakan XM, anda boleh setkan leverage 1000:1. Leverage ini boleh jadi senjata tajam bermata dua, oleh itu sila hati-hati menggunakannya.
Leverage besar memungkinkan anda trade lot besar atau entry lebih banyak hanya dengan modal kecil. Untuk kaedah ini anda disarankan menggunakan minima $50 atau sebaiknya $100 dari wang yang anda sanggup rugi sahaja.
Jangan trade modal yang anda tidak sanggup rugi untuk pelajari kaedah ini.
STRATEGI
Ok sampailah ke bahagian yang paling disukai trader iaitu strategi entry! Seperti yang diberitahu pada awal artikel ini, teknik ini adalah teknik entry berdasarkan overbought dan oversold iaitu keadaan di mana trend berlaku reversal dari trend up kepada down dan down kepada up.
Fungsi Bollinger bands
Untuk mengesan market OS dan OB. Untuk OS, candlestick mestilah berada di lower bands. Untuk OB pula candlestick mestilah di upper bands.
Ini menandakan reversal bakal berlaku.
Fungsi RSI 5
Untuk kesan market OS dan OB. RSI juga berfungsi untuk entry point berdasarkan bacaan RSI di 70 dan 30. Jika 70 bermaksud market sedang OB. Jika di 30 pula bermaksud market sedang OS.
Untuk entry, RSI perlulah break line semula. Lihat contoh gambar di bawah;
RSI perlu break semula line 70 dan berada di bawahnya untuk confirmation entry sell manakala untuk buy pula RSI perlu break semula atas line 30 untuk entry buy.
Fungsi Candlestick
Anda sudah pelajari entry RSI 5, kali ini candlestick berfungsi untuk confirmation kedua selepas RSI iaitu, untuk sell, selain RSI perlu break semula line 70, candlestick juga mestilah candle bearish di upper bands.
Untuk confirmkan buy pula, candlestick mestilah closed bullish di atas lower bands selain RSI break semula line 30.
Apabila kriteria entry ini dipenuhi barulah anda membuka entry anda. Namun membuat entry sahaja tidak cukup. Oleh itu anda perlukan strategi money management yang boleh membantu anda menang dalam entry anda.
Anda perlukan strategi martingale untuk membolehkan anda menutup entry layer anda sukses dan profit.
MONEY MANAGEMENT(MM)
Kaedah MM yang digunakan adalah dengan menggandakan risiko anda apabila trend bergerak bertentangan dengan entry yang anda buat. Pendek kata, trend naik anda akan sell dan trend turun anda akan buy.
Anda akan menutup semua posisi selepas keuntungan mengatasi kerugian atau, keseluruhan entry anda profit.
Anda tidak digalakkan untuk membuat swing trading iaitu mencuba untuk swing profit beratus-ratus pips banyaknya. Ini kerana jika anda memilih untuk scalping, pastikan anda hanya membuat scalping sahaja dan jangan cuba melanggar peraturan. Biasanya trader yang suka melanggar peraturan adalah trader yang kebanyakannya kerugian.
Lot size
Teknik MM yang digunakan adalah full margin tetapi bukan full margin masuk lot besar, sebaliknya menggunakan semua margin modal yang ada sebagai risk dan stoploss di mana risiko adalah margin call dan return on investment adalah dengan potensi profit yang ada.
Anda sangat disarankan untuk withdraw modal anda apabila equity anda mencecah 100% iaitu jika modal anda 100 usd, maka selepas profit ia menjadi 200 usd, oleh itu sila withdraw modal anda iaitu 100 usd.
Untuk lot size, anda akan menggunakan dua cara iaitu;
- Lot berganda dari 0.01 kepada 0.02 dan seterusnya
- Lot kekal iaitu anda membuka 0.01 dan kekal 0.01 pada lot berikutnya
Jarak entry
Anda tidak membuka 2 atau 3 lot di kawasan price yang sama sebaliknya anda hanya menambah entry dalam jarak tertentu antara 20 atau 30 pips dari entry asal.
Sebagai contoh;
Anda sell EURUSD pada 1.1000. Oleh itu anda akan menambah sell berikutnya apabila price naik 20 pips di 1.1020. Jika naik lagi ke 1.1040, anda akan menambah lagi entry anda seterusnya.
AKHIR KATA DAN SEDIKIT NASIHAT
Buat jurnal anda untuk lihat progress anda. Teknik ini bukanlah holy grail, oleh itu janganlah expect ia akan selesaikan masalah anda. Seperkara lagi, teknik ini akan ada masanya ia sangat profitable dan akan ada masanya anda akan berdepan losing streak(loss berderet-deret)..
Elakkan dari posting progress anda atau berkongsi signal agar anda sentiasa fokus dan tidak bimbangkan penilaian orang lain terhadap usaha anda.
Jika anda punyai sebarang pandangan atau penambah-baikkan bolehlah komen di bawah atau emailkan saya di admin@pullbackforextrading.com
Jumpa lagi pada entry berikutnya nanti! insyaAllah.
ADMIN
28/04/23