Realiti Trading yang anda tidak tahu dan buat-buat tak tahu
ONLINE TRADING atau FOREX?
salam traders!
Apakah yang menjadi sebab utama anda terjun ke dunia online trading(forex,indices,komoditi dan index)? Mesti majoriti anda akan katakan sebab utama untuk menjadi trader adalah kerana ingin menjana pendapatan sampingan daripadanya dan mungkin sebab lain pula adalah kerana ajakan dari rakan atau kerana ingin mencuba sesuatu yang baru kerana pernah melihat atau mendengar sesorang itu menjana kekayaan singkat dan pantas atau secara santai melalui online trading ini.
Saya menggunakan terma online trading berbanding memilih terma spesifik seperti forex trading kerana dalam online trading ini terdapat banyak jenis trading yang boleh dipilih. Namun secara majoritinya akan memilih forex trading ataupun currency trading. Namun saya dapati ada juga yang trading secara khusus untuk komoditi tertentu seperti oil, gold dan silver. Maka ini bukanlah forex trading tetapi sebaliknya ini adalah metal ataupun komoditi trading. Jadi untuk menggunakan terma yang lebih umum, saya memilih untuk menggunakan terma ‘online trading’ yang merujuk kepada keseluruhan trading tersebut. Selagi trading itu menggunakan platform online tidak kiralah metatrader4 atau 5, ataupun menggunakan pltaform web trader, maka itu adalah online trading.
Mengapa saya menulis ‘kisah’ ini?
Hari ini saya rasa tergerak hati untuk menuliskan artikel berkenaan topik yang selalu orang terlepas pandang lantaran terlalu sibuk untuk mengejar teknik-teknik berkesan yang boleh didapati dalam dunia trading ini. Tujuan saya tulis panjang-panjang ni bukanlah nak pertikaikan apa yang orang lain buat tetapi realitinya kita bila dah lama dalam sesuatu bidang, maka kita akan melalui proses kematangan yang seterusnya membuatkan kita berfikir sejenak apa yang telah kita buat pada masa mula-mula kita belajar trading.
Kita menjadi terlalu sibuk untuk mencari ilmu-ilmu yang ampuh! -ada yang mengatakannya sebagai ‘holy grail’ atau benda ajaib yang kononnya boleh membuatkan seseorang trader itu menjadi jutawan segera dalam masa yang singkat – akan tetapi realitinya jauh dari apa yang digembar-gemburkan. Hakikatnya adalah mustahil untuk ‘dance with market’ – buy bila naik kemudian sell dalam masa yang sewaktu ia turun – Ini mengarut namanya.
Saya yakin selepas anda selesai membaca artikel ini mungkin anda akan mendapati realiti menjadi forex trader atau online trader ini sebenarnya bukanlah seperti yang kita nampak dalam iklan-iklan online mahupun seperti yang dipromosikan oleh penjual-penjual teknik trading yang mahal-mahal diluar sana.
Perkongsian ini sekadar pandangan peribadi yang bertujuan untuk mengajak anda berfikir sejenak tentang keadaan market ini pada sudut sebenar – Ia memang berfungsi dan bergerak selama 24jam sehari dalam 5 hari seminggu – namun ia bukanlah bermaksud anda akan menjana wang setiap saat yang ada itu malah mungkin dalam seminggu cuma 1x sahaja anda akan membuat trading. Wah! bukankah ada 5 hari waktu trading?
Realiti sebenar online trading yang ramai orang buat-buat tak tahu(sebenarnyalah..).
Anda pasti anda tidak tahu? Mungkin. Atau mungkin juga tahu, tapi buat-buat tak tahu sebab anda mempunyai kepercayaan yang lain dan menjadi pegangan dan pedoman anda selagi berada dalam dunia trading ini. Kepercayaan inilah adakalanya, atau selalunya akan membuatkan anda selalu terlepas pandang akan kebenaran market ini.
Market FOREX terbesar didunia, didagangkan 24jam sehari 5 hari seminggu, pada waktu artikel ini ditulis, kini mencecah 5 trillion sehari, cukup banyak untuk semua orang! – Di sinilah secara umumnya sudah boleh membuatkan anda berfikir bahawa ruginya jika tidak trade sebelah pagi, petang atau pun malam. Siapa tahu mungkin dalam masa sebentar tadi atau selepas ini price akan naik atau turun jauh dan disitu kita boleh manfaatkan untuk pulangan 100-200 dollar sehari! Atau mungkin 1,000 – 3,000 dollar sehari dari peluang tersebut.
Berikut saya tuliskan berberapa realiti sebenar dalam forex ini yang mungkin agak mengejutkan bagi trader-trader baru dan mungkin ia membangkitkan kesedaran bagi trader-trader lama. Ayuh kita mulakan!
