
Kenapa Margin Penting Bila Pasaran Bergerak Bertentangan?
Kenapa margin penting apabila pasaran bergerak bertentangan? Fahami margin, floating loss dan margin level, serta bagaimana cara anda boleh dapatkan ruang tambahan.
Dalam dagangan, pergerakan pasaran tidak semestinya mengikut jangkaan. Apabila harga mula bergerak bertentangan dengan posisi, margin menjadi penting kerana ia menentukan berapa banyak ruang yang masih ada dalam akaun untuk mengekalkan posisi tersebut.
Semakin besar floating loss, semakin banyak tekanan yang boleh dikenakan ke atas dagangan. Jika keadaan ini berterusan, ruang untuk mengekalkan posisi juga boleh menjadi semakin kecil.
Jadi, apa sebenarnya yang berlaku kepada margin apabila pasaran bergerak bertentangan? Dan bagaimana anda boleh dapatkan ruang tambahan dalam situasi seperti ini?
Apa Itu Margin?
Margin adalah jumlah dana yang diperlukan untuk membuka dan mengekalkan sesuatu posisi.
Ia bukan bayaran atau yuran yang dikenakan apabila membuka trade. Sebaliknya, margin merupakan sebahagian daripada dana akaun yang diperuntukkan untuk menyokong posisi terbuka.
Jumlah margin yang diperlukan boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuk:
- Saiz posisi
- Instrumen yang didagangkan
- Harga semasa
- Leverage yang digunakan
Semakin besar pendedahan sesuatu posisi, semakin penting untuk memahami berapa banyak margin yang digunakan dan berapa banyak ruang yang masih tersedia dalam akaun.
Apa Berlaku Jika Margin Level Terlalu Rendah?
Margin level yang semakin rendah menunjukkan bahawa ruang dalam akaun untuk mengekalkan posisi juga semakin terhad.
Jika pasaran terus bergerak bertentangan, floating loss boleh meningkat sehingga margin level mencapai tahap tertentu yang ditetapkan oleh broker.
Bergantung pada syarat akaun, trader mungkin menerima margin call apabila margin tidak lagi mencukupi. Jika keadaan terus merosot dan mencapai tahap stop-out, satu atau lebih posisi mungkin ditutup secara automatik.
Ini sebabnya trader tidak sepatutnya hanya melihat sama ada sesuatu posisi masih “untung” atau “rugi”. Mereka juga perlu melihat berapa banyak margin yang sedang digunakan dan berapa banyak ruang yang masih tinggal dalam akaun.
Bolehkah Trading Credit Memberi Lebih Ruang?
Di sinilah trading credit atau bonus menjadi relevan.
Sesetengah broker menawarkan bonus deposit yang boleh membantu memberikan ruang atau buffer tambahan apabila akaun mengalami floating loss.

Sebagai contoh, XM menawarkan struktur bonus berperingkat sehingga $5,000 untuk pemegang akaun Micro dan Standard. Antara ciri yang ditawarkan termasuk:
- Bonus 100%, 50% dan 20% mengikut peringkat sehingga had tertentu.
- Kredit dagangan tambahan untuk memberikan lebih ruang dalam pengurusan posisi.
- Sokongan tambahan ketika pasaran bergerak aktif, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun, trading credit bukan perlindungan penuh daripada kerugian. Pasaran masih boleh bergerak bertentangan dengan jangkaan dan trader masih bertanggungjawab untuk mengurus risiko.
Bagaimana Trader Boleh Mengurus Margin?
Beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan ialah:
1. Fahami saiz posisi
Posisi yang lebih besar boleh meningkatkan pendedahan kepada pergerakan harga.
2. Pantau equity dan margin level
Jangan bergantung kepada balance sahaja apabila mempunyai posisi terbuka.
3. Gunakan leverage dengan berhati-hati
Leverage boleh meningkatkan pendedahan pasaran dan potensi kerugian.
4. Pertimbangkan floating loss
Pasaran boleh bergerak lebih jauh daripada jangkaan. Pastikan akaun mempunyai ruang yang mencukupi untuk mengurus posisi.
5. Fahami trading credit
Jika menggunakan bonus atau kredit tambahan, semak bagaimana ia berfungsi, termasuk terma dan syarat yang berkaitan.
Apa Yang Trader Perlu Ingat?
Pasaran bergerak. Floating loss berubah. Margin pula menentukan berapa banyak ruang yang masih ada.
Jadi, jangan hanya fikir tentang posisi yang dibuka — fikir juga tentang ruang untuk menghadapinya.
Ingin cuba berdagang dengan lebih banyak ruang?
Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukan nasihat kewangan atau cadangan pelaburan.
#XMPartners #ProgramRakanNiagaXM #WorldwidePartnerLadder #BeatYourBest
Soalan Lazim
- Apa beza balance dan equity?
Balance menunjukkan baki berdasarkan posisi yang telah ditutup, manakala equity turut mengambil kira floating profit atau loss daripada posisi terbuka. - Adakah bonus deposit boleh menghalang stop-out?
Bonus deposit mungkin memberikan ruang tambahan dalam struktur tertentu, tetapi ia tidak menjamin bahawa stop-out tidak akan berlaku. Jika floating loss terus meningkat, margin level masih boleh mencapai tahap stop-out. - Adakah bonus deposit menghapuskan floating loss?
Tidak. Floating loss masih wujud apabila harga bergerak bertentangan. Bonus hanya boleh memberikan sokongan tambahan mengikut struktur dan terma bonus yang ditetapkan.
