
Trading Independence: Apa Ertinya Merdeka dalam Dagangan?
Apa ertinya merdeka dalam dagangan? Kenali FOMO, overtrading, trading plan dan self-sabotage yang boleh mempengaruhi keputusan anda ketika berdagang.
Bila sebut tentang Merdeka, kita mungkin terfikir tentang kebebasan. Tetapi dalam dagangan, pernahkah anda terfikir tentang kebebasan daripada tabiat yang boleh mengganggu keputusan anda?
FOMO, overtrading, tiada trading plan atau terlalu mudah mensabotaj keputusan sendiri boleh menjadi cabaran yang dihadapi oleh ramai pedagang.
Jadi, sempena bulan Merdeka ini, apa kata kita lihat “kebebasan” dari perspektif dagangan?
Dagangan dan Emosi: Apa Kaitannya?
Pasaran tidak sentiasa bergerak seperti yang dijangka. Ada masa peluang muncul dengan begitu pantas, ada masa pula trade yang dirancang tidak menjadi seperti yang diharapkan.
Dalam situasi sebegini, emosi mudah mengambil alih.
Rasa takut ketinggalan boleh menyebabkan kita mengejar pergerakan harga. Satu kerugian pula mungkin membuatkan kita mahu membuka trade seterusnya dengan segera. Kadangkala, trading plan yang sudah disusun rapi pun boleh diketepikan apabila keadaan pasaran mula berubah.
Perkara-perkara kecil seperti ini mungkin kelihatan biasa, tetapi jika berulang, ia boleh membentuk tabiat yang mempengaruhi disiplin dagangan.
Sebab itu, sebelum mencari peluang seterusnya dalam pasaran, mungkin sudah tiba masanya untuk melihat semula bagaimana kita membuat keputusan ketika trade.
Trading Independence: Merdeka daripada Apa?
Sempena bulan Merdeka ini, XM bakal membawakan siri khas Trading Independence di Ruang Lanjutan Melayu XM, bermula 24 hingga 28 Ogos.
Sepanjang siri ini, instruktor akan mengupas empat topik yang dekat dengan cabaran sebenar dalam dagangan:
- Merdeka daripada FOMO — Fahami bagaimana FOMO boleh mempengaruhi keputusan dan menyebabkan anda mengejar peluang yang sudah terlepas.
- Merdeka daripada Overtrading — Ketahui bagaimana terlalu banyak trade boleh menjejaskan disiplin dan mengapa penting mengenali had sendiri.
- Merdeka dengan Trading Plan — Lihat bagaimana trading plan boleh membantu anda kekal fokus dan berdisiplin apabila pasaran bergerak di luar jangkaan.
- Merdeka daripada Self-Sabotage — Kenali tabiat dan keputusan sendiri yang mungkin menghalang perkembangan dalam dagangan.
Setiap sesi akan dikupas oleh instruktor yang berbeza dan bermula pada 8 malam:

Setiap sesi membawa perspektif yang berbeza, tetapi semuanya kembali kepada satu perkara — membina lebih banyak kawalan terhadap keputusan sendiri ketika berdagang.
Jadi, Sedia Untuk Merdeka dari Tabiat Lama?
Sempena Merdeka ini, mungkin sudah tiba masanya untuk melihat kebebasan dari sudut yang berbeza.
Bukan tentang bebas untuk mengambil setiap peluang, tetapi tentang membina disiplin untuk tahu bila perlu bertindak, bila perlu menunggu dan bila perlu kekal dengan perancangan sendiri.
Belum mempunyai akaun XM? Buka akaun hari ini untuk sertai Ruang Lanjutan Melayu dan ikuti sesi Live Education yang akan datang.
Buka Akaun XM dan mula belajar bersama kami.
#XM #TradingIndependence #RuangLanjutanMelayu #Merdeka