REALITY #1 – SETUP TERBAIK BUKAN WUJUD SETIAP HARI SETIAP MASA.
Benarkah begitu? Adakah ia akan berlaku begitu? Ada trader yang nampaknya lebih risau untuk tidak trade dan merasa rugi hanya kerana dalam masa berberapa minit lalu dia tidak menghadap chart. Akan tetapi bagi yang membuat perancangan awal pula untuk memasuki market pada entry-entry tertentu seperti sell ataupun mungkin buy, tetapi terlepas waktu itu dan tiba-tiba price pula bergerak sebaliknya(jika dia sasarkan hendak sell tetapi price naik) maka dia akan berasa lega dan bersyukur kerana terlepas untuk masuk waktu tersebut kerana ‘terselamat’ dari keadaan berkenaan.
Berdasarkan gambar ini, terdapat 2x pergerakan spike candle iaitu pada 03hb. april(107 pips) dan 07hb april(102 pips) namun BUKAN setiap hari. Memandangkan ini adalah timeframe 1H, maka setiap candle itu adalah bersamaan dengan tempoh 1 jam jangka hayat sebelum close dan membuka candle yang baru. Daripada gambar ini sahaja sudah cukup untuk kita buat kesimpulan bahawa bukan setiap hari price akan bergerak melebihi 100 pips untuk 1 candle malah bukan juga setiap hari akan bergerak melebihi 100 pip dari pagi hingga malam.
Pada 06 dan 09 april sebagai contohnya, pergerakan cuma 87 pips sehari dan 79 pips sahaja dari low kepada high dalam 1 hari tersebut. Bagaimanakah anda boleh menjamin anda akan betul-betul buy pada hari tersebut pada lowest price dan exit pada highest price? Silap-silap dipertengahan trend barulah masuk dan exit belum pula tentu di paras tertinggi.
Setakat perbincangan ini saya sudah pun kemukakan fakta untuk menyokong kenyataan saya bahawa tiada keperluan untuk menghadap chart berpanjangan. Oleh itu apa sebenarnya yang dibuat oleh mereka yang menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer itu sebenarnya? Ya sudah tentulah apa yang mereka sedang buat itu adalah ‘berperang’ dengan market untuk exit dari loss mereka.
Masalah yang terhasil akibat dari berjam-jam trading ini adalah masalah entry, floating dan kerugian akibat over-trade sebenarnya. Tahukah anda sebenarnya selain ia membahayakan akaun trading anda, ia juga membahayakan kesihatan anda.
REALITI #2 – ONLINE TRADING INI MEMBOSANKAN.
Trading sememangnya membosankan! Ya ini benar kerana saya selaku fulltime trader juga akuinya. Jika artikel di atas saya sudah tuliskan panjang lebar mengenai realiti bahawa trading setup atau signal trade yang berkualiti bukan wujud sepanjang masa, maka bersedialah untuk mengetahui bahawa trading itu sangat membosankan!
Bagi yang betul-betul mengutamakan entry yang berkualiti, benda ini jarang wujud malah ia sangat-sangat sukar ditemui sehinggakan anda mungkin akan habiskan masa yang sangat lama untuk temukannya. Setup yang dimaksudkan adalah(dan pastinya..) merujuk kepada trade setup yang ada kebarangkalian tinggi untuk profit(sehingga 90%) malah sangat low risk(risk tetap ada kerana ini adalah instrumen yang berisiko tinggi).
Memandangkan kita sedang bercerita mengenai trading dan pips, maka low risk sini merujuk kepada stoploss yang minima/kecil dan take profit yang sangat besar. Inilah yang dipanggil sebagai reward ratio di dalam trading. Sebagai trader yang mementingkan aspek ini sudah pasti disiplin dan kesabaran tinggi amatlah dituntut untuk matlamat ini dan sudah pastilah ia, adalah amat membosankan, dan tidak sesuai bagi yang inginkan profit sepanjang masa(kerana hakikatnya ia langsung tidak wujud!).
REALITI #3 – FOREX BUKAN LUBUK KEKAYAAN PANTAS!
Sila nyatakan sini berapa ramai yang sudah menjadi jutawan pantas dan paling penting, kekal dengan status itu untuk jangka panjang sekurang-kurangnya 10 tahun tanpa ada kerugian besar? Anda ada senarainya? Saya yakin pasti TIADA!
Realiti bahawa online trading atau forex trading(saya gunakan terma ini kerana kebanyakan pembaca blog ini adalah dari kalangan forex trader) memang boleh menjadikan seseorang itu kaya dengan pantas namun sepantas wang itu datang maka pantas juga ia akan pergi. Itu adalah kenyataan. Sebelum ini pernah berlaku seorang trader yang saya tidak sebutkan nama, trading menggunakan broker instaforex telah mencipta rekod menukarkan RM5,000(USD 1,500+) menjadi USD1 juta dalam masa 19 hari sahaja!
