SUPPORT RESISTANCE KUNCI KEPADA TRADING LEBIH BAIK
PENERANGAN RINGKAS INI AKAN BANTU ANDA PELAJARI SECARA PANTAS MENGENAI SNR DAN BAGAIMANA UNTUK MEMANFAATKANNYA
-
SNR UNTUK ENTRY
-
SNR UNTUK STOPLOSS DAN TP
-
SNR UNTUK MOMENTUM TREND
SNR untuk entry
Teknik entry SNR atau support & resistance ini sering dikaitkan dengan naked trading atau trading menggunakan chart kosong tanpa indikator.
BACA : FAKTA SUPPORT RESISTANCE YANG ANDA PERLU TAHU
Perkara penting yang perlu anda tahu adalah membuat marking price sahaja. Untuk marking anda boleh gunakan body candle ataupun shadow candle. Untuk mudah anda gunakan sahaja closing body candle. Contoh marking adalah seperti berikut;
Anda akan membuat entry apabila price menguji semula area marking SNR anda. Lihat contoh di bawah;
Step pertama : Marking SNR
Step kedua : Entry berdasarkan candlestick
Seperti yang anda dapat lihat dalam bulatan, itu adalah signal untuk entry buy berdasarkan karakter candlestick seperti pin bar dan bullish engulfing.
Seterusnya anda perlu fahamkan SL dan TP pula lagi.
SNR UNTUK STOPLOSS DAN TP
Anda sudah tahu cara untuk marking dan entry, kini anda boleh pelajari di manakah SL dan TP anda. Ia berbalik semula kepada konsep SNR itu sendiri. Entry di resistance, maka exit anda adalah di support.
Stoploss anda pula 10 pips di atas atau dihujung candlestick entry anda.
SNR UNTUK MOMENTUM TREND
Apabila price menembusi sesuatu SNR, ia dipanggil sebagai breakout. Melalui breakout ini kita dapat ketahui bahawa momentum trend adalah kuat untuk menaik(bullish/uptrend) atau, menurun(bearish/downtrend).
Perhatikan apabila price menembusi support level, price berturusan menurun(downtrend).
Perhatikan apabila price menembusi resistance, ia bergerak naik lagi
Momentum sesuatu pergerakan pasaran berkadaran terus dengan buyers atau sellers yang berada dalam pasaran untuk menggerakkannya samada naik ataupun turun. Jika tiada kekuatan secara dominan, maka kita akan lihat trend ranging berlaku dalam pasaran di mana tiadanya arah naik ataupun turun di situ.
Akhir kata
Semoga pembelajaran ringkas ini boleh membantu anda refresh balik pemahaman anda mengenai SNR dan paling penting bantu anda kembali fokus terutamanya apabila berdepan dengan kerugian dalam trading. Kerugian itu adalah pasti, namun bagaimana untuk bangkit darinya itu adalah subjektif bagi setiap individu dan pada saya, saya lebih prefer untuk balik semula kepada asas untuk dapatkan rentak.
Sertai Membership Hari Ini!
Sekian dari saya.
ADMIN
29/01/18