KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TEKNIK TRADING SATU ARAH
Saya pernah kongsikan sebelum ini mengenai strategi memilih satu jenis entry sahaja untuk seminggu. Kali ini saya akan kupas serba-sedikit kelebihan dan kekurangan strategi ini. Anda boleh baca dan belajar mengenai strategi ini melalui pautan berikut : https://pullbackforextrading.com/bagaimana-untuk-trade-satu-arah-sahaja-untuk-seminggu-dan-apa-kelebihannya-untuk-anda/
Saya juga ada kongsikan berberapa peringkat pembelajaran teknik ini di sini https://cspro.pullbackforextrading.com supaya anda boleh jimatkan masa anda untuk cari maklumat dan mengkaji bagaimanakah strategi ini dilaksanakan.
Pembeza antara trader amatur dan matang
Tujuan artikel ini adalah untuk memberikan gambaran lebih luas mengenai strategi ini dan sebagai tanda seseorang trader yang sudah matang itu adalah, bukan lagi memfokuskan entry semata-mata tetapi mencari kesempurnaan kepada teknik itu iaitu mencari apakah kelebihan dan juga kekurangannya.
Bagi trader mungkin saja akan beralih kepada teknik lain lagi apabila menemui kelemahan sesuatu teknik itu sedangkan trader lama pula akan mencari apakah yang boleh menyelesaikan kekurangan tersebut.
Tiada teknik yang sempurna dari kekurangan, oleh itu setiap trader perlu hadapi hakikat ini iaitu dalam sesuatu teknik atau strategi, pasti akan ada kekurangannya yang bakal merugikan anda.
Jadi dalam artikel ini saya akan kongsikan kelebihan dan kekurangan trading pada 1 arah pasaran untuk seminggu.
Kelebihan
Kita mulakan dengan kelebihan terlebih dahulu. 5 kelebihan dari teknik ini adalah;
1). Memudahkan trading plan
Disebabkan memilih hanya satu arah sahaja, maka fokus anda lebih mudah iaitu cari buy sahaja ataupun sell sahaja. Jika buy maka anda hanya perlu cari point-point support level untuk entry buy manakala jika anda pilih sell, maka anda hanya perlu cari point-point resistance level untuk entry sell sahaja.
Ia semudah keep it simple stupid(kiss)!
2). Advantage ketika market tidak menentu
Apabila market bergerak dalam volatile, ataupun sideways, agak sukar untuk membaca arah pasaran. Indikator juga tidak berfungsi dengan baik.
Di sinilah kelebihan anda apabila anda memilih satu arah sahaja, maka walaupun keadaan tak menentu, anda hanya perlu cari apakah signal yang selari dengan plan anda itu.
Anda juga boleh mendisiplinkan diri untuk follow trading rule dan mengasingkan diri dari trader yang kerap tukar-tukar plan sebab tiada pegangan jelas apa dia hendak buat ketika trading.
3). Makan besar ketika trending
Satu bonus besar bagi anda apabila market trending. Ia bukan sahaja bagi anda peluang entry yang jelas malah berikan keuntungan beratus-ratus pips hanya dengan satu entry sahaja.
1 pair dengan 1 entry sudah memberikan keuntungan +380 pips dalam trending market, simple dan tak memeningkan kepala.
Kekurangan
Sekarang mari kita bercerita mengenai kelemahan ataupun kekurangan trading satu arah ini.
1). Loss bersusun-susun sepanjang minggu
Masalah utama apabila anda memilih satu arah sahaja adalah apabila arah pasaran berbalik-arah iaitu jika anda planning untuk sell tetapi price naik(anda sepatutnya buy jika naik), maka di sinilah anda akan mengalami loss.
Apabila market membentuk signal false lagi, maka anda akan membuat reentry lagi dan berakhir dengan loss lagi.
Hasilnya, bersusun-susunlah loss sepanjang minggu itu.
2). Bad mood
Tidak dinafikan, apabila salah entry berulang-ulang serta loss yang bersusun-susun kemas(lebih kemas dari buku pada rak buku dan baju yang dilipat dalam almari), maka ia secara tak langsung memberikan kesan pada emosi.
Walaupun emosi dalam trading itu tidak baik tidak kiralah samada emosi baik sebab gembira profit ataupun marah sebab rugi, tetapi sebagai manusia biasa tiadalah kita dapat elakkan dari trading tanpa emosi. Saya percaya walaupun anda cuba elakkan tapi kerugian berderet-deret lambat laun akan menyebabkan anda emosi dalam trading seterusnya anda berasa dendam dan marah dengan apa yang berlaku(walaupun sebenarnya salah anda sendiri).
Mood tidak baik? ini petanda akaun anda berada dalam bahaya!
3). Terlepas peluang entry yang berpotensi
Jujur dikatakan bahawa apabila kita tersalah memilih arah dan dalam masa yang sama pula market cantik bergerak trending, sudah tentulah terlepas peluang makan besar.
Bayangkan, anda plan mahu buy tetapi price jatuh lebih +190 pips, bukankah anda rasa rugi terlepas peluang itu. Kalau tiada SL habislah akaun itu margin call.
Apa yang boleh dipelajari dari semua ni?
Saya telahpun menyatakan semuanya secara jelas antara pro dan contra trading satu arah ini.
Ada banyak lagi pro dan con sebenarnya, tapi terpulang kepada anda untuk senaraikan sendiri jika anda mahu. Dari situ anda carilah apa kelebihan yang anda boleh tumpukan dan apa kekurangan yang anda perlu elakkan.
Diskaun membership >> klik sini
Satu penyelesaian terbaik yang boleh atasi semua masalah di atas dan terus letakkan diri anda sebagai survivor ketika dalam kerugian bahkan emosi…
….MONEY MANAGEMENT!
ADMIN
17/01/21