Bagaimana beliau melakukannya? Itu beliau sahaja yang tahu namun itu bukanlah poin utama yang saya cuba ketengahkan disini tetapi adalah kenyataan bahawa selepas itu beliau tidak lagi berjaya melakukannya. Apa sudah berlaku? Bahkan beliau telah pun kehilangan kesemua wang tersebut akhirnya.
Bagaimana ia boleh berlaku begitu? Ok biar saya kongsikan sesuatu yang magik disini(sebenarnya bukanlah magik pun..) dan samada mau terima atau tidak, ia juga sering dimanipulasi oleh cikgu-cikgu forex tertentu yang saya tak sebutkan disini siapa cuma saya harapkan anda boleh jadikan ini sebagai penilaian sebelum belajar dari seseorang itu. okey perhatikan gambar di bawah;
Gambar 1 – Lebih 725 pip dalam masa 3 minggu dan ia berlaku sangat trending. Gambar 2 – Pergerakan price cuma 271 dari high kepada low dan ia berlaku dalam masa lebih 5 minggu! Dapatkah anda menangkap apa yang cuba saya sampaikan disini? Biar saya jelaskannya.
Pertama – Pergerakan trending. Sesiapa yang memasuki sell pada trend tersebut dan trading pada volume yang besar maka dia akan mencipa ‘fortune’ yang sangat banyak dan hebat sekali dalam masa yang singkat. Kemungkinan besar dia mencipta pendapatan jutaan ringgit dalam masa yang singkat(sesingkat 3 minggu sahaja kerana kebetulan berada dalam market tersebut!).
Kedua – Pergerakan ranging. Sesiapa yang masuk pada waktu ini mesti merasakan tertipu pada pergerakan market. Merasakan apa yang dipelajari itu tidak betul bahkan mungkin sedang kerugian yang sangat banyak pada waktu ini dan lebih teruk lagi ia berlanjutan selama 5 minggu berturut-turut!
Pada waktu ini saya percaya sesiapa sahaja yang baru bercadang untuk terjun dalam dunia trading ini pasti sedang berfikir 2-3x untuk menaruh modal dalam akaun. Bahkan ada yang mungkin sudah berhenti terus. Tujuan saya menulis di sini bukanlah untuk melemahkan semangat anda tetapi ingin bercakap mengenai realiti sebenar dunia trading ini yang lebih indah khabar dari rupa! Jadi adalah tidak wajar untuk anda percayakan sesiapa sahaja yang boleh janjikan kekayaan segera tanpa risiko dalam trading ini jika hakikatnya bukanlah begitu.
Adakalanya kejayaan seseorang dalam trading itu cumalah kebetulan sahaja dan selepas itu mungkin dia akan sibuk mengkaji teknik-teknik baru dan mungkin sahaja mencari guru baru lain yang dipercayai mungkin boleh menunjukkan bagaimana untuk mencipta ‘fortune’ yang berikutnya lagi(itupun jika ada dan masih tak serik).
Setelah melalui berberapa siri kegagalan ini, akhirnya seseorang itupun kemudian akan menyedari bahawa back to basic dan membuang masa dan wang berbelanja untuk teknik-teknik baru dan tak membantu sebenarnya dalam trading. Pada waktu itu barulah sedar bahawa trading memang perlukan money management dan perlukan risk management yang tepat untuk menjadi trader sebenar dan tidak lagi menjadi penjudi(gambler).
JADI APA YANG PERLU SAYA BUAT?
Carilah mentor yang boleh ajarkan anda tentang teknik trading beserta teknik kawal risiko yang betul dalam trading kerana jika tidak, maka anda adalah penjudi dalam bidang ini dan kebiasaanya akan berakhir dengan kerugian.
Jangan nilai berdasarkan apa aset/liabiliti yang dia ada tidak kira apa pun alasan anda terutamanya untuk jadikan motivasi dan pendorong kerana akhirnya jika anda tertipu, maka itulah penyakit hati dan pematah semangat anda.
FREE GIFT
Trading adalah melibatkan risiko kerugian MINIMA dan pulangan keuntungan yang TINGGI – dengan syarat anda tahu caranya. Dalam ebook percuma saya, saya telah kongsikan bagaimana untuk memasuki market pada waktu di mana ia betul-betul low risk dan profitable untuk anda. Ia jarang muncul dan mungkin bukan sepanjang masa tetapi jika ia berlaku maka itulah peluang anda memanfaatkannya untuk pulangan tinggi pada kawalan risiko terendah.
KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD PERCUMA
Sekian dulu,