ANALISA GOLD MINGGU KETIGA JULY | BULLISH
Pada artikel minggu lepas saya ada mengongsikan mengenai analisis saya mengenai bullish trend pair XAUUSD ini. Trend bullish ini masih berterusan hinggalah sesi penutupan dagangan minggu lepas. Pada Jumaat lepas, price sempat untuk retest dan reject sebelum ia kekal ditutup di atas paras 2400.00. Ini cukup memberikan petunjuk bahawa bias pasaran adalah bullish.
Pada minggu ini saya menyasarkan gold untuk naik ke 2500.00.
Untuk analisa minggu lepas sila ke sini https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-kedua-july-bullish/
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
XAUUSD D1
Candle pin bar terbentuk selepas candle bullish engulfing. Candle pin bar ini bukanlah dari kategori ideal sebab kedudukannya, namun di sebabkan ia berlaku di atas paras number psikologi, maka masih valid untuk menjadi signal buy.
Price berada tidak jauh dari last week high dan ia berpotensi untuk membuat new weekly high jika breakout berlaku. Plan untuk minggu ini adalah buy sahaja berdasarkan bias minggu lepas. Area support atau RBS terdekat yang berpotensi adalah 2400.00, dan juga low Jumaat lepas di area RBS 2391.69.
Area untuk buy higher dari opening price minggu ini adalah;
Weekly high(di atas area ini) – 2,424.61, area ini adalah resistance dan perlu ditembusi dahulu. Jika berlaku Resistance akan menjadi Support untuk entry buy.
XAUUSD H4
Candle di H4 pada waktu artikel ini ditulis sudah pun membentuk candle bullish pin bar di atas area 2400.00. Ia adalah signal entry buy yang sah dan boleh digunakan sebagai entry.
Reentry akan dibuat lagi jika break dan pullback berlaku di atas Weekly high(last week’s high) di 2,424.61.
Signal bullish pin bar yang terbentuk merupakan signal kedua pin bar di atas 2400.00 ini menandakan majoriti waktu ini adalah bullish atau buy sahaja. Stoploss bolehlah di letakkan di bawah swing low pin bar Jumaat lepas iaitu di 2390.80.
Untuk pelajari mengenai candlestick pin bar, bolehlah ke halaman ini https://pullbackforextrading.com/?s=pin+bar
Live Chart
Akhir kata
Terima kasih atas sokongan anda dan kesetiaan anda untuk mengikuti analisa mingguan melalui blog ini. Bagi yang mahu belajar kaedah analisa dan teknik entry, bolehlah menyertai membership percuma pullback di sini >> https://cspro.pullbackforextrading.com/daftar/
Update dan promosi menarik akan saya kongsikan dalam laman telegram. Sila klik sini untuk join.