
ANALISA GOLD MINGGU KE-2 MAY 2025 | BEARISH CONTINUE
Minggu lepas gold ditutup bearish dan menembusi paras terendah 3300.00 dan membuat harga terendah baharu menghampiri 3200.00. Sebelum sesi penutupan minggu lepas, harga sempat naik sedikit. Plan bulan ini bermula terus pada minggu kedua kerana permulaan minggu pertama adalah pada minggu lepas dan ia valid sekali dengan plan minggu sebelumnya.
Untuk artikel terdahulu sila ke halaman ini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-ke-5-april-2025/
XAUUSD H1
Berdasarkan situasi semasa dan stuktur trend, bias adalah bearish dan fokus utama adalah sell.

Area-area support yang ditembusi kini menjadi area resistance untuk entry selling di masa hadapan iaitu minggu depan. Area-area tersebut adalah;
- 3260.19
- 3283.95
- 3300.00 dan,
- 3316.29
Untuk target profit pula berikut adalah target utama:
- Low terdekat iaitu 3201.00 / 3200.00
- 3150.00
ALTENATIF
Kita tak nafikan trend masih boleh bertukar arah pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu kita masih boleh pertimbangkan plan altenatif. Dalam keadaan ini, plan tersebut adalah buy.
Syarat buy adalah;
- Harga naik dan pullback atas 3260.19
- Harga naik dan pullback atas 3283.95
- Harga kembali trending menaik atas 3300.00
Update mengenai perubahan arah dan entry trigger bolehlah ikuti melalui group telegram pullback. Melalui cara ini anda boleh mempelajari secara live bagaimana situasi trading market ini.
Akhir kata
Terima kasih setia mengikuti artikel-artikel dan pembelajaran di blog kami. Diharapkan pembelajaran live setiap minggu melalui artikel dan telegram kami dapatlah meningkatkan pengetahuan anda dalam dunia trading ini.
Jika anda ingin pelajari lebih banyak strategi menarik dan live trading pair-pair major bolehlah menyertai membership berbayar kami di sini.
ADMIN
04/05/25